KUALA LUMPUR - Polisi yang diamalkan oleh DAP di mana ahlinya dilarang
daripada menerima sebarang gelaran atau anugerah dikhuatiri "menyanggah
adat" dan tentunya tidak menghormati sistem pemerintahan Raja
Berperlembagaan, kata Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).
Ketuanya,Masrum Dayat berkata, meski pun mungkin penolakan itu dibuat
secara terhormat, ia nyata suatu polisi yang mencemarkan institusi ketua
negeri dan Raja Berperlembagaan di negara ini.
"Jika polisi ini terus-menerus menjadi amalan mereka, di manakah hendak
diletakkan air muka institusi Raja Berperlembagaan apabila
gelaran-gelaran yang ditawarkan kepada mereka, lebih-lebih lagi ketika
mereka dikatakan akan menghuni Putrajaya, mereka tolak?," ujarnya
menerusi satu kenyataan media.
Masrum turut menggesa DAP untuk menilai semula sejauh mana polisi yang
diperkenalkan parti itu masih relevan sehingga pada hari ini.
Apatah lagi katanya, DAP sebagai sebuah pertubuhan tertakluk di bawah
akta-akta tertentu yang seharusnya dihormati dan dipatuhi.
"Saya bukan peguam, tetapi setahu saya terdapat peruntukan di dalam
Akta Pertubuhan yang mengehendaki setiap pertubuhan mematuhi
Perlembagaan Persekutuan antaranya dengan menghormati sistem
pemerintahan raja berperlembagaan.
"Apatah lagi jika pemberian itu adalah dalam bentuk gelaran kebesaran.
Dalam konteks negara Malaysia, hanya ketua-ketua negeri, raja-raja dan
Yang di-Pertuan Agong sahaja yang menganugerahkan gelaran kebesaran
kepada rakyat," ujar beliau.
Ahad lalu, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mendedahkan adalah
menjadi polisi DAP untuk menolak semua anugerah kerajaan kecuali mereka
yang diberi atas dasar keberanian atau apabila sudah bersara dari
politik.
Karpal berkata Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Speaker
Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim gagal “menyerahkan”
anugerah mereka walaupun diminta melakukan sedemikian.
Koo Ham menerima anugerah "Datuk" pada 2008 sementara Chang Khim pada 2010 daripada Sultan Selangor.
BACA ARTIKEL : KARPAL BUKTIKAN DAP BENCI RAJA MELAYU !
KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
1 comment:
Come on guys....The DAP members are not originated from Adam, instead they fall within the category of Monkeys and Chimpanzee coz they are strong believer of Charles Darwin Theory. The numero uno monkey is certainly goes without saying and unanimously Tokong Bangsat Guan Eng, while the Chimpanzee genetics are abundance in The senile Kit Siang.
The rests of DAP Members are Pigs.
Post a Comment