Bukan kah sepatutnya Nik Aziz yang Tinggi "Ilmu" itu meminta Hadi Awang "menjelaskan" maksud amanat ini atau menarik balik amanat itu kerana menimbulkan kerosakan dan perpecahan besar dalam masyarakat MELAYU ISLAM! Sebaliknya dia mempersoalkan pula teguran yang diberikan...
Apakah Hadi Awang, Nik Aziz atau seluruh pengikut PAS lebih TAWADUK, HEBAT dan BERILMU berbanding Saidina Omar Al Khattab???
Sewaktu Saidina Omar Al Khattab dilantik untuk menjadi Khalifah, beliau telah berkata “sekiranya aku didapati bersalah, tolonglah betulkan aku”, kemudian bangun seorang sahabat sambil menghunuskan pedang dan berkata, “wahai Omar, sekiranya engkau bersalah, pedang inilah yang akan membetulkan engkau”. Saidina Omar kemudiannya berkata sebagai menjawab kata-kata sahabat tadi, “Alhamdulillah, masih ada orang yang mahu menegur aku andainya aku bersalah.”
Kisah ini menceritakan bagaimana sikap seorang pemimpin Islam yang bersedia menerima teguran atau kritikan dari orang ramai malah sekiranya teguran tersebut datang melalui pedang pun beliau sanggup untuk menghadapinya.
BERIKUT KENYATAAN NIK AZIZ
INI PULA AMANAT SESAT HADI AWANG
Amanat Haji Hadi Awang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April1981.
“Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”
Kalau ikut AMANAT ini... PAS yang sebenarnya kini sudah jadi KAFIR.... menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku
Apa taknya... Demi kuasa.. Agama ISLAM di letakkan ke tepi, dilacur dan boleh dijual beli dengan Kafir Harbi DAP dan Parti Pluralisme PKR... Hukum Islam Bukan lagi menjadi prinsip dan teras perjuangan sebaliknya hanyalah alat untuk berkuasa...
Bertaubatlah sebelum terlewat!
No comments:
Post a Comment