Wednesday, December 19, 2012

BEKAS AHLI PAS ALAMI TEKANAN JIWA RASA MEREKA "KAFIR" KERANA HADI AWANG




BELIAU hanyalah individu biasa ketika menyertai Pas, biar pun tidak memegang sebarang jawatan penting dalam parti, namun demi kecintaan dan taksubnya bagi menjayakan perjuangan Islam yang diuar-uarkan oleh Pas, beliau sanggup melakukan apa sahaja.

Bukan sahaja kerjaya dikorbankan, malahan beliau juga sanggup mengkafirkan abang dan ayahnya hanya kerana perbezaan fahaman politik. Jika suatu ketika dahulu beliau sanggup berkorban nyawa demi Pas, tetapi kini beliaulah insan paling ke depan untuk membongkar kemungkaran politik oleh parti yang pernah dianggotai selama 27 tahun.


Dan kini, insan bernama Zainon Ismail atau nama penanya C.N Al-Afghani muncul lagi dengan buku terbaru berjudul 'Kafirkah Aku?'. Buku ini adalah hasil karyanya yang ke-20 dan sebelum ini bukunya bertajuk 'Air Mata di Bumi Memali' yang diterbitkan pada November 2010 menimbulkan kontroversi hingga diharamkan jualan dalam kalangan ahli Pas kerana buku tersebut mendedahkan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali.


BERITA PENUH - KLIK LINK DI BAWAH

"KAFIRkah Aku" dedahkan dosa "Amanat Haji Hadi"

BACA ARTIKEL- KLIK LINK DI BAWAH

Amanat Hadi hukum PAS kini kafir, Nik Aziz sah bapa kafir
Kesesatan dan kemunafiqan PAS
Eksklusif ... Hadi Awang JAWAB ISU UMNO KAFIR ... Sebarkan

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.