Sumber Mymassa
Nota: Kalau rakyat tak nampak juga drama dan manipulasi oleh mereka-mereka yang berjuang demi merampas kekuasaan negara dengan menghalalkan apa jua cara termasuk yg haram dalam ISLAM tak tahulah nak kata apa... fikirlah sedalamnya...
Sebelum ini penulis ada mengulas tentang Skandal Seks & Rasuah ‘Tanah’ Pakatan Rakyat Perak yang hangat diperkatakan. Zul Hassan, seorang Ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan Fairul Azrim Ismail telah mengaku melakukan zina dan dengan jahilnya menyamakan habuan seks dengan amalan sedekah yang sangat dipandang tinggi dalam syiar Islam.
Dalam ulasan penulis di artikel sebelum ini, penulis dapat mengagak betapa barisan kepimpinan Pakatan Rakyat akan memberikan seribu satu alasan dan bentuk penafian demi menghalalkan kelakuan dan perangai buruk mereka. Lebih jahat lagi mereka-mereka ini menuding jari kepada pihak kerajaan tanpa mahu mengaku hakikat dan fakta yang sebenar.
Fakta bahawa mereka telah melakukan zina nampaknya cuba dialihkan dengan tudingan jari bengkok mereka itu ke arah kerajaaan. BPR dipersalahkan dengan segala bentuk tohmahan. Ada fitnah menyatakan pegawai BPR bersekongkol dengan kerajaan. Macam-macam!
Bila kena atas batang hidung mereka, pelbagailah alasan nak melepaskan diri. Dan dalam masa yang sama secara fakta sebenarnya mereka telah menerima rasuah berbentuk seks. Itu fakta yang perlu semua pembaca pegang.
Beberapa siri reaksi pemimpin Pakatan Rakyat menunjukkan betapa mereka masih lagi mahu menipu rakyat dengan tidak mengaku bahawa mereka telah melakukan kesilapan. Reaksi pemimpin PKR yang lain pula dilihat cuba untuk mempertahankan perbuatan yang jelas sangat salah dari segi hukum Islam mahu pun moral.
Mari kita lihat reaksi pemimpin Pakatan Rakyat dalam menegakkan benang yang basah.
Reaksi Timbalan Pengerusi PKR Perak
“Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Perak, Zulkifli Ibrahim menyifatkan kenyataan seorang anggota parti itu bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah sebagai sekadar satu 'kesilapan bahasa yang tidak disengajakan'''
Barangkali itu mungkin kesilapan dari segi bahasa dan sebagainya tapi itu bukan maksud kita menjadikan seks itu sebagai satu sedekah.
''Saya boleh komen setakat itu sahaja,'' katanya pada satu sidang akhbar ketika ditanya mengenai kenyataan Anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, kepada sebuah akhbar bahawa dia melakukan hubungan seks dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Seorang lagi anggota parti itu di Perak, Fairul Azrim Ismail, juga mengakui melakukan perbuatan itu tetapi turut mendakwa diperangkap oleh BPR.”(Dipetik dari BERNAMA, 26 September 2008) (klik di sini)
Reaksi Ketua Umum PKR
Lebih buruk lagi apabila perangai jahil hukum hakam agama pemimpin PKR ini seakan direstui oleh Ketua Pakatan Rakyat iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui petikan kenyataannya iaitu:
“Pengakuan tersebut merupakan satu kejayaan besar kepada beliau kerana telah berjaya mendidik anak-anak buahnya menjadi berani mengakui perbuatan yang dilarang dalam Islam," katanya. (Dipetik dari mSTAR 26 September 2008) (klik di sini)
Beginikah caranya mengulas sesuatu yang jelas salah dalam Islam? Inilah cara yang selalu digunakan oleh pemimpin PR apabila berdepan dengan segala kesalahan. Mereka akan mengalihkan isu tersebut dengan sesuatu yang dianggap lebih baik.
Rakyat yang cerdik pandai akan dapat mengesan modus operandi mereka ini. Namun bagi rakyat yang terlalu taksub, penulis percaya akan termakan dengan segala bentuk pemesongan (divert) dari isu pokok iaitu pemimpin PR tersebut telah melakukan zina dan menerima rasuah seks.
Tiada nampak baiknya dengan mengaku dan pengakuan itu pula diagung-agungkan sebagai sesuatu yang mulia. Perlakuan zina dan rasuah pula sudah jadi perkara kedua. Kepada semua pembaca, penulis ingin mengingatkan bahawa kesalahan zina dan rasuah bukan boleh ditutup dengan keberanian pengakuan. Pengakuan berani itu pula nak diagungkan.
Bagi penulis, pengakuan tersebut adalah disebabkan terdapatnya bukti kukuh BPR. Jika BPR tidak mempunyai bukti berbentuk gambar dan sebagainya maka dengan mudah pemimpin PR ini cuci tangan dengan senyum simpul kejayaannya memperbodohkan rakyat.Jangan pula selepas ini pemimpin PR mendakwa tidak cukup 4 orang saksi yang tidak fasik maka tiada kes untuk dibicarakan. Dan BPR pula diseret dengan tuduhan khazaf di Mahkamah Syariah. Haru!
sumber: http://kembarapolitik.blogspot.com/
KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
No comments:
Post a Comment