Thursday, October 9, 2008

PKR: SEKS, RASUAH & SEWAKTUNYA DIANGAP SEDEKAH

Salam Perjuangan

Saya malas nak menulis atau mengulas panjang... kalau manusia tu ada akal, ada otak untuk berfikir dan ada agama (terutama Islam) serta fahamlah sikit hukum hakam juga mementingkan moral dan tatasusila baik terutama pemimpin... apakah ini pemimpin dan kumpulan manusia yg anda nak letakkan masa depan anak cucu keluarga dan bangsa serta negara ditangan mereka...

MB Perak senyap, Anwar Al Laewa'ti pun tak buat apa-apa komen... tindakan hukuman apatah lagi tak ada langsung... tahniahlah mungkin ULAMA (ular dalam semak kata mat sabu) PIS (bukan PAS) bakal mengeluarkan fatwa menyokong seks dan rasuah boleh dijadikan sedekah...

Dah lah cabaran sosial dalam negara makin hebat... ramai gadis Islam "tersedekah" diri dan tubuh... ni pemimpin boleh buat pulak mesti ramai anak buah nak ikut lepas ni... dunia sudah semakin gila & ini petanda akhir zaman... manusia tidak tahu beragama memimpin...

petikan dari Kenyataan di sini http://mymassa.com/news/118/ARTICLE/1309/2008-09-25.html

Kenyataan Ahli Pakatan Rakyat yang terlibat dalam kes tuduhan rasuah bersama 2 Exco Kerajaan Negeri Perak, petikan kenyataan ahli/pengikut Pakatan Rakyat tersebut adalah seperti berikut:

“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujar Fairul Azrim Ismail.“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujar Fairul Azrim Ismail

Hebat sungguh pengikut MB Nizar dalam pakatan rakyat, tinggi sungguh ilmu agama beliau sehinggakan disamakan habuan seks dengan sedekah. Benarlah segala dakwaan selama ini bahawa pengikut PR di zaman MB Nizar gemar mengeluarkan dalil yang meragukan. Agama dijadikan umpama jubah, bila perlu digunakan dan apabila tak perlu digantung.

Dalam kes ini jelaslah apabila melakukan kemungkaran tidak pula teringat akan hukum Allah, tetapi bila dah terkena, maka keluarlah segala dalil-dalil pelik untuk mewajarkan dan menghalalkan perlakuan sumbang yang dilakukan.

Sungguh hebat, tak pernah dalam sejarah dunia seseorang yang melakukan zina menyamakan pula zina dengan sedekah, wae'ma dalam kes pemimpin komponen Barisan Nasional yang mengaku melakukan hubungan seperti ini juga tidak pernah menyamakan hubungan beliau umpama sedekah. Kalau sebelum ini dituduh fitnah dan konspirasi, sekarang keterangan dari mulut yang dituduh sendiri sudah mengaku akan kejadian tersebut, takkanlah konspirasi sampai termakan pujukan ammoi cina, siap mengaku melakukan hubungan seks.

Heran, sungguh heran, kalau dah tido atas dada amoi cina pun dengan rela dan suka sama suka, takkan itupun dituduh konspirasi?Dimanakah Daulah Islamiah yang diperjuangkan selama ini? Takkan dengan segala Usrah dan Tazkirah yang dijalankan oleh MB Nizar di serata Perak masih tidak dapat mengubah sikap pengikut sendiri?Yang pasti pengikut Pakatan Rakyat di Zaman pemerintahan MB Nizar - Habuan seks disamakan dengan sedekah. Kan dah kata, sudah-sudahlah tido tuu..... MB Nizar.


Utusan 26/9/2008

Jabatan agama mesti bertindak atas pengakuan seks

DALAM usaha mahu membersih dan mempertahankan diri dari tuduhan dan dakwaan rasuah seks oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaku melakukan hubungan seks dengan wanita Cina yang didakwa dibekalkan kepadanya.

Mengaku melakukan hubungan seks dengan pasangan yang tidak diikat dengan perkahwinan mengikut hukum syarak bererti mengaku berzina. Azab hukuman berzina kalau tidak segera bertaubat jauh lebih azab lagi dari hukuman yang akan diterima jika sabit dari pendakwaan BPR.

Menurut hadis Rasulullah SAW, hukuman bagi penzina yang sudah berkahwin adalah direjam manakala penzina yang belum berkahwin pula hukumannya adalah dipukul (rotan) seratus kali dan pembuangan (dipenjara) satu tahun. Dalam kitab Taurat juga ada disebutkan bahawa hukuman bagi penzina adalah rejam.


Dengan membuat pengakuan itu, seolah-olah pelaku mahu menjelaskan bahawa jika ada peluang dan kesempatan, perzinaan akan dilakukan tanpa mengambil kira tentang halal haram dan tegahan agama agar menjauhi zina.

Apatah lagi apabila ada pula kenyataan yang menyamakan perbuatan itu dengan pemberian sedekah.

Persoalannya bolehkah perlakuan maksiat yang keji disamakan dengan pemberian sedekah yang mulia dan suci. Bukankah penyamaan itu bersifat suatu penghinaan dan mencabar larangan agama, larangan Allah dan Rasul-Nya agar menjauhi zina.

Juga apa moralnya dari sudut Islam dan persepsi umum terhadap kedua- duanya dan juga parti yang dianggotainya di sebuah negara merdeka yang mana Islam adalah agama rasminya?

Saya percaya ekoran pengakuan dan kenyataan seperti itu akan menyebabkan PKR mengalami krisis moral yang kronik.


Oleh itu, jika ahlinya yang mengaku berzina tidak diambil tindakan, kecenderungan di kalangan yang beragama Islam untuk terus menjadi ahli dan memberi sokongan kepada PKR akan terbantut kerana mereka pastinya tidak mahu dari segi hukum hakamnya tersenarai sebagai bersubahat dengan perlakuan yang tidak dihalalkan oleh Islam.

Dalam pada itu, berbanding dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang, bagi saya Pas adalah parti yang akan paling tersepit ekoran perkembangan mutakhir ini memandangkan Pas mengutamakan keimanan dan ketaqwaan dalam berpolitik.

Jika Pas terus kekal dalam pakatan pembangkang, maka imej, moral, prestasi dan reputasi parti itu akan tercalar kerana secara tidak langsung ia bersekongkol dengan perlakuan yang ditegah oleh agama. Jika Pas membuat keputusan untuk berundur maka ia akan melemahkan pakatan pembangkang dan dianggap sebagai pembelot serta tidak setia kepada ikatan pakatan.

Kita yang membaca laporan pengakuan ahli PKR itu pun berasa amat malu dan sangat aib, macam mana pelakunya boleh bukan sahaja membuat pengakuan malah membenarkan ia disiarkan oleh media.


Mungkin dia melihat langkah itu sebagai ikhtiar untuk membersihkan namanya daripada tuduhan rasuah seks sedangkan pada masa yang sama pengakuan itu telah mendedahkan kerosakan moralnya.

Pihak berkuasa agama juga tidak boleh membiarkan pengakuan itu tanpa sebarang tindakan seperti yang ditetapkan syarak.

Mereka juga akan menanggung dosa bersubahat, malah seluruh umat Islam di negara ini akan berdosa sama jika tidak timbul rasa benci dan jijik dengan pengakuan itu, apatah lagi terhadap pelakunya.

RAMLI ABDUL HALIM
Kota Bharu, Kelantan.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.