Wednesday, October 29, 2008

Tragedi Minyak Malaysia

Salam Perjuangan...

Isu berkaitan minyak dan mudharat yang disebabkannya isu ini jelas merupakan disebabkan kegagalan dan kesilapan pengurusan dan membuat keputusan oleh kerajaan PLah... hasilnya kini walaupun harga minyak dipasaran malaysia sudah diturunkan 2 kali dan namun jika diteliti harga barang tetap mahal dan tidak pun turun-turun hinggakan rakyat terbeban...

Kerajaan pula baru-baru ini membayangkan harga minyak akan diturunkan lebih drastik lagi disebabkan harga minyak di pasaran dunia yang semakin merudum.

Rujuk artikel ini :-

Harga minyak hampiri paras terendah 17 bulan

LONDON 28 Okt. - Harga minyak mentah dunia menghampiri paras terendah dalam tempoh 17 bulan ekoran kebimbangan kelembapan ekonomi global yang bakal melemahkan permintaan terhadap tenaga, kata penganalisis.

Kontrak utama New York , minyak mentah berkualiti tinggi Light Sweet untuk penghantaran Disember menokok AS$0.48 (RM1.71) kepada AS$63.70 (RM227.40) setong dalam dagangan elektronik, selepas mencecah paras AS$61.30 (RM218.84) sejak Mei 2007, pada Isnin lalu.

Minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Disember naik AS$0.13 (RM0.46), lebih tinggi untuk ditutup AS$61.54 (RM219.69). Isnin lalu kontrak tersebut telah mencecah AS$59.02 (RM210.70) yang merupakan paras terendah sejak Februari 2007.


Walaupun mengalami kenaikan kecil hari ini, harga minyak mentah telah jatuh lebih hampir 60 peratus sejak melepasi rekod tertinggi pada paras AS$147 (RM524.79) setong pada Julai lalu ekoran kebimbangan kekurangan bekalan.

''Minyak telah mencecah paras terendah sejak 17 bulan kerana spekulasi krisis kewangan global yang akan mengurangkan permintaan minyak.

''Minyak telah jatuh lebih 56 peratus sejak paras tertinggi 11 Julai dan harga minyak dalam trend menurun selepas OPEC menurunkan jangkaan permintaan pada tahun 2009,'' kata penganalisis BetOnMarkets, David Evans.

* menurut pengiraan sahabat saya harga minyak Malaysia sepatutnya berada pada paras sekitar RM 1.85 hingga RM 2.05 berdasarkan harga minyak dunia terkini.

KESILAPAN besar kerajaan PLah telah mengganggu-gugat ekonomi negara... polisi menaikkan harga minyak dengan begitu drastik telah menyebabkan inflasi naik hampir 30% dan telah menyusahkan rakyat dan impak negatif pada ekonomi...

Kenapa kerajaan yang memiliki pakar ekonomi dan sebagainya gagal meramalkan trend penurunan harga minyak ini? Lihat saja keadaan sekarang apakah harga yang telah melambung tinggi ini dapat diturunkan oelh kerajaan selaras dengan penurunankembali harga minyak??? cukup kakitangan kah kementerian berkenaan menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan penurunan harga barang???

Jadikanlah ini sebagai ikhtibar kepada kerajaan... sepatutnya pakar-pakar ekonomi kerajaan membuat unjuran dan melihat kesan jangka panjang serta ramalan ekonomi dunia dan serantau... daripada situ barulah membuat keputusan yg menguntungkan negara... kalau dulu kerajaan hanya menaikkan harga minyak sekitar 30 sen saya yakin impak negatif pada ekonomi negara mungkin tidak berlaku... dan kerajaan BN tak lah kalah dengan teruk pada PRU 12 lalu...

Itulah dia gaya kepimpinan PLah and the gang... kadang kala terlalu terburu-buru membuat keputusan hinggakan tersalah membuat keputusan (kenaikan Harga Minyak)... kadang-kadang terlampau takut dan lewat membuat keputusan hinggakan nasi dah jadi bubur baru terhegeh-hegeh nak buat keputusan, bila teruk barulah nak haramkan tu dan ini (HINDRAF & Perkauman)...

Harap kerajaan dibawah pimpinan najib nanti akan menajdi sebuah kerajaan pro aktif dan tegas juga... cekap, pantas dan tepat dalam mengendalihan hal ehwal negara...

p/s : rindu kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir (corak pentadbiran yang menghampiri tahap kesempurnaan & begitu sesuai sekali dengan Malaysia yg berbilang bangsa)

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.