Patrick Lim : Kontraktor
Kamaludin : Pentadbiran
Kalimullah : Media Dan Penerangan
Petikan dari blog dunia Tiger KISAH SERIBU SATU NASIHAT (1)
Seperti yang saya jangka, selepas Paklah mengumumkan hasratnya "mengundurkan diri" semalam, ramai yang akan memuji beliau terutama tindakannya yang mengutamakan kepentingan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ramai yang menyifatkan Paklah seorang pemimpin yang baik tetapi kritikan terhadap sebarang "kelemahannya" berpunca daripada mendengar salah nasihat daripada orang tertentu. Bagi mereka Paklah mendengar daripada "punahsihat" bukannya penasihat.
Oleh itu, tidak hairanlah selepas ini banyak tulisan atau pandangan terutama daripada blogawan yang akan melondehkan siapakah "punahsihat" ini yang dikatakan telah meranapkan kerjaya politik seorang ahli politik veteran.
Buat permulaan, ikutilah tulisan seorang blogawan - Maharaja Blogger.
Hari ini (8 Oktober 200) terbukti Abdullah Badawi tidak lagi mendengar nasihat orang orang yang kerana nasihat mereka telah membawa kepada keruntuhanya, yang memaksanya berundur secara terhormat dalam keadaan yang tidak popular.
Seluruh rakyat mengangkat topi memberi hormat kepadanya kerana pada akhirnya beliau mendengar suara mereka dan kata hatinya sendiri dan tidak lagi mendengar nasihat seorang dua.
Beliau ternyata membuat keputusannya sendiri apabila mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO yang menjadi jambatan kepada jawatan Perdana Menteri.
Beliau sedar sokongan yang ditunjukan kepadanya pada saat saat terakhir menjelang pengumumannya yang bersejarah itu adalah dipentaskan.Amat jelas bahawa penasihat pernasihatnya telah mengetahui lebih dahulu keputusan itu apabila Portal Berita Malaysian Insider yang dikendalikan oleh Kalimullah Hassan sahabat karib kepada menantu Abdullah , Khairy Jamaluddin telah pun membayangkan bahawa Abdullah tetap akan berundur demi untuk kepentingan perpaduan party dan kestabilan ekonomi negara.
Penasihat penasihat ini telah berusaha sehingga saat terakhir untuk memujuk Abdullah Badawi supaya jangan berundur tetapi bila Abdullah membuat keputusan mereka menuding jari kepada orang lain sebagai penghalang Abdullah berhenti yang mereka sifatkan sebagai gulongan yang terpaksa bergantung kepada Abdullah dari segi kepentingan diri, perniagaan dan kedudukan.
Merekalah yang menguruskan penyokong penyokong untuk mengunjungi Abdullah di Sri Perdana dan juga berhimpun di luar kediaman Perdana Menteri dan di luar dewan pertemuan dengan pemimpin pemimpin BN untuk meneriakan sokongan dan meminta Abdullah jangan berundur.
Dengan itu tangan mereka sendiri yang telah kotor dengan dosa dosa yang membawa kepada kemarahan orang kepada Abdullah tersembunyi.
Sekian lama mereka telah menggunakan media perdana NST,Berita Harian dan TV3 untuk memperjuangkan isu isu sensitif yang menyinggong perasaan pemimpin pemimpin UMNO dan orang Melayu dan membangkitkan perasaan Hindunisme dibawah kebebasan baru yang mereka sendiri dorongkan kepada Abdullah.
Berapa ramai anak anak Melayu yang telah meninggalkan NST kerana merasa terhina dengan penguasaan yang ditunjukan oleh wartawan wartawan India dan keturunan India .
Bahawa keberanian Hindraf mencemarkan kesucian Hari Raya yang diberikan oleh Perdana Menteri adalah hasil pembinaan kebesaran dan keagungan Hindunisme menerusi promosi pemberitaan,penulisan dan keterbukaan NST sehingga kaum minority di negara ini merasa lebih besar dari gulongan majoriti , sehingga isu kuil menjadi lebih penting dari isu azan dan masjid.
Akhbar akhbar lain hanya mengambil isyarat dari akhbar ini untuk menjalankan kempen yang sama kerana NST diketahui sebagai mempunyai hubungan paling rapat dengan kuasa tertinggi.Beberapa rencana yang dikeluarkan oleh Malaysian Insider menjelang pengumuman pengunduran Abdullah, telah mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak turut bertanggungjawab diatas kekalahan besar BN dalam pilihanraya lalu dan juga kekalahan yang memalukan di Permatang Pauh.
Najib juga dituduh berkonspirasi dalam usaha untuk menyingkirkan Abdullah Badawi lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan. Perlu disebutkan selepas Pilihanraya Mac lalu, apabila kekalahan besar BN di pertanggungjawabkan kepada Abdullah ,tiba tiba NST menyiarkan permohonan maaf Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Hishamuddin Onn kerana menghunus dan menjulang keris yang menakutkan orang bukan Melayu.Tindakan Hisham ini diikuti dengan rencana pengarang muka hadapan serentak di NST dan Berita Harian (terjemahan dari NST) yang menunjukan Hisham turut bersalah menyebabkan orang bukan Melayu menolak BN dan bukan hanya kerana kesilapan dan kelemahan Abdullah.
Hisham terpaksa mematuhi arahan"Ketua" meminta maaf bagi kali kedua tetapi telah menjual maruahnya sebagai Ketua Pegerakan Pemua UMNO Malaysia . Siapakah yang memberikan fikiran kepadanya untuk berbuat demikian?.Tanyalah dengan Hishamuddin.Demikianlah kuasa penasihat penasihat Abdullah Badawi yang mengatasi kuasa menteri kerana didodorongkan oleh keghairahan untuk menunjukan bahawa Abdullah Badawi lebih baik dari Dr.Mahathir dengan memberikan demokrasi baru, kebebasan dan keterbukaan yang tidak terbatas kunonnya mengikut aliran globalisasi , menganjurkan Monsoon Cup untuk menyaingi FI dan projek raksaksa Koridor Selatan ,Utara dan Pantai Timur untuk menyaingi Purtra Jaya.
Tetapi tindakan yang tidak berasaskan kematangan dan kebudakbudakan tidak membantu menaikan imej Abdullah Badawi sebaliknya lebih banyak menghakiskan kewibawaannya dan semakin menjauhkannya dari dasar dan inspirasi nasional dan kejatian diri parti dan rakyat di akar umbi. Melihat keburukan hubungan kaum yang meningkat maka dalam ucapan Selamat Hari Raya baru baru ini Abdullah telah mengumumkan pengunduran dari euphoria kebebasanyang diberikan. Katanya kebebasan perlu dikawal.
Tidak cukup dengan kerosakan ini , pada saat saat terakhir Abdullah Badawi hendak mengumumkan untuk tidak mempertahankan kedudukannya , penasihat penasihat telah mengatur sokongan yang menampakan seolah olah Abdullah terpaksa bergantung di dahan rapuh , selain dari sokongan orang orang "masakan segera", juga disebutkan oleh akhbar mereka sokongan dari UMNO bahagian yang di ketuai oleh bekas Menteri Besar Kedah Syed Abdul Razak yang karier politiknya dimusnahkan oleh TV3 sendiri.
Mereka jugalah yang menasihatkan Mohd Zahid Hamidi Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mencabar bakal calun Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin setelah mereka pasti bahawa Abdullah tidak akan mempertahankan jawatan Presiden dan Najib akan mengambilalih. Zahid memberitahu rakan rakannya beliau diarahkan.
Mereka menyangka ini suatu kebijksanaan politik tetapi inilah suatu kerakusan dan kebodohan politik yang tidak ada taranya yang dengan jelas menampakan perbuatan untuk membalas dendam kepada Muhyiddin yang berani mencetuskan kebangkitan UMNO untuk meminta Abdullah berundur lebih awal.
Strategi yang diatur ini mudah dibaca dan akan menyebabkan orang ramai mempunyai prasangka buruk terhadap tangan yang mudah nampak walaupun tersembunyi.
Seorang lagi yang menjadi mangsa hukuman politik mereka ialah Mohd Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor yang sejak sebelum pilihanraya telah menjadi sasaran utama kecaman dan serangan dari TV3 atas berbagai isu . Sekarang dengan jelas di ketahui sebabnya ialah oleh kerana Toyo telah dijangka akan menjadi pencabar hebat kepada Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Maka itu pengaruhnya mesti dikikis dan dibunuh lebih awal.
Sesungguhnya dosa penasihat penasihat ini terhadap Abdulah Badawi, terhadap Barisan Nasional, terhadap pemimpim pemimpin UMNO dan khusususnya parti UMNO sendiri sangat besar.
Mereka telah mencemarkan karier politik Abdullah Badawi,mereka menghancurkan tunggak perpaduan yang diletakan oleh Perdana Menteri Kedua ,Tun Abdul Razak dan meruntuhkan kemuliaan dan maruah bangsa yang dibina oleh Dr.Mahathir Mohammad.
Dosa mereka akan luput dari pandangan dalam masa yang berlalu tetapi kemusnahan yang mereka lakukan akan mengambil masa yang amat panjang untuk diperbaiki dan dibangunkan semula.
Abdullah Badawi telah mewarisi dari tangan Tun Dr.Mahathir sebuah negara yang mantap , makmur , mewah , bermaruah dan rakyat yang berada dalam semangat yang cukup tinggi tetapi Najib Tun Abdul Razak akan mewarisi sebuah negara yang berada dalam krisis keyakinan , perpecahan dan ketidak tentuan politik dan ekonomi.
(Renungan Rimau : Zainal Kassim atau C-BOK pernah menulis mengenai siapa itu sebenarnya "penasihat". Layarilah blog beliau.)

1 comment:
Moga dapat didedahkan siapa penasihat membawa rebah Pak Lah dengan lebih detail lagi...
Post a Comment