Thursday, October 16, 2008

ISLAM DICABAR : MANA PEMBELAAN UNTUK AGAMA ISLAM???

Petikan dari Mymassa

Nota : Apa sudah jadi??? Islam dicabar secara terbuka dan terang-terangan oleh golongan kafir harbi... Apakah PAS telah membutakan mata demi kekuasaan dengan menggadaikan prinsip "MEMBELA ISLAM" & terus membenarkan diri diperkudakan dan dinodai oleh DAP... Dunia akhir zaman... Islam terang-terangan terus dicabar tanpa pembelaan yg utuh & Islam juga sanggup digadaikan dan dijadikan alat untuk mendapatkan kekuasaan (PAS)...

Renung-renungkan, selamat berjuang

Timbalan Pengerusi DAP Pernah Bangkitkan Isu Azan

Apakah PAS terlupa bahawa DAP pernah membangkitkan isu azan?




Dr Siti Mariah Mahmud (AJK PAS Pusat, Ahli Parlimen Kota Raja) telah membuat laporan polis berhubung isu azan di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi, 11 September 2008. Dalam laporan tersebut, beliau mendesak pihak polis supaya menyiasat dakwaaan Dr Mohd Khir Toyo mengenai kononnya ada usaha-usaha melarang laungan azan di masjid-masjid di Puchong dan Kota Damansara.

Berikut adalah surat berkenaan petisyen azan di Masjid Bandar Kinrara, Seksyen 5, Puchong.


Seramai 186 orang menandatangi petisyen ini mengadu tentang pembesar suara di masjid terbabit.

"Penduduk bukan Islam di Seksyen 5 Bandar Kinrara, Puchong tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di Masjid Bandar Kinrara di situ. Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut.Menurut mereka, ini kerana ia mengganggu mereka untuk berehat atau bangun lewat, terutama pada hari Ahad dan juga untuk mengajar anak-anak mereka belajar pada sebelah malam." ujar Steven Ee (wakil penduduk yang menulis surat bantahan) kepada Malaysiakini.

Apakah masjid tersebut menggunakan pembesar suara yang berlainan untuk azan Subuh dan bacaan ayat Al-Quran sebelum Subuh?

Baca ulasan Tan Seng Giaw berkenaan azan blognya.



"Today (25 October, 2005) while debating the budgetary allocation for the Prime Minister's Department such as RM225,905,000 for Jakim, I asked the department to interpret azan which arises from a revelation through a dream. Azan is from al-i'lam (announcement) or an-nida (call). I hope Jakim will interpret the term as it appears in the Koran such as Surah IX Repentence,3; Surah XXII The Pilgrimage,27; Surah V The Table Spread, 58; Surah XVIII The Children of Israel, 110 and The Story of Bukhari and Muslim.

Surah IX Repentence, 3: "And a proclamation from Allah and His messenger to all men on the day of the Greater Pilgrimage.....". Surah XXII, The Pilgrimage, 27: "And proclaim unto mankind the Pilgrimage....." Surah V, The Table Spread, 58:" And when ye call for prayer....." Surah XVIII, The Children of Israel, 110: Say (unto mankind): Cry unto Allah, or cry unto the Beneficent, unto whichsoever ye cry (it is the same). His are the most beautiful names. And thou (Muhammad), be not loud voiced in thy worship nor yet silence therein, but follow a way between."

Dewan Pemuda PAS pernah mengecam DAP berkenaan dengan isu azan dalam satu artikel yang ditulis oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) dalam Harakahdaily pada 17 April 2007.


Beliau kesal dengan tindakan Ahli Parlimen DAP dari Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang masih lagi membangkitkan isu azan yang didakwa mengganggu ketenteraman masyarakat bukan Islam di negara ini.

Tan Seng Giaw juga pernah memprotes tulisan jawi pada papan tanda nama jalan bersama dengan Teresa Kok pada 14 Februari 2008.Tan Seng Giaw pernah membangkitkan isu azan dalam Dewan Rakyat pada sidang Parlimen Kesebelas Penggal Keempat, Mesyuarat Pertama bertarikh 10 April 2007.

Apakah ini sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan 'Interfaith Council' (IFC)?. Walau bagaimanapun, Tan mengakui bahawa perkara ini dibangkitkan berdasarkan aduan seorang penduduk yang tidak puas hati dengan azan subuh di Taman Putera, Jinjang Utara pada hari tersebut.

Adakah kerana kehendak seorang penyokong beliau, maka azan ini perlu diperlahankan? Apa pandangan orang orang PAS ? Sama pendirian dengan Dr Mariah atau mengikut pandangan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan?

1 comment:

Awang Kata said...

Benarkah mereka ini tidak memahami taraf tulisan jawi di negara ini. Atau memang mereka ini tidak celik budaya...atau sekadar menempah yang mendatangkan bahaya.Hehehehe.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.