Thursday, April 3, 2008

Tun Dr. Mahathir: PM ‘Flip Flop’ Abdullah tak malu, lena dan perlu undur

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa PM ‘Flip Flop’ Abdullah Ahmad Badawi sebagai “Tidak malu kerana enggan berundur walaupun telah kalah di 5+1+2 negeri”.

Beliau juga menegaskan “Mesti sedar dari lena” bahawa Kepimpinan tidak lagi diyakini rakyat, termasuk Istana.

Beliau berucap diperasmian mesyuarat agung Persatuan Melayu Tanjong, disebuah hotel di Georgetown, Pulau Pinang. Semalam, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah diberikan sambutan hambar semasa tiba diLapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Dalam sessi soal jawab, beliau menjelaskan bahawa pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1988 ialah mengikut peruntukan Perlembagaan dan berdasarkan undang undang. Mantan Presiden UMNO juga menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai “Man of many tongues” dan kerap berkata lain kepada lain lain kumpulan, walaupun atas isu yang sama. Mengenai laporan Jerusalem Post membuat analisa bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang, Tun Dr. Mahathir bersetuju bahwa Anwar mendapat sokongan kuat Yahudi seluruh dunia dan juga menambah “Anwar sesuai menjadi PM Israel”.
Tun Dr. Mahathir berkata “Ahli UMNO mendapatkan kembali ‘hak mereka’ kerana UMNO dan empat parti lain telah dirosakan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah”.

Yang dimaksudkan ialah BN, UMNO, MCA, MIC dan Gerakan. Beliau juga mengingatkan ahli UMNO tidak perlu gentar untuk menyuarakan pendapat mereka dengan jelas dan membuat pilihan. Ianya tidak bermaksud ahli UMNO perlu memberontak. Sekadar melakukan apa yang ahli UMNO bertindak kepada Presiden UMNO pada 1951 dan 1969, “Walaupun Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman Putra berjasa begitu besar kepada UMNO, tetapi perlu berundur untuk kebaikan parti dan orang Melayu”.

Semasa sidang media, beliau ditanyakan mengenai calon Presiden UMNO “Ramai ahli UMNO sesuai menjadi Presiden UMNO”. Apabila ditanya adakah maksud beliau ianya terdiri dari Ahli MT UMNO sekarang, “Mungkin juga dan mungkin ada yang lain yang lebih sesuai. yang pentingnya, Presiden UMNO tidaklah bergantung pada ‘pengapit’ (adviser) dari keluarga sendiri!”. Ini merupakan desakan yang amat lantang kepada Presiden UMNO dalam negerinya sendiri, terutama apabila Presiden UMNO itu sendiri ‘kehilangan’ negerinya sendiri.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.