Thursday, April 3, 2008

Terbukti Parti Keadilan Tidak Menyokong Melayu

Terdapat ulasan daripada Badrul Amin, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeAdilan) yang menolak dakwaan sesetengah pihak berkenaan orang Melayu yang mengundi DAP sebagai tiada semangat Melayu, tidak patriotik dan sebagainya di mana beliau berkata isu itu tidak timbul sama sekali.Itulah antara ulasan beliau di dalam satu artikel yang tersiar di dalam laman web pembangkang, HarakahDaily.

Tambah beliau isu itu juga tidak timbul kerana DAP bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina. Kalau benar apa yang dikata, kenapa DAP mengumumkan pembatalan DEB sehari selepas memegang tampuk pemerintahan di Pulau Pinang. DEB adalah untuk membantu orang Melayu dan kaum Cina dan India yang miskin.

Bagi penulis sendiri, penulis berpendapat sesiapa terutamanya orang Melayu yang mengundi DAP adalah pengkhianat kepada orang Melayu sendiri kerana mereka sanggup memangkah satu parti yang berkefahaman komunis dan ada kaitan dengan PAP yang begitu kuat perkaumannya. Badrul Amin juga cuba nak menidakkan fakta bahawa DAP bukan parti berasaskan perkauman apabila DAP dengan sewenang-wenangnya mengumumkan pembatalan DEB di Pulau Pinang yang menaikkan kemarahan orang Melayu di sana.

Lihat saja apa yang sudah terjadi pada orang Melayu di Singapura apabila kaum lain yang memerintah? Adakah kerana sifat khianat dan dengki Pas, maka mereka sanggup melihat anak cucu mereka menjadi hamba dan dianaktirikan di negara sendiri dengan bersekongkol dengan parti DAP yang mengamalkan perkauman yang tinggi terhadap Melayu?

PKR juga bukan memperjuangkan orang Melayu tetapi hanya mempertahankan pemimpin de factonya iaitu Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi perdana menteri setelah niatnya tidak kesampaian apabila dia dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri kerana rasuah dan salah laku seks sesama jenis. Oleh itu, terbukti hanya UMNOlah wadah perjuangan Melayu yang akan mempertahankan Islam dari dihina oleh kaum lain yang semakin menunjukkan belang.

Seseorang yang menjadi pemimpin haruslah tegas terhadap anasir-anasir yang mengancam keselamatan negara dan mengambil tindakan sewajarnya. Kalau ada sahaja perhimpunan haram oleh wakil-wakil pertubuhan haram yang didalangi pembangkang (Pas,PKR dan DAP) maka ISA haruslah dikenakan ke atas mereka. Lebih baik kita dikatakan kejam dan diktator oleh rakyat daripada dikatakan lemah dan lembik serta takut untuk bertindak.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.