Thursday, April 3, 2008

MELAYU SUDAH HILANG KUASA DI PERAK

Perlantikan Exco Kerajaan Negeri Perak yang membariskan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, tiga daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang daripada Pas menunjukkan kedudukan komposisi kaum yang tidak seimbang memandangkan Melayu menguasai 56 peratus penduduk Negeri Perak.

Mengikut bancian pada 2001, daripada 2.157,700 penduduk di Perak, komposisi kaum Melayu adalah paling tinggi dengan jumlah seramai 1.130,900 orang diikuti Cina (690,200 orang), India (262,700) dan bumiputera lain (44,400).

Dalam pilihan raya yang ke-12 lalu, DAP memenangi 18 kerusi, PKR 7 Kerusi dan Pas 6 kerusi, berbanding Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi. Namun, jika digabungkan, ketiga-tiga parti pembangkang berjaya menduduki majoriti dengan 31 kerusi iaitu berbeza hanya 3 kerusi dengan BN.

Terdahulu, Perak digemparkan dengan isu parti DAP yang memulaukan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perak memandangkan antara tiga nama calon yang diserahkan kepada Sultan Perak iaitu Ngeh Koo Ham, Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohamad Nizar Jamaluddin, Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memperkenankan pelantikan Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.
Mohamad Nizar Jamaluddin yang mewakili parti Pas iaitu parti yang paling kecil bilangan kerusi yang dimenangi dalam kerajaan campuran tersebut dan tidak seharusnya layak memegang tampuk MB Perak yang mana, seharusnya DAP atau PKR lebih layak memandangkan jumlah kerusi yang dimenangi lebih banyak.

Isu Menteri Besar Perak ini menjadi perdebatan memandangkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri itu mesti disandang oleh seorang Melayu yang beragama Islam.

Peruntukan undang-undang itu menyebabkan wakil rakyat daripada DAP yang hanya terdiri daripada ahli politik Cina dan India hilang peluang untuk dilantik sebagai Menteri Besar walaupun parti tersebut mempunyai bilangan kerusi DUN tertinggi.

Tidak puas hati dengan isu Menteri Besar, Kerajaan negeri campuran di Perak ini mengemukakan pula cadangan pelantikan dua Timbalan Menteri Besar walaupun perkara itu tidak termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Cadangan itu melibatkan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham sebagai Timbalan Menteri Besar 1 dan Timbalan Menteri Besar 2 akan dipegang wakil PKR dari kalangan kaum India.

Ternyata DAP tidak akan berpuas hati selagi Perak tidak betul-betul berada dalam genggaman mereka. Majoriti Exco dalam kerajaan Perak membayangkan ketidakseimbangan yang bakal tercetus. Ditambah pula jika kebenaran dua Timbalan Menteri yang dicadangkan diluluskan.
Polisi dan dasar DAP selama ini yang jelas menentang dasar ekonomi, pelajaran, agama dan tenaga kerja yang membantu orang Melayu akan mempengaruhi keputusan dalam hal ehwal negeri tersebut atas dasar lebih kuasa yang diberikan kepada mereka.

Walau bagaimanapun, Menteri Besar Perak, Mohd. Nizar Jamaludin diharapkan menunaikan janjinya bahawa tidak akan timbul sebarang masalah dalam pentadbiran kerajaan negeri terbabit sepertimana yang telah dibincangkan bersama sebelum ini ataupun Melayu Perak akan hanya berputih mata hasil dari tindakan yang mereka sendiri pilih itu.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.