KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Tuesday, April 22, 2008
Muslihat Karpal Dan Pak Lah
Apakah antara iktibar dari peristiwa Adam dan Hawa dijerat oleh syaitan sehingga dihukum keluar dari syurga ke alam fana ini? Antara iktibar yang paling berkait dengan tindak-tanduk Karpal Singh baru-baru ini adalah... jangan diterima nasihat musuh, nescaya niatnya tidak ikhlas semata-mata untuk membawa padah.
Karpal Singh kelihatan begitu menyokong Pak Lah dengan membidas Tun Dr M baru-baru ini. Ini adalah perbuatan yang agak pelik. Bukan sahaja tindak-tanduknya tidak selari dengan nalurinya sebagai pembangkang yang seharusnya dengan agresif menyerang Pak Lah, kata-kata dan ungkapan sejarahnya pun berbelit-belit! Contohnya:
- Dimintanya Dr M berhenti menyerang Pak Lah kerana beliau sudah bersara dan patut kekal dalam persaraan. Namun beliau memetik kata-kata arwah Tun Hussein yang membidas kepimpinan Tun Dr M dari persaraan.
- Dimintanya Dr M menjauhkan diri dari kemelut dalaman parti UMNO, padahal Karpal bukan ahli UMNO, tidak layak pun untuk memohon keahlian UMNO, malah merupakan musuh ketat UMNO sepanjang riwayat politiknya!
- Karpal menuding jari ke arah Tun Dr M kerana merestui Operasi Lalang, namun tidak mengakui tanggungjawab beliau mengapi-apikan suasana sehingga keharmonian antara kaum begitu terancam sekali pada masa itu.
- Karpal menuduh Tun Dr M sebagai orang yang mengharamkan pendaftaran UMNO pada tahun 1988. Tetapi beliau sebagai seorang peguam mesti tahu yang para hakim pimpinan Tun Salleh Abas-lah yang mengharamkan UMNO atas dorongan Radzi Sheikh Ahmad. Tun Dr M menghidupkannya semula.
- Beliau juga berbelit-belit mengatakan pihak pembangkang tidak memerlukan Tun Dr M untuk 'membantu' pemantauan tindak-tanduk Pak Lah. Alah, mengaku sahajalah Karpal, pembangkang mahu Pak Lah kekal sebagai PM!
Pembangkang mahu Pak Lah kekal sebagai PM kerana mereka percaya dengan itu, lebih cerah peluang mereka untuk merebut kuasa dari BN dan UMNO menjelang pilihanraya ke 13 kelak. Inilah iktibar di sebalik tindak-tanduk Karpal. Tak kiralah walaupun negara ini hancur sekalipun di bawah kepimpinan berterusan Pak Lah dan Khairy, yang penting, Pakatan Rakyat mahu merebut kuasa 4-5 tahun lagi.
Pakatan Rakyat konon. Akhirnya bukan bagi rakyat, tetapi semata-mata berpakat, berputar-belit kata dan sejarah untuk merebut kuasa. Dan untuk siapa kuasa itu? Anak-pinak juga dalam PKR dan DAP... kerana ini juga mungkin Karpal begitu sayangkan Pak Lah?Tetapi kenapakah pembangkang mahu Pak Lah kekal? Tak mungkin demi kesejahteraan negara dan rakyat. Jelas suasana negara semakin merudum dari pelbagai segi semenjak 8 Mac, baik dari segi ekonomi, keselamatan mahupun kestabilan politik.Pakatan Rakyat konon. Akhirnya bukan bagi rakyat, tetapi semata-mata berpakat, berputar-belit kata dan sejarah untuk merebut kuasa. Dan untuk siapa kuasa itu? Anak-pinak juga dalam PKR dan DAP... kerana ini juga mungkin Karpal begitu sayangkan Pak Lah?
Kelulusan Sijil Halal Bertukar Tangan (HDC)
Salam perjuangan...
Dengar-dengar dan dah betul dah sijil halal kini dikeluarkan oleh Halal Industry Development Corporation Sdn. Bhd. (HDC). Menurut maklumat yg tak sedap di dengar, langkah ini ditentang pelbagai pihak termasuk oleh Datuk Zahid Hamidi (Menteri JPM) dan Dato' Wan (pengarah JAKIM) serta byk pihak lain. Pihak luar juga termasuk negara islam lain juga kurang setuju kerana meragui kredibiliti... sbb bab agama yang telah di koporat kan. Namun Pak Lah tetap dgn pendiriannya mengkoporatkan bab "HALAL" bagi meningkatkan keefisyenannya.
Kakitangan JAKIM di bahagian pensijilan halal juga secara paksa rela terpaksa berkhidmat kini kepada HDC. Kebenarannya HDC cantik di atas kertas sahaja tapi realiti company tu masih tiada apa-apa selain mengharapkan struktur jentera JAKIM. Company ini juga tiada individi berkredibiliti dalam bidang agama yg bersama mereka...
Salah satu sebab juga tak puas hati dengarnya Mr. Oxford menjadi master mind dibelakang tabir dan individu berkuasa di HDC. Nama dia sah-sah tak masuklah sbb takut jadi skandal terbaru namun yg jelas Pak Lah mahu Mr. Oxford memantau menyelia dan mengurus tadbir dari belakang HDC ini.
layari http://www.hdcglobal.com/v3/
Laman ini pun masih underconstruction kebanyakannya pada 22 April ini.
Lagi satu perhatikan pada team management HDC (jgn tengok betul-betul HARAM)http://www.hdcglobal.com/v3/aboutHDC/management.htm kata nak meluluskan sijil halal barang makanan ummat Islam, namun kaum hawa kat HDC ini pun masih belum dapat meng"HALAL"kan diri mereka dengan menutup aurat dengan bertudung. Dekat situ shj dah ada unsur keraguan berkaitan pensijilan halal ini... benda basic pun tak dapat buat inikan benda yglebih besar dalam memutuskan HALAL atau HARAM makanan bagi ummat Sslam. Satu lagi nanti kerap ustaz, mufti dan ulama kang terkhilaf pulak membuat keputusan akibat melihatkan keseksian team pentadbiran syarikat meluluskan "HALAL" ni.
Tahniah Pak Lah... satu lagi projek yang membanggakan dari Pak Lah n Kroni dengan kerja sama Alunni Oxford demi negara dan rakyat Malaysia. Semoga selamat makmur negara Malaysia ini... amin
Komen Dalam Blogs Dr. Khir Toyo
Salam Perjuangan,
Pertamanya tahniah DSKT kerna berjaya menjerumuskan diri dalam bidang penulisan blogs. Moga perjuangan kita disini akan mendapat rahmat disisi Allah SWT demi dakwah kepada seluruh ummah.
Keadaan ketidak tentuan politik sekarang akan berterusan selagi Pak Lah tidak mengumumkan exit plan yg dijanjikan diJB baru2 ini.
Kalau kalau kita meneliti fakta dan mengkaji secara mendalam faktor kekalahan teruk BN dalam PRU 12, kaji punya kaji dan cari puncanya akhirnya kesemua punca dan penyebab terarah kepada Pak Lah. Punca utama adalah kesilapan mentadbir urus negara dan politik.
Gelombang GANAS yang mahukan perubahan pucuk pimpinan negara dari peringkat bawahan kian membesar bukan shj dr rakyat biasa malahan ahli UMNO sendiri yg mahu Pak Lah berundur. Saya yakin dengan berundurnya Pak Lah yang menjadi liabiliti atau kelebihan kepada pihak pembangkang akan dapat meredakan keadaan ketidak tentuan politik dan akhirnya dengan rancangan pemulihan dibawah kepimpinan baru akan menarik kembali keyakinan rakyat kepada BN.
TIDAK MUDAH namun bermula dengan perubahan kepimpinan nanti akan bermula satu era baru nanti demi masa depan negara dengan syarat kepimpinan baru fasa 1. berusaha merapatkan dan menyatupadukan kembali Parti UMNO kemudian fasa 2.menyatukan kembali BN kemudian fasa 3. baru memfokus dalam usaha mendekati rakyat.
Salah satu FAKTOR BESAR kekalahan BN adalah kegagalan menyalurkan maklumat seterusnya memberi penerangan dan kefahaman kepada rakyat sehingga ke akar umbi yang mana kita lihat pembangkang telah memanipulasikan fakta yg sepatutnya memihak kepada kerajaan menjadi isu yg menguntungkan mereka. Mereka berjaya menyusup masuk hingga ke akar umbi menyebarkan dakyah mereka kepada rakyat.
Selain itu BN gagal mendidik golongan muda akan kefahaman akan kepentingan embinaan negara bangsa serta patriotisme melayu+islam.
Kedua-dua usaha menangani faktor ini harus ditumpukan dalam fasa ke 3. selepas peralihan kepimpinan.
Bagi PAK LAH berundurlah selagi masih ada masa. Masanya sudah tiba bagi Pak Lah berfikir sendiri sedalam-dalamnya bagi menentukan langkah seterusnya... kalau perlu berdoalah dihadapan kaabah bagi memohon petunjuk dari Allah SWT pergilah muhasabah diri sebaik-baiknya tanpa dipengaruhi penasihat pembawa masalah disekeliling PAK LAH. Renung-renunglah apa yg telah Pak Lah lakukan sehingga negara kini menjadi dalam keadaan tidak stabil seperti ini.
Mungkin dengan keberanian Pak Lah berkorban dan berundur secara terhormat serta tersusun akan membolehkan malaysia menjadi lebih selamat aman makmur seperti manifesto BN... dan rakyat akan mengenang Pak Lah dalam cara yang lebih baik dan dihormati dari dikenang dengan cara mengaibkan seperti disingkirkan dengan biadap oleh ahli UMNO sendiri.
Berundurlah ...Jangan biarkan perpecahan ini berterusan... dan jika runtuh sepenuhnya BN dan kerajaan pada PRU 13 nanti disebabkan perpecahan akibat Pak Lah tak mahu berundur.... Pak Lah akan dikenang dalam sejarah dan tertulis dalam buku-buku teks generasi mendatang sebagai pemimpin yang memusnahkan UMNO dan BN seterusnya perosak masa depan survival bangsa melayu, Islam dan Malaysia...
Apa Kata Pak Lah.... ??? saya, rakan-rakan dan ahli UMNO seterusnya rakyat malaysia keseluruhannya sedang menunggu... jalan mana yang Pak Lah akan ambil... Renung-Renungkan Selamat Berjuang
Monday, April 21, 2008
PAS Sudah Kalah - Faisal Tehrani
"Mula-mula terima babi, akhirnya PAS akan memperakukan Lina Joy. Saya akan beritahu anda bagaimana ini bakal berlaku. Sila bersabar."
"Saya tidak kata salah hal ladang babi itu. Tidak salah, tambah-tambah kalau betul caranya. Pengikut Theresa Kok makan babi tiga ekor dalam kenduri kemenangan mereka pun saya tak marah. Makanlah. Makan sampai tercekik dan senak pun saya tak larang. Siapa pula marah. Siapalah saya. Harakah dan Timbalan Presiden PAS pun sokong ladang babi. Sampai sanggup pekak telinga rungutan dan rasa marah jijik PAS kawasan Sepang. Bukan begitu Dr Halimah? Tak akan tak ada muslimat Sepang bisik-bisik? Bohonglah kalau tak ada."
"Kemudian setelah babi, beri betis hendak paha tentunya. Akan ada permintaan lain. Itu ini. Atas nama hak asasi maka akan masuk gereja untuk memberitahu, ya ini hak asasi. Kita pun mahukan kesamarataan. Mahu guna perkataan Allah di gereja? Sila...lagipun ini sekadar bahasa. Kebetulan kata Tuhan dalam bahasa Arab itu Allah. "
Kita utamakan kepentingan mereka dahulu. Kepentingan orang Islam? Ala, kemudianlah. Macam-macam alasan diberi. Maka PAS pun terperangkap. Kasihan Halimah Ali, masuk PAS lalu jadi exco, lalu jadi pembela babi. Tentu dia tak dapat tidur malam.
PAS terperangkap dalam jerat hak asasi, kesemarataan, atau hadiah pemberian. Rai dan rai dan rai segala keraian. Jangan bimbang, atas nama menjaga kesemarataan, atas nama harapan baru, dan berkebajikan maka mungkin Lina Joy yang lain pun kita dapat raikan. Lina Joy yang hari tu dah end of the story. Tambah-tambah alasan hak asasi itu akan jadi lebih berkesan dan munasabah kalau 'si pengguna jargon politik' datang dan temberang, PAS pun malu alah. PAS pun segan.
Memang jijik bahasa politik ini. Macam Presiden PAS, dua kali sudah saya dengar beliau mengajak ahli-ahli parlimen BN masuk Pakatan Rakyat. Katanya, mereka yang akan jadi katak lompat ini tidak akan dibayar. Fuhh, sudah pandai bahasa politik Machiavelli rupanya. Lompat parti samada berbayar atau tidak berbayar adalah keji, adalah satu korupsi. Ia salah. Yang bermaruah, beretika dan tidak keji ialah letak jawatan dan bertanding sekali lagi. Baru jantan. Aneh, ada ulama mengulang bahasa politik begini.
PAS apa sudah jadi ??? Munafik kah???
SETELAH BERKUASA... AGAMA KINI JATUH NO 2
Isu PKR Babi Selangor
BETAPA HINANYA KITA KINI... MELAYU+ISLAM... APAKAH NASIB ANAK CUCU DAN GENERASI KITA AKAN DATANG NANTI DIBAWAH KEPIMPINAN SEBEGINI...
APA JADI DENGAN PERJUANGAN NEGARA ISLAM... JELAS KINI PERJUANGAN ITU TELAH BERKUBUR... AGAMA ISLAM HANYA ALAT UNTUK MENDAPAT KUASA DAN KEKAYAAN... SANGGUP MENGETEPIKAN AGAMA DEMI KEKAL DAN BERKUASA MELALUI PAKATAN KAFIR HARBI...
Bumi Di Pijak Milik Orang
Hari ini terma baru lahir – Ketuanan Rakyat dan Ketuanan Rakyat ini tidak sepatutnya dan tidak boleh menggantikan Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu perlu dipertahankan. Salahudin Ayub dari Dewan Pemuda PAS dan Azmin Ali bersetuju secara dasar untuk berbincang mengenai isu mempertahankan hak orang Melayu dengan UMNO.Justeru itu apakah sebenarnya agenda permuafakatan tersebut? Adakah ini tidak akan menimbulkan kemarahan dari kaum-kaum lain? Kenapa kita tidak boleh bercerita mengenai mempertahankan hak Melayu yang semakin masa semakin terkikis. Adakah tidak benar Melayu dalam Bahaya?
Sememangnya ada kelihatan keuzuran Melayu biarpun di tanah air sendiri. Melayu perlu mempertahankan hak baik dari segi ekonomi mahupun politik. Pertahanan hak ini perlu agar Melayu, bukan menjadi tuan di negara ini tetapi mempunyai kekukuhan kedudukan . Hari ini bukan sahaja ketirisan malah apa yang di genggam baik kuasa politik mahupun ekonomi kini dipegang oleh kaum lain. Pegangan inilah yang pernah kita rujuk sebagai Melayu Dalam Bahaya dan pegangan ini secara kolektif terhakis memungkinkan Ketuanan Cina melampaui Ketuanan Melayu.Adakah kenyataan itu salah? Adakah kenyataan itu melampau? Takutkan kita pada kenyataan sebenarnya mengenai ketuanan bangsa lain melampaui bangsa kita? Bukankah telah disebarkan statistik mengenai pendapatan purata orang Melayu jatuh di tempat tercorot berbanding dengan Cina dan India. Itu belum dikira pula kemiskinan tegar di kalangan orang Melayu yang melangkau melebihi kaum lain di Malaysia.
Bukankah kita patut akui bahawa sekiranya keadaan ini berlarutan dan terdapat kepincangan dalam sosiopolitik dan ekonomi negara ini maka kemungkinan-kemungkinan kegusaran antara kaum akan berlaku? Ini adalah fakta berhemah yang pernah di ulas dan mempunyai jelas kebenarannya.Hari ini kita pula disergah dengan pemilikan bangunan di Malaysia yang kebanyakannya adalah milik kaum lain. Adakah kita masih mahu berselimut untuk tidak menyakitkan hati sesiapa lalu diam membiarkan perkara ini berlaku. Ini adalah “survival” bangsa dan ini hakikat yang memerlukan kita untuk mempertahankan hak agar – BUMI DIPIJAK BUKAN MILIK ORANG.Ketuanan Rakyat anjuran sesetengah pihak adalah kenyataan politik menjual hak Melayu.
Tindakan mahu juga membicarakan ketuanan, terlampau angkuh mahukan kuasa maka ketuanan rakyat dilemparkan untuk mengelirukan sedangkan isu ketuanan rakyat ini bukan satu isu pokok kerana itu adalah asas prinsip demokrasi. Ketuanan Melayu adalah persoalan hak, persoalan kedudukan orang Melayu dan persoalan pembelaan kemiskinan dan ketinggalan orang Melayu. Ini adalah perbicaraan terbuka dengan menilai kedudukan orang Melayu. Ini persoalan bangsa dan bukan persoalan ideologi politik.Persoalan tersebut tidak memerlukan lagi sinopsis siapa bersalah kerana kesalahan itu melibatkan semua, kepimpinan Melayu dan orang Melayu itu sendiri. Kesalahan ini sudah cukup diketahui dan kemungkinan klimaks kesalahan orang Melayu hari ini adalah ketirisan kuasa yang dipegang.Hari ini akan terjadi satu petunjuk baru mengenai ketirisan kuasa kerana ketirisan kuasa ini menambah lagi satu lagi bentuk kekurangan untuk orang Melayu. Penghakisan ini amat membimbangkan. Persoalan kesamarataan yang dituntut sebenarnya menghakis hak yang ada. Menuntut ketuanan rakyat kononnya untuk menunjukkan liberalis yang ada sebenarnya mempunyai matlamat tersendiri yang tidak menguntungkan bangsa.
Ini perlu di sedarkan agar kita tidak terikut dengan konsep kesamarataan sebagai satu keadilan. Kita perlu menilai di mana Melayu berada dan apa sebenarnya yang perlu dipertahankan sebagai hak Melayu. Kontrak sosial adalah kontrak sepanjang hayat yang perlu kita tegaskan dengan penjelasan konkrit. Isu ketidakadilan tidak timbul dan isu diskriminasi juga tidak timbul dalam kita melalui perkembangan bangsa khususnya dalam soal-soal kebajikan dan pendidikan. Pegagan ekonomi oleh kaum lain menunjukkan diskriminasi yang di katakan wujud hanya satu kesimpulan politik.
Ketuanan Rakyat adalah satu justifikasi palsu yang sebenar berhasrat untuk membawa politik idealisme Pakatan Rakyat di terima secara total oleh kaum lain sementara bertindak untuk kekal memecahbelahkan Melayu untuk tujuan memperoleh kuasa. Tindakan ini amat merugikan dan perlu kita sedarkan. Tuduhan berterusan mengenai “salah siapa” tidak seharusnya berpanjangan tetapi memperkasakan rakyat untuk memilih dan memahami perlu dilaksanakan. Tindakan menjual-bangsa untuk kuasa adalah sat pengkhianatan. Ini perlu kita tolak dan sekali lagi penjelasan mereka adalah perlu.UMNO pada am juga telah melakukan kesalahan. Kesilapan dan sikap prioriti yang salah adalah punca-punca UMNO berada di mana ia berada sekarang ini. Menjaga kepentingan sekelompok tertentu menjadikan kredibiliti UMNO tergugat dan unsur-unsur kompromi melampau untuk memegang kepimpinan dalam UMNO melukakan UMNO dari aspek demokrasi. Ini adalah punca pengasingan Melayu baru terhadap UMNO tetapi kewujudan UMNO sebagai simbol kekuatan Melayu perlu ada sungguhpun sudah terhakis.
UMNO memang perlu berubah dan perubahan itu tidak akan menarik legasi lama untuk singgah semula dalam masa terdekat. Banyak usaha perlu diambil khususnya untuk menaturalisasikan konon-konon kepentingan meninggalkan ketuanan Melayu dan mendukung Ketuanan Rakyat. Soalan Melayu perlu ditangani dan soal meningkatkan martabat Melayu perlu menjadi prioriti semua Melayu.Kita perlu pegang perjuangan Ketuanan Melayu – memperjuangkan hak dan mempertahankan apa yang ada dan menuntut apa yang tiris kembali. Apa salah perjuangan ini?
Thursday, April 17, 2008
Perjumpaan Tertutup UMNO Selangor
Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak petang ini menegaskan bahawa UMNO perlu muhasabah diri (do soul searching), mencari kesilapan untuk diperbaiki dan memaparkan keterampilan baru, agar rakyat kembali meyakini dan menyokong tunggak Barisan Nasional (BN) itu.
Beliau berkata demikian kepada pemimpin empat peringkat semua Bahagian UMNO dalam Selangor dalam satu pertemuan tertutup dianjurkan Perhubungan UMNO Negeri Selangor di Sheraton Subang Jaya. Turut hadir dalam majlis ini ialah Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Mohd. Ali Rustam, Ketua Wanita UMNO Dato’ Seri Rafidah Aziz, Ketua Pemuda UMNO Dato’ Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Puteri UMNO Dato’ Noraini Ahmad, Setiausaha Agung UMNO Tengku Dato’ Seri Adnan Tengku Mansor dan Bendahari Agung UMNO Dato’ Azim Zabidi.
Beliau mengingatkan bahawa di Selangor, BN hanya mampu meraih 44% undi dan realitinya, 135,000 undi telah berpindah tangan.
Dalam ucapan pembukaan, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Muhammad “Mike Tyson” Muhammad Taib menytakan sokongan kuat dan tidak berbelah bagi UMNO Selangor kepada Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Walaubagaimanapun, apabila wakil wakil Bahagian UMNO diberi peluang berucap, majoriti membangkitkan soal ‘Peralihan Kuasa dan Kepimpinan’; Cara dan jadual. Ini menunjukan jelas bahawa ikrar Mike Tyson awal itu tidak bersandarkan suara dan aspirasi akar umbi UMNO Selangor, yang dengan jelas mahukan perubahan.
Namun Banner dan sepanduk diluar kawasan perjumpaan tertutup itu lain pula jadinya... saksikan... dan renung-renungkan
Wednesday, April 16, 2008
Tuesday, April 15, 2008
Pak Lah Harus Terbuka Teguran
Persoalan utama adalah Apa Pak Lah tu Nabi yang maksum ke sampai org lain tak boleh komen???... atau sebab dah jadi pengasas Islam Hadhari dah tak boleh dgr nasihat org atau pandangan org lain kecuali sahabat akrab Pak Lah yang merosakkan...
Renung-renungkan Dato’ Mukriz harus dipuji kerana berani memberikan teguran walaupun mungkin membawa padah... sifat sebegini boleh di ambil contoh dari sejarah seperti ahli agama dan sufi di zaman lampau yg sanggup berdepan hukuman demi menyatakan kebenaran... apakah perbuatan ini menjadi dosa besar??? Malahan tegur menegur dalam mengusahakan perkara kebaikan amat digalakkan dalam Islam.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda sahabat yg baik adalah sahabat yang memuji sewaktu kita melakukan kebaikan dan menegur kita sewaktu melakukan kesilapan...
Cukup-Cukup Anuar, Kalimullah, Patrick dan engkau si Oxford Khairy
Kita tengok sahabat Pak Lah seperti Anuar Zaini, Kalimullah, Tajuddeen Mamak, Patrick dan menantu oxford si khairy buka sahabat atau individu sebegitu... mereka hanya menceritakan perkara baik yg ingin dan sedap di dengar Pak Lah yg akhirnya memandu pak lak utk membuat kesilapan demi kesilapan dalam membuat keputusan dan percaturan dan kemuncak kesilapannya hinggakan membawa kepada kekalahan teruk BN dalam PRU 12.
Manusia tetap manusia... walaupun di anak atau cucu ahli agama atau ulama terbilang tetap manusia yg tidak mampu lari dari kesilapan... terbukti Pak Lah juga manusia.
Jadi apa pengajaran yang harus kita ambil???
Sebelum kita tersilap langkah dan melakukan kesilapan apa harus kita lakukan???
1. kita harus mendengar perkabaran buruk daripada musuk kerana perkabaran itu benar bg mendedahkan kelemahan tentang diri kita yang mesti kita perbaiki.
2. pandangan sahabat yg jujur seperti yg dicirikan oleh junjungan Nabi muhammad SAW iaitu sahabat yang membimbing dengan ikhlas tanpa mengharap balasan atau kepentingan agar tidak melakukan kesilapan dan BERANI menegur bagi memperbaiki kesilapan yang terlanjur dilakukan...
Insaflah Pak Lah masanya sudah tiba bagi Pak Lah berfikir sendiri sedalam-dalamnya bagi menentukan langkah seterusnya... kalau perlu berdoalah dihadapan kaabah bagi memohon petunjuk dari Allah SWT pergilah muhasabah diri sebaik-baiknya tanpa ganguan sahabat-sahabat dungu tadi. Renung-renunglah apa yg telah Pak Lah lakukan sehingga negara kini menjadi dalam keadaan tidak stabil seperti ini.
Mungkin dengan keberanian Pak Lah berkorban dan berundur secara terhormat serta tersusun akan membolehkan malaysia menjadi lebih selamat aman makmur seperti manifesto BN... dan rakyat akan mengenang Pak Lah dalam cara yang lebih baik dari dikenang dengan cara mengaibkan seperti disingkirkan dengan biadap oleh ahli UMNO sendiri.
Berundurlah Pak Lah...
Jangan biarkan perpecahan ini berterusan... dan jika runtuh sepenuhnya BN dan kerajaan pada PRU ke 13 nanti disebabkan perpecahan akibat Pak Lah tak mahu berundur.... Pak Lah akan dikenang dalam sejarah dan tertulis dalam buku-buku teks generasi mendatang sebagai pemimpin yang memusnahkan UMNO dan BN seterusnya perosak masa depan survival bangsa melayu, Islam dan Malaysia...
Selamat tinggal semua... teruskan perjuangan...
Apa Kata Pak Lah.... ??? saya, rakan-rakan dan ahli UMNO seterusnya rakyat malaysia sedang menunggu... jalan mana yang Pak Lah akan ambil...
Renung-Renungkan Selamat Berjuang
Pimpinan PAS Mempertahankan Keputusan Membela Babi (MB) Selangor - DAP
Merujuk kenyataan HarakahDaily.Net semalam yang ditulis pengarangnya berkenaan projek "MEGA" ladang ternakan babi secara moden menunjukkan pendirian yang jelas pucuk pimpinan PAS cuba mempertahankan keputusan yang telah dibuat oleh MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Kepimpinan PAS dilihat menyelar dan menuding jari kepada media serta pemimpin-pemimpin BN yang kononnya telah memanipulasikan isu tersebut dengan "menyerang" kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.
Mereka marah dengan sindiran "sinis" Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang menganggap projek tersebut sebagai "HADIAH BESAR" kepada penyokong Pakatan Rakyat di atas kemenangan PRU12 yang lalu, melalui kenyataan yang dituliskan di laman blog Ketua Menteri Melaka itu. Sebaliknya PAS menempelak semula Ketua Menteri Melaka itu dengan merujuk keadaan yang pernah berlaku di Melaka pada tahun 2007 yang lepas, yang menyatakan Mohd Ali Rustam gagal menanganinya dengan baik sehingga membawa kepada rusuhan para penternak babi.
Pelbagai alasan digunakan oleh kepimpinan PAS dan para penyokong mereka untuk mempertahankan keputusan itu tanpa rasa "SEGAN SILU" dan tidak malu mengandaikan usaha itu sebagai "Fardhu Kifayah" daripada pucuk kepimpinan Islam kepada rakyat bukan Islam.Di dalam konteks ini, saya tampil untuk mengulas ringkas bahawa usaha PAS mempertahankan keputusan tersebut sebagai "LIDAH YANG BERCABANG" dan "TIADA BERPENDIRIAN" yang boleh dianggap sebagai "Menjilat Ludah Sendiri".Juga adalah keterlaluan untuk menganggapkannya sebagai "Fardhu Kifayah" kerana banyak lagi usaha-usaha lain yang boleh ditumpukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat jika sekiranya mahu berbudi kepada golongan bukan Islam untuk memperolehi "Pahala Fardhu Kifayah".
Saya melihat alasan demi alasan yang diberikan oleh kepimpinan PAS dan para penyokong mereka untuk mempertahankan keputusan yang dibuat itu sebagai satu kepentingan politik semata-mata demi meraih sokongan daripada masyarakat bukan Islam atas dasar desakan daripada pihak dalaman (DAP) dan juga gagal berpandangan jauh untuk memikirkan kesan jangka panjang secara menyeluruh.Sepatutnya kejadian di Melaka tahun lalu harus diambil sebagai iktibar. Walau canggih sekalipun pelaksanaannya tetapi "PENCEMARAN UDARA" tetap akan berlaku. Tidak tahulah pula jika sekiranya mereka menternak secara tertutup di dalam "DEWAN BERHAWA DINGIN" adalah satu kemungkinan untuk mengelakkan pencemaran udara.Saya juga tidak hairan dengan kepimpinan PAS yang selama ini memang sering memperalatkan agama suci Islam ke arah mencapai matlamat politik mereka.
Mereka sanggup memutarbelitkan apa sahaja fakta demi kepentingan peribadi mereka. Secara tidak langsung dengan memperalatkan agama Islam, mereka "TIDAK MENGHORMATI ISLAM" dan mengajar sekutu mereka yang bukan Islam untuk turut tidak menghormati Islam.Dengan penggunaan nama parti politik sebagai "Parti Islam Se-Malaysia - PAS" itu sebenarnya telah banyak mencemarkan imej "ISLAM" di mata masyarakat bukan Islam di negara ini secara khususnya, kerana perjuangan PAS hari ini sudah jauh menyimpang dan tersasar daripada landasan sebenar perjuangan asal mereka ketika di zaman Dato' Asri suatu masa dahulu. Ini semua adalah angkara sebahagian besar pemimpin PAS hari ini yang tidak bertanggungjawab.
Saya tidak tujukan kepada semua pemimpin mereka tetapi sebahagian besarnya adalah sebagaimana apa yang saya maksudkan itu. Hanya segelintir sahaja pemimpin PAS yang masih boleh dihormati.Kepada pemimpin PAS yang membaca kenyataan ini, sila berikan jawapan kenapa kerajaan negeri harus memperuntukkan bajet sebegitu besar sehingga mencecah RM100Juta untuk ladang "MEGA" bagi ternakan babi? Apakah keberuntungannya kepada golongan masyarakat Melayu dan semua yang beragama Islam? Apakah yang "HARAM" itu boleh menjadi "HALAL" demi kepentingan politik? Untuk sekadar memenuhi keperluan golongan "Pemakan babi" yang hanya segelintir tersebut, cukuplah sekadar bantuan "BAKA TERNAKAN" sebagaimana yang dilakukan oleh Jabatan Haiwan kepada masyarakat Melayu di kampung, di samping keluasan tanah yang memadai dan mengelakkan pencemaran alam sekitar.
Sanggupkah mana-mana kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat meluluskan sejumlah yang sama atau lebih besar untuk tujuan penternakan lembu, kambing, biri-biri, ayam, itik dan sebagainya selain daripada babi kepada masyarakat bumiputera?Inilah kepimpinan "AKHIR ZAMAN" oleh pemimpin Islam yang mengakui diri sebagai "ALIM ULAMAK" yang sanggup "MENGHALALKAN" apa yang "HARAM" sewenang-wenangnya.Jika begitu, semua kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS tidak perlulah memansuhkan "LESEN PERJUDIAN" yang dikatakan haram. Sekurang-kurangnya perjudian itu tidak perlu "DISAMAK" sebagaimana najis babi. Tiada apa-apa perbezaan untuk memakan hasil pendapatan daripada "JUDI" jika dibandingkan dengan hasil "PENTERNAKAN BABI". Kedua-duanya datang daripada sumber yang haram. Oleh itu saya mohon pemimpin PAS tidak perlulah mempertahankannya atau memperjuangkan usaha tersebut. Di sebaliknya haruslah menasihati sekutu mereka dan bukan terus bersekongkol.
PAS haruslah bersikap "JUJUR, IKHLAS DAN LEBIH TELUS" di dalam perjuangan Islam mereka.BERPEGANGLAH PADA HAKIKAT KEBENARAN DAN CONTOHILAH KEPIMPINAN RASULULLAH SAW.Sila rujuk artikel sebelumnya di blog:PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSAbertajuk Projek "Mega" Ternakan Babi Sebagai Agenda Utama Ekonomi Kerajaan Barisan Rakyat PKR-PAS-DAP Di Selangor pada ruangan "Arkib".
Saturday, April 12, 2008
SELAMAT DATANG WARGA BARU SELANGOR
Friday, April 11, 2008
Alahai Sang Kelembai
Tengku Adnan, Setiausaha Agung UMNO, dikatakan ‘melabur’ RM 1 Juta untuk Sang Kelembai
Blogger pertama di pecat oleh UMNO, Zaharin Mohd Yassin atau terkenal dengan nama penanya, Sang Kelembai telah kembali ke pangkuan Abdullah Ahmad Badawi.
Sumber dari dalam UMNO menyatakan Sang Kelembai telah menemui Pak Lah setelah di bawa oleh seorang Ketua Bahagian UMNO. Selepas pertemuan tersebut, Pak Lah dan Zaharin kelihatan menangis.
Kembalinya Zaharin yang merupakan pengkritik hebat Pak Lah menerusi artikel-artikel Kerajaan Tiga Beranaknya di juruterakan oleh Tengku Adnan, Setiausaha Agung UMNO.
Sementara itu, di Sabah, Zaharin dilihat memeluk dan mencium Pak Lah serta melafazkan mohon maafnya di hadapan khalayak ramai.
Sumber dari dalam UMNO juga mengesahkan bahawa ‘kos’ membawa pulang Zaharin ke pangkuan Pak Lah dikatakan mencecah RM1 juta.
Kickdefella, mendoakan Zaharin akan berjaya di dalam usahanya menyatukan orang Melayu bersama Pak Lah. Saya percaya, Zaharin telah memikir semasak-masaknya hal ini dan Zaharin yakin ini adalah pilihan terbaik buatnya.
Terima Kasih Zahrin. Adios Bro!
UMNO Kedah Dan Pulau Pinang Desak Abdullah Undurkan Diri
Majoriti bahagian UMNO di Kedah dan Pulau Pinang mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengundurkan diri daripada persada kekuasaan negara dan UMNO.
Hasrat ini disampaikan oleh mereka kepada delegasi kepimpinan UMNO Malaysia yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam pertemuan tertutup di Kedah dan Pulau Pinang.
Dalam pertemuan di Sungai Petani, 7 bahagian UMNO mendesak Abdullah meletakkan jawatan, 2 bahagian menyokong Abdullah terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri, 2 bahagian lagi berkecuali.
Di Pulau Pinang, 9 bahagian mendesak Abdullah mengundurkan diri, 1 bahagian – Tanjung - berkecuali dan 3 bahagian lagi – Kepala Batas (Bahagian Abdullah), Bukit Mertajam dan Nibong Tebal - menyokong Abdullah terus memimpin negara.
Sementara itu, seorang AJK UMNO Bahagian di Kedah yang menggunakan nama samaran AAH telah mengirimkan komen kepada blog ini pada jam 7.44 petang semalam mengenai pertemuan di Kedah seperti berikut:
Saya berada dalam dewan (perjumpaan di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah) dari mula hingga tamat. Apa yang dapat saya simpulkan ialah: UMNO Kedah tidak lagi mempunyaai keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah dan Mahdzir Khalid. Mereka inilah angkara kekalahan Kedah (dalam PRU12). Mereka (para pemimpin UMNO Kedah) rata-rata berpendapat Abdullah dan mantan Menteri Besar Kedah adalah “pengkhianat” paling besar di Malaysia.
Calon Tanpa Restu
Sementara itu, Utusan Malaysia 11 April 2008, telah memetik Najib sebagai berkata seperti berikut:
SUNGAI PETANI 10 April – UMNO mengenal pasti masalah pemilihan calon yang tidak mendapat restu ketua-ketua UMNO bahagian adalah antara punca calon Barisan Nasional (BN) dikhianati pada pilihan raya umum lalu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, maklum balas yang diterima Jawatankuasa Pengurusan parti dengan pemimpin bahagian menunjukkan ramai di antara mereka melahirkan rasa kecewa kerana tidak dibawa berunding semasa pemilihan calon dibuat.
“Antara perkara pokok yang disuarakan ialah supaya pada masa akan datang, dalam pemilihan calon-calon bertanding, maka proses rundingan dengan bahagian dilakukan dengan cara lebih menyeluruh lagi.
“Kita menerima pandangan ini dan saya akan sampaikan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti nanti,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan parti bersama lebih 150 pemimpin Badan Perhubungan UMNO Kedah di sini hari ini.
Hadir pada majlis tertutup hampir tiga jam itu ialah kedua-dua Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mohd. Ali Rustam. Turut serta Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib; Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad; Bendahari parti, Datuk Mohd. Azim Zabidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Luahan Perasaan
Najib menjelaskan, pertemuan Jawatankuasa Pengurusan parti dengan UMNO Kedah tersebut diadakan bagi membolehkan pemimpin bahagian meluahkan segala perasaan dan teguran untuk tujuan memulihkan semula parti..
“Pada masa yang sama, pandangan serta teguran yang dibangkitkan oleh mereka itu boleh dikumpulkan sebagai kesimpulan dan seterusnya diangkat untuk pertimbangan parti,’’ katanya.
Tegas Najib, beliau selaku Timbalan Presiden parti juga memberi jaminan akan memberikan pertimbangan ke atas segala cadangan tersebut untuk dilaksanakan sebaik mungkin.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, UMNO tidak akan mengambil tindakan sembarangan terhadap ahli-ahli parti hanya kerana mereka dituduh melakukan salah laku pada pilihan raya lalu.
Bagaimanapun, tegasnya, tindakan tersebut akan diambil setelah perkara tersebut benar-benar terbukti dan telah dirujuk kepada pengurusan parti terlebih dahulu.
“Kalau dalam soal salah laku semasa pilihan raya, mereka beri pandangan bahawa jangan sewenang- wenang ambil tindakan tanpa asas yang kukuh. Pertimbangan yang kita nak buat nanti, mestilah berdasarkan kepentingan parti pada keseluruhan,’’ jelasnya.
Buru Pensabotaj?
Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan masalah mensabotaj parti yang dilakukan oleh ahli UMNO pada pilihan raya umum lalu kepada Lembaga Disiplin parti untuk diambil tindakan.
Menurut Abdullah, perbuatan sabotaj tersebut menyebabkan sebanyak 14 kerusi Parlimen dan 22 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini merupakan kawasan putih dan dijamin menang, turut terlepas ke tangan parti pembangkang.
Laporan analisis UMNO menunjukkan kemungkinan wujud perbuatan mensabotaj dalam kalangan penyokong dan ahli BN sendiri antaranya di negeri Kedah, Perak dan Selangor yang berjaya ditawan oleh pembangkang.
Komen: Apa yang tidak ditegaskan oleh Najib dalam berita di atas adalah: siapakah yang bertanggungjawab memutuskan calon-calon BN bagi PRU12.
Bagaimanapun, adalah rahsia umum bahawa individu itu adalah Khairy Jamaluddin. Menjelang PRU12, dia telah menjelajah ke sekurang-kurangnya 39 bahagian di seluruh negara untuk memperkenalkan calon pilihannya.
Pada waktu yang sama, fikir-fikirkanlah kenyataan mantan Menteri Penerangan dalam Utusan Malaysia 12 Mac 2008, dengan tajuk Cubaan Golongan Muda Ambil Alih Kepimpinan Gagal, seperti berikut:
Konspirasi Khairy?
KUALA LUMPUR 11 Mac 2008: Bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin mendedahkan ada golongan muda telah membuat percubaan untuk mengambil alih kepimpinan negara secara terurus dan terancang melalui Pilihan Raya Umum Ke-12.
Bagaimanapun, menurut beliau, cubaan untuk membuat perubahan secara drastik tersebut gagal berikutan tsunami politik yang berlaku pada pilihan raya umum itu.
Zainuddin yang diminta menjelaskan dakwaannya itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Sebaliknya beliau meminta wartawan jangan membuat provokasi terhadapnya.
“Saya tidak akan jelaskan dengan lebih lanjut, biarlah pembaca (orang ramai) menilai sendiri kenyataan saya ini,” katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Dalam buku saya yang sedang dalam penerbitan berjodol Angkara Dolah Badawi, saya ulas kenyataan Zam di atas seperti berikut:
Siapakah golongan muda yang dimaksudkan dalam kenyataan ini? Adakah berita ini kait-mengait dengan kandungan buku The Toyol Code tulisan saya yang mendedahkan wujudnya konspirasi yang dipercayai dikepalai oleh Khairy, untuk menyediakan blueprint calon-calon PRU12? Dan, bilakah Abdullah akan menafikan kandungan berita di atas? – Ruhanie Ahmad
Wednesday, April 9, 2008
MUKRIZ SEDIA MEMIMPIN PEMUDA : PEMUDA HARUS TOLAK KHAIRY
Dato’ Mukhriz Mahathir mengumumkan bahawa kerana kesediaan Ketua Pemuda UMNO Dato’ Seri Hishamuddin Hussein mengosongkan kerusi Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan jawatan Perhimpunan Agung UMNO 16 Disember 2008 ini, maka beliau selaku Exco Pemuda UMNO sedia dicalonkan untuk jawatan tertinggi sayap kiri UMNO itu.
Beliau dengan penuh rasa besar hati tetapi insaf akan tanggung jawab memimpin Pergerakan Pemuda UMNO, mengundang dengan hati yang terbuka mana mana Bahagian UMNO yang sudi mencalonkan beliau untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Dalam pengumuman ringkas jam 8.01am pagi ini, Ahli Parlimen Jerlun itu menyerahkan sepenuhnya kepada ahli Pemuda UMNO untuk menentukan samada beliau layak dicalonkan dan seterusnya dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Untuk rekod, Mukhriz mendapat undi terbanyak kali terakhir Pemuda UMNO membuat pemilihan jawatan Exco, September 2004.