WARKAH BUAT ANWAR IBRAHIM
Menjadi kelaziman manusia akan mengingati tarikh 14 Februari sebagai hari memperingati Hari Kekasih. Tetapi, saya terpanggil untuk memperingati tarikh 11 Februari sebagai hari “berpisahnya kasih” diantara seorang tokoh pemimpin muda yang mempunyai masa depan memimpin rakyat iaitu Ezam Mohd Nor dengan mantan mentornya Anwar Ibrahim.
Ezam dan Anwar sewaktu kempen di ijok pada April 2007. Nampak macam ok, tapi sebenarnya....??
Ia terjadi pada hari ini ditahun 2007. Istimewanya tarikh ini sebab ianya merupakan hari ulangtahun anak saya yang kedua. Pada hari tersebut saya telah keluar awal pagi untuk menyiapkan bilik mesyuarat di pejabat PKR Negeri Selangor di Shah Alam. Tanggungjawab saya sebagai Setiausaha Perhubungan PKR negeri Selangor digalas dengan membuat persiapan mesyuarat Perhubungan Negeri yang penting untuk menentukan hala tuju parti menghadapi Kongres Nasional 2007.
Sewaktu mesyuarat berjalan, Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor iaitu Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim telah memberikan ruang kepada Timbalannya, Ezam Mohd Nor untuk membawa usul yang telah diputuskan diperingkat mesyuarat pengurusan Perhubungan Negeri Selangor. Ezam telah memberikan hujahnya dan membawa usul Anwar Ibrahim dicalonkan sebagai Presiden dan Dr Syed Husin Ali sebagai penyandang jawatan dikekalkan sebagai Timbalan Presiden. Mesyuarat yang dihadiri oleh hampir kesemua Ketua ketua Bahagian seluruh Selangor mempersetujui keputusan tersebut.
Malang sekali, pada sebelah petangnya kita mendapat berita bahawa Bahagian Kelana Jaya, bahagian pertama dalam Selangor yang mengadakan Mesyuarat Agung pada jam 3 petang mencalonkan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden. Lebih menyedihkan lagi apabila keputusan tersebut diputuskan melalui kiraan undi diantara Dr Syed Husin Ali yang hanya mendapat 7 undi berbanding Azmin yang menerima 23 undi. Sewaktu memberikan penjelasan kepada media, Setiausaha Bahagian PKR Kelana Jaya telah menjelaskan bahawa kehadiran perwakilan adalah seramai 72 orang tetapi sewaktu pengundian hanya tinggal 30 perwakilan sahaja. Angka minima yang disyaratkan untuk melayakkan Mesyuarat Agung itu sah sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Parti.
Seharusnya tumpuan ahli ahli ketika itu adalah menobatkan Anwar sebagai Presiden. Manakala jawatan Timbalan, Naib naib dalam lain lain tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan tumpuan ahli menjadikan Anwar sebagai Presiden apatah lagi sekiranya penyandang jawatan sedia terus berkhidmat.
Penglibatan Ezam selaku Timbalan Pengerusi PKR Selangor sebelum letak jawatan pada 11 Feb 2007. Ezam menjadi orang paling kanan Tan Sri Khalid...
Tanda Awal Ezam Akan Meninggalkan Parti
Keputusan yang diambil oleh Bahagian Kelana Jaya telah menjadikan asas kepada Ezam untuk meletakkan semua jawatannya dalam Parti. Beliau ternyata kecewa melihat ada pimpinan dan ahli PKR ghairah dengan percaturan merebut jawatan yang akan mengakibatkan akar umbi hilang tumpuan kerja. Pada hematnya beliau yakin keghairahan puak puak ini merebut jawatan dan kerancakan menyusun kem kem sendiri terbukti menghilangkan fokus kepada agenda besar parti khususnya kedudukan Anwar sendiri dalam parti tidak diberi perhatian sama sekali.
Keputusan Ezam meletakkan semua jawatan dalam parti adalah langkah akhir sebagai PERINGATAN kepada pimpinan betapa pentingnya untuk memperkasakan parti seterusnya tidak tertumpu kepada perebutan jawatan pada kongres terakhir sebelum pilihanraya.
Sudah berulangkali Ezam berpesan sedemikian dalam pertemuan dengan pemimpin pemimpin pusat dan negeri Selangor, ini dibuktikan dengan keputusannya sendiri tidak akan bertanding sebarang jawatan.
Ezam Lakukan semuanya Untuk Anwar Ibrahim
Sebagai idola dan mentor saya, secara jujur saya melihat bahawa komitmen Ezam untuk Anwar cukup tinggi nilainya. Malah, usaha mahu menjadikan Anwar sebagai Presiden PKR juga telah beliau usahakan dalam bentuk kertas kerja yang dipersembahkan sewaktu Retreat MPT di Hotel Corrus Ampang pada 27 – 28 Januari 2007, beberapa hari sebelum bermula Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian.
Kepercayaan yang diberikan oleh Ezam dengan melantik saya sebagai Setiausahanya sejak beliau dibebaskan daripada penjara Kajang telah memberikan saya ruang untuk berada disisinya kerap waktu. Bersama sama seorang lagi Setiausahanya yang juga sahabat baik saya, SD Johari, kami sering mengiringi Ezam dalam lawatannya kerjanya keseluruh negara.
Sepanjang persahabatan inilah kami lihat sendiri bagaimana Ezam meletakkan Anwar diatas segala galanya. Azamnya mahu melihat Anwar bebas dari penjara dan seterusnya mendapat rawatan di luar negara, beliau usahakan tanpa henti dan kenal erti putus asa.
Menerusi pengalaman pahit Ezam di Penjara Kajang sehingga dibebaskan pada Jun 2003, beliau dapat bayangkan sendiri terseksanya penderitaan Anwar yang sakit di Penjara Sungai Buloh. Justeru beliau usaha semua cara untuk dapatkan rawatan bagi Anwar termasuk mengaturkan pertemuan antara Dr Wan Azizah dengan Pak Lah di Singapura. Bairpun ketika itu tohmahan bertiup kuat kerana kemampuan Ezam mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri, namun yang penting baginya ialah Anwar dapat peluang menjalani rawatan diluar negara.
Jangan juga kita lupa bahawa usaha Ezam yang berjaya membawa Khairy mengadap Anwar dirumahnya bagi mengaturkan urusan passport Anwar berangkat ke Jerman untuk menlajani rawatan sebaik sahaja bebas daripada Penjara Sungai Buloh.
Kesemua ini saya catit sewaktu Ezam memberikan penjelasan pada malam 13 Februari dirumahnya di Shah Alam. Kehadiran teman teman Angkatan Muda, pimpinan Selangor begitu ramai sekali. AMK Kelantan hadir juga dengan membawa banner bertulis “ Sdr Ezam, Kami Pohon Sdr Kembali Dalam Arus Perdana Parti. Kami Memerlukan Kepimpinanmu. Hidup Ezam. Daripada Pimpinan Akar Umbi Negeri Kelantan..” Tetapi yang menyedihkan kami apabila ada dikalangan teman teman yang hadir telah menerima panggilan talipon dan sms menegah mereka hadir kerumah Ezam!
Penjelasan Ezam kepada teman teman pada 13 Februari 2007
Pengorbanan Ezam untuk Anwar ketika itu menjadi benchmark bagi ahli ahli parti terutamanya golongan pemuda untuk berjuang habis habisan untuk Anwar. Sewaktu Ezam berusaha keras mencari jalan rundingan bagi membawa Anwar keluar negara mendapat rawatan, beliau tidak ada pilihan selain daripada bertemu dengan pimpinan kanan UMNO dan kerajaan untuk membuka ruang menemukan Dr Wan Azizah dengan Pak Lah. Ketika inilah pimpinan UMNO yang bertemu Ezam telah mengambil kesempatan untuk menangguk di air keroh dan cuba membawa Ezam menyertai UMNO dan kerajaan Barisan Nasional. Ezam dengan tegas memberikan kata dua bahawa seandainya tiada pilihan, beliau sanggup jadi galang ganti sekiranya mereka ini boleh beri jaminan bahawa Anwar akan dibenarkan keluar negara menjalani rawatannya. Dikalangan teman teman, kami melihatkan Ezam sanggup menerima caci hina asalkan Anwar dapat dibawa keluar negara menjalani rawatannya….. Tetapi jelas terbukti tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang berani melaksanakan permintaan tersebut. Pak Lah sendiri pun tidak berani membuat keputusan tersebut. Yang Pak Lah janjikan sewaktu bertemu Dr Wan Azizah adalah tidak ada campurtangan kerajaan dalam menentukan keputusan rayuan kes Anwar Ibrahim.
Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian Shah Alam 2007
Walaupun Ezam tidak lagi memimpin Bahagian Shah Alam, namun atas rasa tanggungjawabnya beliau telah memberikan nasihat dan mengarahkan semua Ajk Bahagian untuk teruskan tugas dan tanggungjawab masing masing.
Saya yang juga Setiausaha Bahagian Shah Alam, telah meneruskan kerja kerja untuk persiapan MATB dan Kongres Nasional 2007.
Kami membuktikan kepada pimpinan parti bahawa MATB berjalan dengan baik dan pemilihan pucuk pimpinan Bahagian juga berjaya dilaksanakan. Kami mengadakan MATB pada 23 Mac yang dirasmikan oleh Ustadz Dr Badrul Amin. Pada MATB ini PKR Shah Alam membuat keputusan mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Presiden dan Dr Syed Husin Ali dikekalkan sebagai Timbalan Presiden.
Ezam Tetap Bantu Tan Sri Khalid di Pilihanraya kecil Ijok
Sungguhpun tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti, namun atas nilai persahabatan, Ezam telah memberikan komitmennya untuk membantu calon PKR di Ijok iaitu Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim.
Sepanjang tempoh kempen di Ijok bermula 19 sehingga 28 April 2007, Ezam juga turun padang berkempen habis habisan untuk Tan Sri Khalid. Sewaktu kempen di Ijok ini, Ezam seperti lazimnya telah mendedahkan rasuah Presiden MIC dengan dokumen yang dibacakan sewaktu berceramah.
Pada petang hari mengundi, Ezam telah mengetuai penahanan dua buah bas pengundi hantu di Bukit Badong. Peristiwa yang cemas dan tegang itu telah melihatkan keberanian Ezam berdepan dengan samseng samseng UMNO. Walaupun mereka lebih ganas daripda pihak Polis, namun, Ezam dan ramai rakan rakan Angkatan Muda telah berjaya membawa kedua dua buah bas itu ke Balai Polis Simpang Ijok.
Ezam turun padang di Ijok dan mengatakan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim adalah sahabat beliau
Anwar Tak Selesa Dengan Ezam di Ijok?
Ada beberapa insiden yang terjadi sewaktu kempen Pilihanraya kecil Ijok menjadi tanda tanya samada Anwar tidak senang dengan Ezam. Adakah Anwar masih marah dengan tindakan Ezam meletak semua jawatannya dalam parti..?? Dikalangan teman teman, kami sedar bahawa ini benar, kalau tidak diungkap melalui kata kata, tetapi melalui body language atau body gesture jelas terbukti.
Dinyatakan disini salah satu insiden ini berlaku sewaktu program Pentas Angkatan Muda di Bilik Gerakan AMK bertempat di Bukit Badong. Oleh kerana keadaan lalulintas yang sesak di kawasan pekan Ijok, maka Anwar membatalkan lawatannya ke Sungai Darah pada malam 24 April.
Kami dimaklumkan oleh teman teman di Bilik Gerakan AMK bahawa Anwar telah singgah disana walaupun mengikut jadual mereka, Ezam yang seharusnya menjadi “anchor” sebagai penceramah akhir malam tersebut. Sewaktu kami tiba di Bilik Gerakan AMK sekitar jam 11 malam, Anwar sedang berucap. Beliau terpaksa berhenti berucap seketika sewaktu Ezam melalui betu betul dihadapannya kerana ramai peminat Ezam mengambil kesempatan mahu bersalaman dengannya. Namun, Anwar hanya mengumumkan ketibaan Ezam hanya pada penghujung ceramahnya, itu pun dengan gaya seolah olah terkejut dan kononnya baru tersedar bahawa Ezam sudah duduk dipentas tetamu.
Tindakan Anwar meneruskan ucapannya tanpa mahu memberikan ruang buat Ezam telah melahirkan tanda tanya dikalangan teman teman. Diakhir program itu walaupun jam telah menunjukkan pukul 11.50 malam, ramai hadirin telah memohon untuk Ezam berucap walaupun sekejap, sekadar memberikan kata kata pesanan kepada pengundi kerana mereka rindukan ceramah Ezam. Alangkah terkejutnya kami semua, apabila Anwar menegah pengerusi majlis untuk memanggil Ezam, dan Anwar mahu program ditutup. Untuk menyedapkan hati pihak penganjur, Anwar mengarahkan supaya Ezam hadir sekali lagi ke pentas AMK malam esoknya untuk berceramah. Alasan yang diberikan oleh Anwar, beliau tidak mahu kita melanggar syarat syarat berkempen kerana jam sudah hampir pukul 12 malam.
Ada yang mengatakan bahawa “kealpaan” dan “kesilapan” Anwar menari nari dipentas ceramah Ladang Tuan Mee malam berikutnya adalah balasan Allah swt kerana menyimpan rasa hasad dengki terhadap Ezam sewaktu di Bukit Badong……
Kongres PKR Tanpa Ezam
Sewaktu Kongres di Kemaman dan Sungai Petani, ketiadaan Ezam adalah kerana tindakan rakus dan bacul kerajaan Tun Mahathir memenjarakan beliau dan beberapa rakan rakan lain. Ezam pula dipindahkan dari Kem Tahanan ISA Kamunting ke Penjara Kajang.
Walaupun ketiadaan Ezam di Kemaman dan Sungai Petani namun “roh” Ezam amat dirasai semua perwakilan ketika itu. Saya masih ingat sewaktu di Kemaman, kerusi Ketua Pemuda sengaja dibiarkan kosong, Mustapa Kamil Ayub hanya duduk dikerusinya sebagai Timbalan sebagai tanda hormat kepada Ezam. Begitu juga berlaku di Sungai Petani dimana Saifuddin Nasution turut membiarkan kerusi Ketua Pemuda kosong kerana mahukan “roh” Ezam bersama mereka walaupun Ezam di Penjara Kajang ketika itu.
Berbeza sekali sewaktu Kongres di Seremban. Hambar, tawar, dan terbukti kongres yang hilang serinya. Menjelang Kongres AMK, ramai rakan rakan EXCO yang tidak mahu lagi menyertai kepimpinan AMK sebagai tanda solidarity kepada Ezam. Seorang demi seorang EXCO umumkan tidak akan lagi bersama barisan AMK parti.
Sahabat saya, SD Johari juga mengumumkan tidak bertanding jawatan Timbalan AMK walaupun telah mendapat pencalonan tertinggi seluruh negara iaitu sebanyak 68 bahagian yang mencalonkannya. Beliau juga mendapat maklumat bahawa Anwar kurang senang dengan beliau sekiranya masih lagi ada dalam pimpinan AMK, kelihatan seperti Anwar tak mahu lagi ada orang orang Ezam dalam pucuk pimpinan parti.
Sementara itu, pada 22 Mei dalam artikel Malaysiakini malaporkan seorang lagi calon Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa mendakwa Shamsul Iskandar menjadi punca mengapa begitu ramai calon menarik diri dari bertanding dalam kongres nasional kali ini. Beliau mendakwa, cakap-cakap Shamsul Iskandar bahawa “beliau tidak suka orang itu dan ini” menyebabkan calon yang mahu bertanding menjadi kecewa dan mengambil keputusan menarik diri.
Kalau dilihat senarai EXCO yang dipilih, sudah tidak ada GAH lagi AMK sekarang. Tidak sehebat senarai EXCO di Kemaman dan di Ipoh. Walaupun dengan hanya dua pencalonan sudah mampu duduk dalam barisan EXCO AMK.
Perwakilan daripada Bahagian Shah Alam Sandiwara Anwar bermula
Sandiwara Anwar di Kongres Nasional 2007
Untuk menghadiri Kongres tahun 2007, saya bersama sahabat baik saya, SD Johari telah memutuskan untuk tinggal di Royal Adelphi Seremban. Selepas check in kami dapati bahawa Presiden dan Anwar Ibrahim menginap di hotel yang sama.
Pada malam menjelang Kongres kami telah pulang ke hotel sekitar jam 11.30 setelah bersantai dan minum minum bersama teman teman di bandar Seremban. Setibanya kami dilobi, kami lihat Hj Abdul Rahman Osman calon jawatan Presiden sedang bersembang dengan Anwar Ibrahim.
Pada hari Kongres iaitu 26 Mei, saya bersama sama perwakilan daripada Shah Alam hadir untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parti. Pada ketika inilah, dewan kongres menjadi riuh rendah apabila Anwar Ibrahim mengumumkan tidak mahu bertanding jawatan Presiden. Maka beraturlah dan bersusun susun perwakilan mengambil kesempatan mahu berucap dan berhujah kenapa meraka mahu Anwar teruskan mengambil risiko memegang jawatan Presiden. Pada pengamatan saya dan teman teman, meraka yang berapi api berhujah kebanyakkannya akan bertanding jawatan MPT maka kelihatan seperti mahu berkempen disaat saat terakhir, mahu cari glamour sikit untuk personal glory…..
Tapi yang nyata adalah sandiwara dan lakonan Anwar! Kalau benar Anwar tak mahu jadi celaru dan PKR ini tidak dikenakan tindakan dibubarkan oleh Registrar Of Society [ROS], kenapa tidak sewaktu Bahagian bahagian tengah mengadakan MATB, beliau memaklumkan keputusannya?
Adakah nawaitu Anwar mahu test market dengan melihat sendiri sokongan seluruh ahli ahli parti? Atau nawaitu Anwar mahu memberikan signal kepada isterinya supaya berundur kerana beliau lebih popular dari Presiden PKR? Mengikut kenyataan media PKR 10 Mei 2007, jumlah pencalonan jawatan Presiden; Anwar Ibrahim 120, Dr Wan Azizah 10, Hj Abd Rahman Osman 7.
“Mahathir pun Anwar berani lawan, tapi dengan ROS pun kecut ke?” soalan dari teman saya salah seorang perwakilan Shah Alam.
“Wayang betullah si Anwar nie, kalau ya pun ROS nak ambil tindakan takkan lah esok lusa PKR nie diharamkan? Mestilah melalui proses pendakwaan, pembelaan oleh lawyer lawyer handalan dia….., katakanlah berlarutan sampai 2008, lepas tu Anwar dah bebas dari hukumannya.. Yang penting Anwar mesti secara rasmi jadi ketua kita…” kata kata seorang lagi teman perwakilan daripada Selangor
“Kalaupun ROS mahu haramkan atau bubar PKR ini, kita akan tetap lawan! Kita boleh turun ke jalanraya dan protes…!!! “ kata salah seorang perwakilan yang berhujah disambut dengan laungan dan tepukan gemuruh dalam dewan kongres.
Sandiwara Anwar berterusan hingga kehari penutup kongres. Tanpa rasa hormat kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Anwar telah mengumumkan Dream Teamnya dalam ucapan penggulungannya. Ada yang berpendapat bahawa tindakan Anwar mendapat restu Presiden tetapi hakikatnya, Anwar haruslah menghormati displin parti. Kalau mahu berlagak seperti Presiden, ambillah tanggungjawab secara rasmi.
Akhirnya Ezam Umum Keluar Parti
Sebagai ahli biasa parti, Ezam telah menulis surat rasmi untuk keluar parti kepada saya selaku Setiausaha Bahagian Shah Alam. Surat bertarikh 4 April 2007 kami tidak umumkan serta merta kerana Ezam mahu ahli ahli parti tumpukan focus kepada Pilihanraya kecil Ijok. Seterusnya kami berkeputusan untuk Ezam umumkan sendiri selepas selesai Kongres Nasional 2007.
Pada hemat saya, Ezam buat keputusan ini setelah beliau melihat betapa Anwar tidak serius mengambil kira pandangannya untuk ahli ahli parti lebih focus untuk memperkasakan parti dan ketepikan agenda peribadi. Menempatkan diri dalam line up dream team Anwar merupakan impian sesetengah pimpinan atasan PKR.
Tindakan Anwar yang hanya mahu berunding dengan Ezam untuk menyelesaikan masalah mereka pada saat saat akhir, beberapa hari sebelum Kongres jelas terbukti bahawa prioriti Anwar adalah untuk selamatkan dulu kedudukan Azmin Ali.
Dream Team Anwar
Setelah Azmin selesa dengan ketiadaan Dato Nalla lagi dalam pertandingan Naib Presiden PKR, barulah Anwar mancaturkan jawatan jawatan lain yang saya lihat Anwar punyai rancangan untuk menjadi pemerintah parti menggunakan remote control.
· Saifuddin Nasution dibawa masuk untuk mengurangkan pengaruh Azmin dalam pimpinan.
· Tan Sri Khalid ditukarkan ke jawatan yang lebih besar sebagai Setiausaha Agung tetapi pada hakikatnya, rekod Tan Sri Khalid sebagai Bendahari merupakan halangan dan kepayahan buat Anwar mahu menggunakan dana parti. Ini saya dengar sendiri dari mulut Tan Sri Khalid sewaktu dalam satu mesyuarat pengurusan Perhubungan Negeri Selangor dimana beliau menceritakan Anwar pernah datang kerumahnya memohon untuk menggunakan dana pilihanraya yang telah diamanahkan kepadanya, tetapi beliau tidak mengizinkan dan Anwar pulang hampa dengan tangan kosong.
· Perlantikan Hajjah Fuziah Salleh sebagai Timbalan kepada Azmin merupakan tindakan mengambil hati mantan Ketua Wanita yang tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden. Menjadi teka teki samada keputusan ini direstui Presiden ataupun tidak sebab dikalangan pimpinan tahu Kak Wan tidak sehaluan dengan Kak Fuziah, jelas disini Anwar pentingkan diri sendiri, asalkan beliau dilihat sebagai penyelamat keadaan biarpun hati dan perasaan isteri sendiri terguris luka….?
"Saya tak pernah ada motif ke atas mana mana individu. Malah dalam isu Azmin, saya yang telah
beri ruang awal kepadanya dalam parti. Peranan pertama Azmin dinegeri dan pusat bermula apabila
saya serahkan jawatan saya sendiri sebagai Timbalan Pengerusi Selangor pada tahun 1999 dan
Pengarah Pilihanraya Pusat parti pada tahun yang sama kepada beliau.." jelas Ezam pada malam
13 Februari 2007 dirumahnya.
Anwar Sanggup Hilang Sahabat
Segala pengorbanan Ezam saya lihat seperti tidak pernah dihargai oleh Anwar. Sejak penahanan Anwar pada 20 September 1998, sehingglah beliau bebas pada 2 September 2004, Ezam tak henti henti bekerja untuk Anwar.
Dari lokap ke penjara, apa saja untuk memperjuangkan pembebasan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Ramai yang melihat sinonimnya Ezam dan Anwar. Gaya berjalan, petahnya berpidato, tonasi suara, lihat Ezam hilanglah rindu pada Anwar. Malah keberanian Ezam dalam tenpoh yang singkat itu meletakkannya sebagai pemimpin muda yang disegani dan dihormati.
Anwar disumbat kepenjara, Ezam pun ikuti jejak langkahnya….. “ Saya akan lawan dan buktikan kebenaran, biarpun nyawa saya jadi taruhan…!!! “ demikianlah petikan ucapan Ezam dalam ceramahnya sewaktu mendedahkan penyelewengan balak mantan MB Pahang ketika itu, Tan Sri Khalil Yaakob. Ceramahnya yang terakhir sebelum ditahan ISA dan seterusnya disumbatkan pula ke penjara Kajang.
Sewaktu dalam penjara, Anwar terpaksa menerima kematian bondanya, Hajjah Che Yan. Begitu juga Ezam, sewaktu menjalani hukuman penjara beliau telah kehilangan nenek yang disayangi sejak beliau kanak kanak lagi. Kehadiran Ezam menziarah jenazah neneknya dalam keadaan tangannya bergari dan dikawal rapi oleh warden warden penjara dan pihak polis di Taman Sri Andalas Klang telah diiringi dengan airmata ahli keluarga dan teman teman.
Ramai teman teman menyedari bahawa apa saja yang dilalui oleh Anwar, turut ditempohi oleh Ezam dalam perjuangan ini. Tindakan berani Ezam mengkritik kerajaan dan tidak langsung memohon simpati sewaktu berpeluang membacakan mitigasinya setelah dijatuhkan hukuman penjara di Mahkamah Petaling Jaya mengingatkan kami semua kepada perkara yang sama dilakukan oleh Anwar Ibrahim sewaktu dijatuhkan hukuman. Cuma saya tidak dapat merekodkan mitigasi Anwar kerana tidak berada dalam Mahkamah Tinggi.
Saya kongsi disini antara petikan ucapan Ezam membacakan mitigasinya setelah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun kes OSA pada 7 Ogos 2002;
“ … sekiranya mendedahkan salah laku rasuah dan salah guna kuasa pemimpin kerajaan menjadikan saya seorang penjenayah, saya rela untuk seribu kali lagi dihukum dan digelar penjenayah”
“….. mengapa saya tidak serik-serik. Mengapa saya terus berjuang dan berjuang. Dari mahkamah ke mahkamah, dari lokap ke lokap, dari penjara ke penjara. Ianya adalah untuk masa depan anak anak mereka, anak-anak saya dan juga anak-anak tuan-tuan”
Terkini, sewaktu ramai teman teman tertanya tanya samada Ezam akan berpatah balik kepangkuan PKR memandangkan kempen Pilihanraya mumcul lagi, Ezam yang juga merupakan pengasas bersama PKR memberitahu beliau tidak akan sekali kali kembali kepangkuan PKR. "Pendirian saya keluar dari PKR April tahun lalu adalah berasaskan kepada keyakinan parti tersebut telah dibiarkan untuk dikuasai oleh individu-individu oportunis dan unsur-unsur hiprokasi yang membelakangkan nilai dan semangat asal perjuangan reformasi," katanya.Menurutnya lagi, keyakinan tersebut tetap tidak berubah sedikitpun sehingga hari ini.
Menjelang pilihanraya kecil Ijok, Anwar dikatakan telah berjanji untuk mencalonkan Dato Nalla sebagai calon PKR...?
Dato Nallakarupan, sahabat Anwar selama 30 tahun juga telah mengambil keputusan meninggalkannya dan umum keluar parti setelah hilang kepercayaan kepadanya. Keputusan Dato Nalla dibuat menjelang Kongres 2007. Beliau amat kecewa dengan Anwar yang telah menghalangnya bertanding jawatan Naib Presiden kerana khuatir sekiranya Azmin Ali akan tewas atau mungkin Azmin tidak memperolehi undian tertinggi.
Pelik dirasai kerana Dato Nalla seorang sahabat yang sanggup menghadapi ugutan tali gantung sewaktu dipenjara Sungai Buloh telah diketepikan begitu sahaja oleh Anwar? Apakah tiada nilai pengorbanan dan persahabatan sehingga Anwar sanggup mengutamakan perasaan Azmin Ali sahaja.
Seorang lagi sahabat Anwar yang telah meninggalkannya adalah mantan Ketua Bahagian Permatang Pauh, Anuar Shaari. Beliau membuat keputusan untuk keluar parti pada hari MATB Permatang Pauh pada 23 Mac 2007. Anuar Shaari hilang hormat kepada Anwar Ibrahim yang cuba menjadi hipokrit politik apabila menegah perwakilan mencalonkan Dr Syed Husin Ali sebagai Timbalan Presiden. Menjadi resam mana mana parti politik bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh Bahagian yang dianggotai oleh Presiden parti akan dijadikan ukuran, rujukan serta signal kepada pimpinan dan ahli ahli parti seluruh negara. Sekiranya Anwar menghargai pengorbanan Dr Syed Husin yang sanggup membubarkan PRM untuk digabungkan dengan Keadilan pada tahun 2003, maka keputusan mencalonkan Dr Syed Husin merupakan satu keputusan yang bijak. Apatah lagi Dr Syed adalah penyandang jawatan tersebut. Ini ditambah lagi dengan sms sms yang telah dihantar oleh Dr Syed Husin sendiri kepada ramai pimpinan menyatakan hasratnya untuk terus berkhidmat dalam kepimpinan parti. Alasan yang cuba diberikan oleh pihak Anwar adalah untuk berlaku adil kerana kononnya ramai dikalangan perwakilan Permatang Pauh yang mahukan Azmin dicalonkan sebagai Timbalan Presiden. Alasannya untuk menjaga hati semua pihak, tetapi hakikatnya disini hanyalah untuk menjaga hati Azmin Ali…
Dato Nalla menubuhkan MIUP untuk meneruskan karier politiknya
Ezam dan Anuar Shaari adalah sahabat sejati buat Dato Nalla. Siapakah Anwar dihati Dato Nalla sekarang...?
Ezam masih akrab dengan pimpinan Bhg Shah Alam Ezam memimpin GERAK dengan sokongan teman teman
Hubungan Ezam dengan pimpinan PAS sentiasa baik....
Kemana Anwar Selapas Ini....?
Apakah Pilihanraya kali ke 12 ini dapat menyaksikan ramai pimpinan kanan PKR menjadi Yb...??
Sepertimana yang diperhatikan pemimpin PKR yang sentiasa menempel dan hanya rajin sewaktu hadirnya Anwar dalam mana mana program mempunyai angan angan politik yang tinggi. " aku sebenarnya dah meluat dah dengan PKR nie tapi, tunggulah lepas Pilihanraya. Kalau masa tu aku umum keluar parti, at least adalah recognition sikit, kalau tak disebut sebagai Yb PKR, paling tidak pun akan disebut bekas calon....." demikianlah kata kata seorang pemimpin parti yang masih berhubung rapat dengan kami.
Masih kuatkah PKR tanpa Ezam? Mood pilihanraya apakah akan sama tanpa Ezam?
"kita rehat dulu, setakat pergi melawat Bilik Gerakan, tinjau keadaan, tolong sikit lebih kurang bolehlah kot..." kata teman saya mantan Ajk Bahagian Shah Alam yang bersama saya telah meletak jawatan beramai ramai pada 6 Julai sebaik sahaja Ezam umum keluar parti.
"party without Ezam, tak payah buang masa lah, kita duduk diam diam sudah...." sambut seorang lagi teman saya mantan Ajk Bahagian Klang yang juga sudah keluar parti.
Adakah Anwar akan berjaya dalam cita citanya mahu menjadi Perdana Menteri..?? Mampukah Anwar meyakinkan rakyat setelah ramai sahabat sahabat beliau sendiri hilang kepercayaan dan sudah tidak mahu mempercayainya lagi..??
" kalau Ezam dan Nalla yang sanggup mati untuk Anwar pun dia tak pernah ingat, kita nie siapa..??? " soal seorang teman yang ternyata kecewa dengan sikap Anwar. Beliau merupakan antara sahabat karib Ezam yang menceritakan peristiwa bagaimana Ezam tidak dibenarkan hadir kemajlis pernikahan adik Bahirah kerana ayah Bahirah amat kecewa dengan penglibatan Ezam dalam perjuangan Anwar Ibrahim suatu ketika itu. Akhirnya Ezam mengalah dan mohon keluarga Bahirah teruskan juga majlis tanpanya. Demikianlah harga yang perlu dibayar oleh Ezam yang meletakkan Anwar diatas segala galanya suatu masa dulu. Kini Anwar lebih utamakan agenda sendiri, dan hanya tahu menjaga hati Azmin Ali melebihi segala galanya.
Kemanakah Anwar sekiranya PKR tewas teruk dalam Pilihanraya kali ini...?
Tercapaikah cita cita Anwar mahu menjadi Ahli Parlimen melalui pilihanraya kecil dengan menjadikan salah seorang Yb sebagai Kambing Hitam?
Adakah Anwar akan sekali lagi menghilangkan diri dan terbang ke Washington atau Amerika dengan memberi alasan bertugas dan ditawarkan untuk menjadi tenaga pengajar di universiti luar negara kenalan beliau?
Apakah Anwar akan bubarkan PKR dan menyarankan ahli2nya menyertai PAS atau DAP?
Mungkin Anwar akan menyertai PAS?
Akan berulangkah peristiwa rakyat Malaysia melihat Anwar menyertai semula UMNO dan Barisan Nasional?
Jawatan terakhir sebelum keluar parti, Nazmi adalah Setiausaha Perhubungan PKR Selangor dan Setiausaha Bahagian Shah Alam
Sekian,
Mohd Nazmi Rosli

1 comment:
kerana itu:
lakukan semuanya kerana Allah.
bukan lakukan kerana manusia, bila pekerjaan dilakukan kerana manusia, mudah kecewa, putus asa, tarik diri dsb.
bila segala pekerjaan dilakukan kerana Allah, diri sendiri tidak akan mudah kecewa dan putus asa, kerana yakin Allah itu Maha Mengetahui.
betulkan niat, kembali pada Allah.
Post a Comment