Wednesday, February 27, 2008

Benarkan Demonstasi: Bukti PAS Cetek Pemikiran

Demi mendapatkan kuasa PAS sanggup bersekongkor dengan kafir yg secara terbuka menentang dan mencabar Islam dan Melayu.

Demonstrasi jalanan adalah budaya kasar dari Barat yang sama sekali tidak dapat diterima oleh masyarakat negara ini, kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Menurut beliau, budaya itu yang kini mahu dipopularkan Pas juga bertentangan dengan masyarakat negara ini yang mematuhi undang-undang.Sehubungan itu, Rais yang pernah memegang portfolio undang-undang dalam Kabinet menasihatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya sedar mengenai bahaya budaya demonstrasi jalanan.“Nasihat saya, semasa melihat bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi.‘‘

Abdul Hadi sebenarnya tidak peduli ketenteraman awam dan undang-undang negara ini. Jika Pas laksanakan amalan budaya import ini, negara akan ranap,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Rais mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa parti pembangkang itu akan melaksanakan demokrasi lebih telus termasuk membenarkan demonstrasi jalanan jika berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum 8 Mac ini.

Dalam kenyataannya di Kangar semalam, Abdul Hadi berkata: “Jadi apa salahnya buat demonstrasi? Biarlah mereka buat, bukannya mereka bakar kereta. Kalau bakar, ambillah tindakan.”Rais yang kesal dengan kesediaan Pas membenarkan demonstrasi jalanan berkata, sikap Abdul Hadi itu membuktikan Pas sanggup mencabuli undang-undang ketenteraman awam di negara ini.Beliau menambah, lebih teruk lagi, cadangan Pas itu mencabuli undang-undang lain yang berkaitan dengan hak rakyat.‘‘Undang-undang tentang agama, sosial dan jenayah sangat bahaya jika dicabuli. Kita tidak boleh menerima pemimpin yang tidak menghormati undang-undang negara,’’ katanya.

Menurutnya, antara undang-undang berkaitan demonstrasi di negara ini ialah Akta Ketenteraman Awam 1959, Artikel 10 dan 11 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Polis Diraja Malaysia (PDRM) 1967.Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, rakyat harus menolak pemimpin yang membenarkan demonstrasi jalanan kerana perbuatan pemimpin itu boleh membawa kepada persengketaan di kalangan rakyat jelata.Sambil menyifatkan demonstrasi jalanan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab, Mohd. Ali berkata, agama Islam sendiri tidak menggalakkan perbalahan di kalangan rakyat.‘‘Pas tidak faham erti demokrasi. Demokrasi memberi peluang kepada rakyat meluahkan perasaan mereka tetapi ia harus dilakukan secara tertib dan berperaturan, bukannya secara berdemonstrasi,’’ tegas beliau.

Naib Presiden UMNO itu turut memberitahu, Pas merupakan sebuah parti yang tidak mempunyai pendirian kerana terikut-ikut dengan rentak Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang gemar mengadakan demonstrasi haram.Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pula menegaskan, kerajaan tidak membenarkan demonstrasi jalanan kerana ia boleh mencetuskan kekacauan.‘‘Kita mesti mempunyai negara yang stabil dan bebas daripada kekacauan,’’ katanya.Beliau menambah, demonstrasi jalanan akan menakutkan orang awam dan penyebaran berita mengenai perbuatan itu menyebabkan nama baik negara terjejas di mata dunia.

Jelas beliau, sebarang masalah dalam negara harus diselesaikan secara terhormat kerana ada banyak lagi pendekatan lain yang boleh digunakan selain berdemonstrasi secara haram.‘‘Kerajaan tidak berpura-pura apabila mengharamkan demonstrasi jalanan, kerajaan tahu tanggungjawabnya. Sebaliknya Abdul Hadi cuba menggunakan isu itu sebagai helah untuk meraih undi dalam pilihan raya,’’ katanya.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.