Salam Perjuangan,
ISLAM BUKAN PAS DAN PAS BUKAN ISLAM
ISLAM AGAMA ALLAH, PAS CIPTAAN MANUSIA
Islam agama dari Allah, Pas cumalah sebuah parti politik ciptaan manusia yang hanya terdapat di Malaysia sejak tahun 1951. Islam telah wujud sejak beribu abad lamanya sejak Nabi Adam lagi. Ahli Pas boleh dibuang bila-bila saja tetapi berlainan dengan agama Islam yang bukan berasaskan kaedah itu.
BEZA MASUK ISLAM DENGAN SERTAI PAS
Islam seseorang itu apabila dia mengucap dua kalimah syahadah, tetapi untuk menyertai Pas hanya perlu mengisi borang dan mendapat kelulusan parti dengan syarat-syarat yang parti tetapkan.
ISLAM SEDERHANA, PAS MELAMPAU
Islam mengajak jalan pertengahan dan melarang perbuatan melampau, tetapi Pas adalah sebaliknya. Dalam Islam kita diajar bersikap pertengahan (sederhana) dalam segala hal. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Demikianlah Kami jadikan kamu umat yang pertengahan supaya kamu menjadi saksi atas manusia.” Sabda Rasulullah saw, maksudnya: “Binasalah golongan yang melampau (al-mutanattiun)”, diulangnya sebanyak tiga kali.Melampaunya Pas, sehingga Datuk Nik Aziz Nik Mat sanggup kata Tuhan lebih samseng. Melampaunya Pas, sehingga Datuk Seri Haji Hadi di dalam amanatnya pada 7 April 1981 di Kg. Banggol Peradong, menyatakan jihad dan mati syahid melawan Umno.
ISLAM MEMUDAHKAN, PAS MENYUSAHKAN
Islam memudahkan, tetapi Pas menyusahkan. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah menghendaki kemudahan bagmimu dan tidak menghendaki kesukaran.” Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Mudahkanlah olehmu dan jangan menyulitkan. Gembirakanlah dan jangan menakutkan.” Berbeza dengan ajaran Pas yang mempamerkan Islam dengan imej yang sukar dan menyulitkan. Contohnya Islam yang dijalankan di negara ini dipertikaikan dan dituduh sebagai tidak Islam. Pentadbiran negara yang baik dan membawa kesejahteraan sebagaimana tuntutan Islam dipersulitkan dengan berbagai perbuatan menghasut rakyat menentang kerajaan sehingga menimbulkan kebencian, sengketa dan huru-hara.
ISLAM LEMBUT PAS KASAR
Islam mengajar manusia dengan kelembutan dan berakhlak mulia, tetapi pemimpin Pas mengajar supaya bersifat kasar.Contohnya Haji Hadi dalam ceramah di Bukit Kulim Marang, pada 24 September 1980 menyatakan “Tuhan mahu kita bergaduh.”Pulau memulau, samseng, tiada tolak ansur, berebut nak jadi imam sembahyang dan seumpamanya lagi adalah mainan Pas yang jelas kasar dan keras.Dalam pilihanraya kecil Pendang/Anak Bukit di Kedah, Pak Jak (calon Pas Gua Musang) menyelak kainnya menunjukkan sesuatu kepada Puteri Umno.Begitu juga pemimpin Pas iaitu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, merebut jadi imam sembahyang dari imam yang bertugas di Masjid Losong Mat Shafie semasa YAB Perdana Menteri bersembahyang Jumaat.
ISLAM BAIK SANGKA, PAS BURUK SANGKA DAN MENFITNAH
Islam menyuruh kita berbaik sangka dan melarang buat fintah, tetapi Pas sentiasa sangka buruk dan membuat fitnah. Orang Umno menentang Pas dituduh (difitnah) menentang Islam. Orang Umno menentang undang-undang hudud ciptaan Pas difitnah (sangka buruk) menentang hukum Allah. Penceramah Pas, Bunyamin Yaakob menfitnah Dr.Mahathir menonton video lucah dengan cucu. Semuanya sangka buruk bahkan fitnah yang tidak dibenarkan oleh Islam, tetapi pemimpin Pas sanggup melakukannya.
ISLAM LARANG MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM PAS SEBALIKNYA
Islam melarang mengkafirkan sesama Islam, tetapi Pas berbuat sebaliknya. Haji Hadi membuat amanat/ucapan di Banggol Peradong bahawa menentang puak-puak Umno mati syahid, bermakna orang Umno kafir.YB Abu Bakar Chik pernah mengkafirkan Datuk Shukri Mohamad.
ISLAM MENYERU PERPADUAN PAS MENGGALAK PERPECAHAN
Islam menyeru kepada perpaduan dan tidak membenarkan hubungan silaturrahim diputuskan, tetapi Pas adalah sebaliknya menggalakkan pulau-memulau, sembahyang dua imam, sembahyang jumaat dua setempat, memulau kenduri-kendara, kubur berasingan dan sebagainya kerana berlainan fahaman parti politik.
ISLAM ADIL, PAS ASSOBIYAH QAUMIAH
Islam tidak membenarkan assyobiyah qaumiah yakni tidak membela keluarga, sahabat dan sesiapa yang melakukan kesalahan dan dosa. Sebaliknya Pas membela penyokong dan ahlinya yang berbuat mungkar. Misalnya Dato’ Nik Aziz membela Shanon Ahmad (ahli Pas seumur hidup dan Ahli Parlimen Pas) yang mencarut dengan hujah, Tuhan juga mencarut.Nik Aziz juga membela pemimpin Pas, Mat Sabu yang ditangkap khalwat dengan Norma di bilik hotel dengan mengatakan dua insane itu diperangkap. Sedangkan Rasulullah saw bersabda maksudnya “….demi Tuhan yang menjadikan aku, sekiranya Fatimah anak Muhamad sendiri yang mencuri, aku tetap memotong tangannya.”
ISLAM MAJU PAS ANGGAP SEKULAR
Islam menggalakkan kemajuan di dunia dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, ekonomi, teknologi dan lain-lain tetapi Pas menganggap kemajuan dan pembangunan sebegitu bukan tuntutan bahkan ditafsirkan sebagai sekular (terpisah dari agama Islam). Haji Hadi waktu berbahas di Dewan Undangan Negeri semasa beliau menjadi pembangkang pernah menentang tindakan Kerajaan BN Terengganu yang mempelbagaikan kursus pengajian di Kusza selain dari pengajian Islam yang khusus.
KUASA POLITIK MELAYU TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN. APA MILIK KITA? EKONOMI? SOSIALPOLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI BANGSA LAIN... SUDAH KUATKAH KITA UNTUK BERSAING TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA... JIKA HAK KITA GAGAL DIPERTAHANKAN... KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KITA WAJIB BERSATU BERJUANGAN DEMI GENERASI AKAN DATANG... KITA HARUS BERHENTI MEMBERI KERANA KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM
PENAFIAN
Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.
No comments:
Post a Comment