Tuesday, February 19, 2008

Anwar Ibrahim - satu kepura-puraan

Salam Perjuangan

Dalam wawancara bersama stesen televisyen al-Jazeera, Anwar Ibrahim ditanya oleh Riz Khamis, mengapa beliau dilihat sebagai "all things to all people or try to please everyone."Dengan kata lain, Riz cuba menyoal mengapa terdapat pandangan bahawa perjuangan dan falsafah politik Anwar sentiasa berubah mengikut khalayak.

Ini memang diakui oleh ramai pengkaji politik bahawa Anwar mempunyai kebolehan bercakap topik yang sama dengan pendirian berbeza mengikut khalayak beliau.Malangnya dalam jawapan kepada Riz Khamis, pengacara One on One, Anwar menjelaskan bahawa beliau memetik pandangan-pandangan pemikir dan sasterawan pelbagai kaum sebagai mantera ucapannya sahaja.

Ini bukanlah maksud sebenar pengkritik Anwar mahu pun Riz Khamis. Riz dan ramai lagi orang mahu tahu mengapa Anwar boleh bercakap kepada orang Cina untuk menghapuskan DEB tetapi bercakap kepada orang Melayu mengenai mempertahankan DEB.Orang mahu tahu mengapa Anwar semasa dalam kerajaan bercakap soal kebebasan media bila berada bersama-sama rakan-rakan sekutu beliau di Amerika, tetapi di dalam negara sebdiri beliau menguasai akhbar Utusan, Berita Harian dan Tv3 ketika itu?

Orang ramai mahu tahu mengapa Anwar bercakap kejelikan isu kronisme dan nepotisme kepada masyarakat kewangan antarabangsa (bagi mendapat pujian dan sanjungan) tetapi beliau juga yang mengagihkan saham-saham Hicom sewaktu mahu menjadi Timbalan Presiden UMNO dahulu? Bapa beliau juga, bekas seorang paramedik, telah menjadi Pengerusi IOI sekelip mata dan IOI pula mendapat (dengan bayaran premium) sekian besar tanah di Puchong dan berhampiran Putrajaya.

Orang ramai juga mahu tahu mengapa dua minggu selepas mengisytiharkan Ghafar seumpama bapanya dan tidak akan menentangnya, jentera Anwar sudah bergerak serata negeri bagi menggerakkan sokongan kepada Anwar dalam pemilihan UMNO 1993?Dalam wawancara yang sama, dan juga tulisan beliau di Malaysiakini.com sebelum ini, Anwar mendakwa badan kehakiman negara ini korup dan tidak bebas (dikawal oleh kerajaan)."Abdullah memberi sedikit kebebasan kepada kehakiman dalam mana ada keperluan." kata Anwar kepada al-Jazeera merujuk kepada kepada keputusan penghakiman yang membebaskan beliau.Bukankah aneh dakwaan ini?

Apa sahaja yang menguntungkan beliau maka dianggap keputusan yang adil dan bebas, tetapi apa sahaja yang tidak menguntungkan beliau akan dianggap sebagai tidak bebas.Bukankah sifat Anwar ini tidak lebih seperti ungkapan Jeneral Rabuka, ketika merampas kuasa di Fiji suatu ketika dahulu, bahawa, "Keadilan dan kebenaran bergantung dari sudut pihak mana anda melihatnya"?Jika Anwar benar-benar percaya bahawa kehakiman negara tidak bebas dalam membuat keputusan yang adil, maka beliau sepatutnya mengisytiharkan pembebasan beliau juga dilakukan atas arahan pemerintah bukan kerana beliau tidak bersalah.

Malangnya, Anwar tiada keberanian dan semangat perjuangan tulen untuk berkata demikian. Anwar hanyalah oportunis. Beliau akan menerima apa sahaja keadaan yang menguntungkan dirinya. Perjuangan beliau hanyalah kosmetik semata-mata.Beliau berkata mahukan pembaharuan Keadilan dan Kehakiman tetapi beliau tidak bersedia pun untuk berjuang untuknya jika tiada keuntungan peribadi.Lihat sahaja liku perjuangan Anwar. Beliau akan melupakan perjuangan bila melakukan sebaliknya boleh mencapai keuntungan peribadi.Beliau tinggal perjuangan Islam beliau kerana ditawar sesuatu oleh UMNO. Dalam UMNO beliau ketepikan Ku Li kerana Mahathir boleh menjanjikan jawatan dan kedudukan yang lebih baik.Beliau hanya berjuang untuk reformasi / pembaharuan hanya apabila ditolak oleh UMNO.

Beliau bercakap soal korupsi dan keadilan hanyalah apabila dipecat dan didakwa di mahkamah. Untuk apa ini jika bukan untuk menyelamatkan dirinya? Berpuluh tahun dalam kerajaan, mengetuai Jawatankuasa Anti Rasuah Kabinet, menjadi pemangku Perdana Menteri Selama dua bulan apa yang dilakukannya? Hanya mencari jalan membunuh musuh politiknya sahaja.Kini beliau bersama DAP dan Pas kerana parti tersebut memberi keuntungan kepada beliau.Kini beliau bercakap soal pembaharuan kehakiman dan keadilan (justice) kerana itu modal politik beliau. Jika esok beliau ditawarkan masuk UMNO dengan kedudukan tertentu, pastinya UMNO dan BN akan menjadi baik segalanya.

Maka bercakaplah beliau soal penyatuan Melayu, kepentingan orang Melayu dan Islam sederhana.Maka apa ada dengan reformasi Anwar? Semuanya ciptaan beliau untuk diri sendiri.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.