Friday, December 5, 2014

DI PENJARA KERANA CURI SUSU DEMI ANAK MANA PEMIMPIN SETEMPAT, JKM, JAKIM DAN BADAN ZAKAT TIDO MEMBUTA KE???

Malaysia seharusnya bebas masalah kemiskinan dan kepayahan hidup malah golongan miskin, susah dan terdesak sepatutnya susah untuk wujud... kerana apa... 

kita ada Jabatan Kebajikan Masyarakat... DI ULANGI KEBAJIKAN!!!!
kita ada NGO-NGO yang disponsor kerajaan dan swasta membantu golongan ini...
kita ada JAKIM yang membantu muslim yang susah...
kita ada LEMBAGA dan BADAN ZAKAT yang berjuta-juta wang zakat ada didalamnya yang WAJIB digunakan membantu golongan terlibat...
Malah ADA PERUNTUKAN dan kuasa untuk membantu pada pemimpin masyarakat termasuk YB yang kita pilih...

tapi kenapa masih terjadi lagi keadaan sebegini???
takkan nak tunggu mubaligh kristian datang membantu mereka... 
lepas tu baru masing2 nak sibuk menyalak macam-macam...
keje tak mahu buat... otak tak mahu berfikir jauh... seronok buat kerja senang... tahu mengangkang dan membuta sahaja... kena tegur marah berdegar-degar... 

KALAU SEMUA ORANG BUAT KERJA SENANG KERAJAAN... DAN SENANG RAKYAT...


SUMBER : http://theflyingkick.blogspot.com/2014/12/mana-pejuang-pejuang-hebat-melaka.html

7 comments:

Anonymous said...

kekadang aku semacam tidak faham dengan blogger ni. kalau ada kes sebegini mesti telunjuk akan mencari pihak zakat, baitulmal, pemimpin setempat, jkm dan pelbagai agensi untuk disalahkan. relax bro. sementara pihak2 itu dipersalahkan, individu yang terbabit juga perlu bertanggungjawab. siasat dulu berapa kali beliau cuba memohon bantuan kepada agensi2 terbabit. pernah atau tidak. jika pernah, agensi mana yang tak reti bahasa tersebut. perlu juga berfikir secara waras bahawa mencuri itu tetap salah walaupun untuk memberi susu kepada anak2. semestinya individu terbabit tinggal berjiran dengan orang lain. adakah jiran tetangga tahu individu tersebut terlalu daif sampai terpaksa mencuri untuk makan? sikitpun aku tak bela badan2 kebajikan dalam hal ini, cuma pada aku kita kena adil. kenapa sampai mencuri untuk makan sedangkan kita ada usaha menyuarakan kesusahan kita kepada pihak berkaitan untuk mendapatkan bantuan. mana lebih memalukan, ditangkap kerana mencuri atau menebalkan muka meminta bantuan daripada pihak yang sepatutnya membantu?

Anonymous said...

Dia orang tu lepas makan tido lepas tido makan.
Lain tarak.

Anonymous said...

betul ke wujud jabatan kebajikan masyarakat yg pilih bulu...jika org2 tua Melayu yg dah berumur70 tahun yg datang unutk mohon bantuan ada pegawai yg dijabatan teersesbut suruh org tu tu berkerja kerana mereka masih kuat...tapi kalau cina yg datang siap org gaji dapat pula bantuan...entahlah tunggu kot menteri atau wakil rakyat datang buat lawatan ke rumah barulah pemohonan diluluskan selepas melalui berbagai soalan dan kerenah birokrasi...jika keluarga tu tak susuah tak akan ada yg menebalkan muka nak minta bantuan pada pihak2 tertentu...

Anonymous said...

Btenang siasat ade tk permohonan dr dia. Kdua mane gi susmi hidup ke mati. Klau mati anak2 fkira yatim. Ade totnye ade bantuan. Klau hidup ..pihak tbabit hrus cari nk paksa bri nafkh . ptongan gji. Jgn politik kan isu. Jbt dn agensi ade mrk hrus pkul tgungjwb ini.

Anonymous said...

ape yang kau mengarut ni lahabau

Anonymous said...

ape yang kau mengarut ni lahabau

Idealis Malaysia said...

siapa yang mengarut?
siapa yang dok kangkang?
siapa yang tak buat kerja?
dan siapa yang tak mahu berfikir di luar kotak dan kreaif dengan amanah yang dipikul...???

itu lah realitinya... susah nak mohon bantuan walau byk tempat boleh minta... birokrasi dan pilih bulu berleluasa... yang pegang jawatan suka wat keje senang... dok tunggu je... tak mahu berkreativiti, berfikir luar kotak dan buat kerja susah turun ke ground...

berapa kali terjadi kes macam ni... bapa ditahan mencuri susu... ni emak pula... kalau tak terdesak meraka sanggup ka mencuri... ada kes yg bila dihadapkan ke mahkamah membuka pekung dia sudah memohon meminta bantuan... tapi di tolak...

malah ada yang murtad kerana di tawarkan bantuan oleh mubaligh kristian... selepas kesempitan hidup yg amat dan kesukaran memohon bantuan....

sahabat semua boleh marah, katalah macam-macam dan hujahkan apa saja... tapi itulah realitinya di luar sana...

teringat zaman khalifah umar dahulu yg memikul gandum demi memberi makan ibu miskin... malah kreatif dan sanggup bersusah dengan kerap turun meronda di sekitar kota demi RAKYAT...

itulah payahnya... bila ditegur kita dikatakan 'BANGANG'... walhal BANGANG yang amat kepada yang ditegur bila buat bodoh tentang perkara yang bakal meruntuhkan kepimpinan beliau...

tepuk dada tanya iman dan fikir dengan akal yang waras.... teruskan PERJUANGAN

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.