Monday, December 8, 2014

AL-FATIHAH MOGA ALLAH MENEMPATKAN ROH BELIAU BERSAMA ORANG YANG SOLEH.




Innalillahi wainna ilaihi raajiuun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu. 
Dimaklumkan bahawa YBhg Dato Fuad Tan Sri Hassan Ketua Pengarah JASA Malaysia telah meninggal dunia pada tengah malam tadi jam 12.20 am di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Al-Fatihah..

Dato Fuad di Kemaman sabtu lepas

Jenazah Allahyarham telah dibawa ke rumah beliau di No.52, Jalan 4M, Ampang Jaya, Selangor dan akan dikebumikan seawal jam 11.00 PAGI di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Teratai, Ampang.
. Mohon dipanjangkan kepada semua yang mengenali Allahyarham...
.
Malam kelmarin, Fuad terkena serangan jantung ketika menghadiri majlis makan malam bersempena penutupan Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman.

Dalam kejadian pukul 11.15 malam itu, Allahyarham tiba-tiba pengsan ketika sedang duduk dalam majlis tersebut namun sempat disambut oleh Penasihat Undang-Undang KKMM, Yang Zaimey Yang Ghazali.

Fuad merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang sebelum 1999 dan juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi penggal 1992 hingga 1994.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang pertama.
.
Rakan IdealisMalaysia mengenali Allahyarham secara personal dan beliau jelas seorang yang mudah mesra dan berjiwa aktivis yang begitu prihatin serta dekat dengan masyarakat dan rakyat... pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar... denyut nadi beliau selama menjadi KP JASA dicurahkan demi kemaslahatan rakyat seluruhnya...
.
MOGA ALLAH SWT merahmati dan menempatkan roh beliau ditempat bersama mereka yang soleh seterusnya mendapat ganjaran SYURGA ALLAH SWT.
MARI kita istiqomah... mari kita TERUSKAN PERJUANGAN demi legasi sahabat, guru dan rakan perjuangan kita... KEPADA ALLAH BERSERAH

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.