Tidak
dapat dipastikan apa kepentingan pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab untuk menyebarkan berita-berita fitnah dan penipuan di
media-media sosial. Mungkin untuk mewujudkan huru hara. Mungkin sebagai
serangan untuk menyalahkan kerajaan. Hanya mereka yang tahu. Cuba kita
senaraikan kes-kes penipuan banjir yang tersebar melalui laman sosial
Whatsapps, Facebook, Twitter dan lain-lain. Yang dapat diingat adalah
seperti berikut:
1. Surat tarik diri sukarelawan penyediaan makan minum.
2. Bantuan dari NGO/persendirian yang ditahan sebab hendak menampal 'sticker' BN.
3. Surat dari anggota tentera yang kebuluran kerana bantuan tidak sampai.
4. Sekolah Manik Urai yang runtuh
5. Puisi ibu Darwish 'tidurlah sayang'.
6. Sewa helikopter tentera RM4,500.
7. Gambar budak mati akibat bumbung runtuh (hakikat sebenar adalah di Indonesia).
8. Keluarga 10 orang mati akibat terperangkap dalam rumah.
9. Kelantan terputus terus hubungan jalanraya.
10. Empangan Thailand yg melepaskan air.
11. Bantuan hanya sampai kepada penyokong BN sahaja.
Berikut pula adalah 'screen shot' pembohongan-pembohongan yang telah
berjaya didedahkan oleh pengguna media sosial yang prihatin:
KREDIT : http://khairulryezal.blogspot.com/2014/12/fitnah-dan-penipuan-yang-disebarkan.html
No comments:
Post a Comment