Monday, December 8, 2014

LAMBANG KASIH SAYANG DAN PERPADUAN KAUM INSAN BERBANGSA INDIA MENAJA PEMBANTU MELAYU MENUNAIKAN UMRAH

Betapa murninya insan ini yang keprihatinan dan kasih beliau merentasi bangsa, budaya dan agama... alangkah bahagianya kita rakyat malaysia jika semuanya mencontohi kemurnian dan kebaikan serta kefahaman yang dimiliki insan ini...


Tersentuh hati CTS apabila membaca posting seorang kenalan CTS di laman sosial Facebook. Dalam keadaan sosio politik negara yang penuh dengan permasalahan perkauman dan pergeseran antara Agama, masih ramai insan di luar sana yang masih menjunjung nilai perpaduan antara kaum dan Agama yang kita nikmati sejak merdeka. Salah seorang daripadanya adalah Tuan Manickan Letchuman. Beliau telah menaja pembantu rumahnya yang telah bekerja dengannya sejak tahun 2002 untuk menunaikan umrah. 

Kebaikan yang diberikan oleh individu ini melampaui batasan kaum dan Agama. Foto ini amat bermakna bagi CTS dan patut CTS viralkan untuk menunjukkan kepada dunia, inilah Malaysia yang kita cintai. Maaf Tuan Manicham Letchuman, setelah membaca posting ini, barulah CTS mencari siapakah sebenarnya insan ini. Rupanya beliau adalah ADUN Jeram Padang dan EXCO Kerajaan Negeri Sembilan. Terima kasih YB.

SUMBER : http://khairulryezal.blogspot.com/2014/12/pelik-tapi-benar-majikan-india-hantar.html

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.