Wednesday, August 21, 2013

JOM SOKONG PEMIMPIN PEMBANGKANG BELA PENJENAYAH MENYEBABKAN GENG 04 KINI BERANI CABAR POLIS

Banyak memperkatakan tentang kejayaan pasukan PDRM yang baru-baru ini berjaya menumpaskan sekumpulan penjenayah di Pulau Pinang. Ada yang lega serta memuji kejayaan tersebut kerana kebimbangan dengan kejadian tembak dan kes jenayah yang berlaku kebelakangan ini. Terbukti DS Zahid dan PDRM membuktikan peranan berkesan dan pro-aktif dalam menangani jenayah demi kesejahteraan rakyat.


GEORGE TOWN 19 Ogos – Polis hari ini menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis percaya turut terbunuh dalam kejadian berbalas tembak di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong di sini pada pukul 4.30 pagi ini ialah ketua kumpulan itu.
Beliau berkata, berikutan kejadian itu polis percaya berjaya menumpaskan geng kongsi gelap yang aktif membunuh dan melakukan beberapa jenayah membabitkan senjata api.
“Hasil pemeriksaan ke atas tiga senjata api yang dirampas dalam operasi itu, kami berjaya menyelesaikan 10 kes bunuh dan dua cubaan membunuh di tiga negeri berkenaan, tujuh daripadanya kes bunuh dan dua cubaan bunuh di Pulau Pinang.
“Dua lagi kes bunuh di Kedah dan satu kes bunuh di Negeri Sembilan. Semua kes itu berlaku sejak tahun lepas termasuk yang terbaru di negeri ini (Pulau Pinang),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, di sini hari ini. – BERNAMA
Namun ada pula BODOH, BANGANG dan SEWEL yang mencemuh serta mempertikaikan tindakan pasukan keselamatan itu. Pembangkang LAHANAT telah mengambil kesempatan menjadi HERO kepada penjenayah dengan mempersoal tindakan PDRM dan dengan terbuka membela serta memberi sokongan kepada penjenayah dan keluarga yang MAMPOS ditembak polis... LEMBU betul mereka ni... bab kselamatan pun nak dijadikan isu politik ke??? Apa mereka nak keluarga atau diri mereka sendiri menjadi mangsa kes tembak, samun dan bunuh ke baru nak sedar...

Kenyataan PRO PENJENAYAH oleh pembangkang



1. Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng telah mempersoalkan cop gangster yang diberikan oleh polis kepada kelima-lima orang lelaki India yang ditembak mati di sebuah apartment di Pulau Pinang itu. Lim Lip Eng mempertikaikan di laman Twitter miliknya, “Gangsters! How did you know?” (Kongsi Gelap/Samseng! Bagaimana kamu (PDRM) tahu?).

lip eng
2. Lim Guan Eng menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan berbincang dengan PDRM untuk memetakan lokasi-lokasi penjenayah dan diletakkan di tempat-tempat awam sebagai peringatan kepada orang awam. Sekali dengar, murni benar hasrat tersebut tetapi sebenarnya menyerlahkan sifat sebenar Lim Guan Eng dan DAP yang amat bimbang sekiranya operasi penghapusan jenayah turut melibatkan kawasan-kawasan yang sememangnya sarang penjenayah di Pulau Pinang yang mempunyai kaitan dengan DAP.

3. DAP menerusi ADUN Seri Delima, R.S.N Rayer berjaya menghasut ahli-ahli keluarga anggota GANG 04 yang mati dalam kejadian tembak-menembak dengan pasukan polis untuk membuat laporan polis dalam cubaan menyalahkan operasi penghapusan dan pencegahan itu. RSN Rayer, yang merupakan seorang peguam pula bertindak seperti “peguambela” bagi ahli-ahli keluarga penjenayah itu.

dapkongsgelap




KELUARGA PENJENAYAH MAHU DEMO... bodoh!!! kepada MIC dan pemimpin kaum India... jangan syok politik sahaja dan buat duit... selesaikan masalah kaum India dengan segera. Kerajaan dah bagi macam-macam inisiatif dan bantuan cuma kaum India yang TAK TAHU ambil peluang memajukan diri. 


Terdapat hampir 100 orang ahli keluarga penjenayah yang ditembak mati pagi tadi berkumpul dan mempertikaikan tindakan Polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap di Pulau Pinang pagi tadi.
Menurut Malaysiakini, anggota keluarga yang mati mempertikaikan kaedah tindakan polis, kononnya polis boleh menahan mereka kenapa perlu ditembak.
A family member of one of the deceased, VR Murugersan, told Malaysiakini that the five were shot “like animals” by the police.
“Why need to shoot like that? They could arrest first. Police are liars when they said they shot in self defence,” he said.
Kita tidak pasti sejak bila orang seperti VR Murugesan ini sudah menjadi pakar rujuk mengenai bagaimana polis perlu bertindak bila berhadapan dengan penjenayah ganas seperti ini.
Seorang lagi ahli keluarga berkata,
Nadarajah Somasundram, 62, who is the uncle of one of the dead men, claimed that the deceased were shot multiple times and that it was likely that semi-automatic rifles were involved.
“We want to know why they were shot 20 to 30 times. It happened inside the condominium. Why can’t the police
give warning shots? – Malaysiakini.com
Bagaimanakah Nadarajah tahu berapa banyak tembakan dilepaskan? Apakah beliau memerhati dari jauh atau terbabit dengan situasi ini tanpa disedari oleh Polis? Selebihnya, apakah bodoh hendak menembak amaran dalam kondominium yang akan terdedah peluru sesat kepada mereka yang tidak bersalah di tingkat atas?

GENG 04 BERANI MENYATAKAN SOKONGAN TERBUKA KERANA DISOKONGT DAN DIBELA PEMBANGKANG



KESIMPULAN : 

1. Jauhi diri dari melakukan jenayah kerana padah dan hukuman menanti anda.
2. Kalau join dan melakukan jenayah juga jangan salahkan undang-undang jika menerima padah dan hukuman.
3. Jangan guna alasan BODOH untuk terlibat dengan jenayah dan menyalahkan pihak lain terutama kerajaan kerana ada 1001 macam kerja halal lain yang boleh dibuat yg diwujudkan oleh kerajaan.
4. Kita mahu hapuskan jenayah dan hukum penjenayah sebaliknya pembangkang MAHU jadi HERO dan dengan terbuka sokong penjenayah dengan mau saman dan berdemo lawan kerajaan... tanya diri anda perlahan-lahan... pikir guna otak bukan lutut... lepas ni ANDA MAU SOKONG PEMBANGKANG lagi ke ???

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.