Beberapa blogger mempersoalkan IDRIS HARON yang secara terbuka memberikan sokongan kepada shahrizat habis takkan nak sokong azalina kot... biar betul beb! ko dah fikir habis ke? Cukup kenal ke anggota pergerakan wanita dengan azalina ni sampai nak angkat jadi KETUA?
Alasan konon Azalina "laju", wanita dihuni "makcik-makcik", wanita perlu "transformasi" dan wanita itu dan ini... macam-macam alasan nak menghalalkan AZALINA... tapi sedar ke yang sebok bercakap tu semasa PRU "wanita" yang digelar makcik-makcik inilah yang telah bekerja keras, menggunakan pengalaman dan membimbing "puteri" dalam gerak kerja sehingga menjamin kemenangan UMNO/BN.
Ya UMNO demokrasi AZALINA boleh bertanding namun untuk dia LAYAK menjadi ketua kepada WANITA dia tidak cukup wanita dan layak lagi memegang jawatan PENTING ini dalam UMNO. Ini bukan soal karektor tetapi soal menjamin KECEMERLANGAN "wanita" demi suvival UMNO dan BN dalam PRU14 yang amat getir nanti.
KESIMPULANNYA - KAMI Menyokong PENUH calon TULEN dari pergerakan WANITA UMNO MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment