KENYATAAN MEDIA NIK MAHANI MOHAMED
Saya percaya rakyat malaysia amnya adalah rakyat yg berakal dan boleh memahami semua perkara dengan saksama.
Semua kena tipu lagi... Susut nilai dan tiada nilai dagangan
.
Tindakan Polis Kelantan menutup siasatan kes jenayah dan jenayah
komersil ke atas KGT bukanlah bererti Kelantan Golden Trade Sdn Bhd
(KGT) dan pengurusannya tidak bersalah kerana ianya di gugurkan atas
sebab kes-kes laporan dibuat oleh orang awam. Di dalam kes melibatkan
syarikat, polis memaklumkan hanya akan bertindak terhadap laporan yang
dibuat oleh pemilik atau Ahli Lembaga Pengarah syarikat sendiri.
Jika tiada apa yang hendak disembunyikan mengapa Pengerusi KGT, YB
Dato’ Haji Husam Bin Musa baru-baru ini membuat kenyataan mengelirukan
kepada media dengan mengakui bahawa KGT hanyalah syarikat berasaskan
keuntungan dan dinar & dirham KGT setaraf dengan barang perhiasan
sahaja. Sedangkan,
- Pada 12 Ogos 2010, KGT telah melancarkan dinar & dirham itu sebagai matawang syariah dan mendapat pujian dunia kerana bertindak berani mahu mengembalikan matawang syariah.
- KGT menyenaraikan 1,000 kedai dan premis yang menjalankan transaksi menggunakan dinar & dirham KGT.
- KGT membiayai program-program yang mempromosikan dinar & dirham KGT sebagai ‘matawang alternatif’.
Saya sebagai bekas Pengarah Eksekutif KGT bersama ratusan aktivis
merasa tertipu oleh kenyataan Pengerusi KGT tersebut. Kami telah
menghabiskan masa dan tenaga terlibat dalam pelbagai program secara
sukarela untuk mempromosikan agenda KGT iaitu menyahut seruan Allah
S.W.T ke arah penghapusan riba dengan membawa kembali matawang syariah
di abad ini.
.
Saya berpendapat menerusi kenyataan Pengerusi KGT baru-baru ini,
beliau telah mengakui bahawa KGT telah mengelirukan rakyat dan para
peniaga dengan niat sebenar penjualan dinar & dirham Kelantan oleh
KGT.
- Ianya tidak lain dan tidak bukan sekadar memperdagangkan tuntutan Islam dengan tujuan meraih kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu.
- Menerusi kenyataan itu bererti dinar & dirham KGT tidak ada bezanya berbanding koin-koin emas dan perak yang berada di pasaran termasuklah yang ditempa oleh pihak bukan Islam.
KGT tidak seharusnya mengambil tindakan undang-undang ke atas media
massa dan saya kerana hasrat kami adalah mempertahankan intergriti KGT
sebagai pengeluar matawang syariah.
.
Sebaliknya sekiranya KGT dan pengerusinya ikhlas menjaga nama baik
KGT, mereka sepatutnya membuat laporan polis ke atas Umar Ibrahim
Vadillo, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif KGT dan Penasihat syarikat
tersebut, atas sebab-sebab berikut,
- Memesongkan pemahaman umat Islam terhadap piawaian World Islamic Mint (WIM) yang Umar Ibrahim Vadillo juga adalah pemilik dan pengarah urusannya.
- Umar Ibrahim Vadillo menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KGT untuk memberi faedah kepada World Islamic Mint. Selain menerima gaji dari KGT, Umar juga menerima komisen yang dipanggil royalti yang dibayar oleh KGT kepada WIM.
- Umar Ibrahim Vadillo telah menggunakan nama KGT untuk mencari dana luar bagi membiayai aktiviti-aktiviti dan cita-citanya termasuklah yang mengakibatkan seorang warga Jepun kehilangan wang berjumlah USD 1 juta.
Hanya dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap Umar Ibrahim
Vadillo sahaja Pengerusi KGT dan KGT sendiri boleh membersihkan namanya
dari sebarang keraguan bersekongkol dengan Umar dan aktivitinya.
.
Akhir sekali saya berharap kemelut yang melanda ini tidak akan
menjejaskan kepercayaan umat Islam terhadap pentingnya matawang dinar
& dirham bagi membersihkan diri dari riba yang menyelubungi dunia
kewangan hari ini. Insiden yang berlaku lewat ini bukanlah akibat
kecacatan di dalam matawang syariah tetapi adalah disebabkan kelemahan
kita sebagai manusia.
.
Saya menyeru umat Islam di Malaysia dan pertubuhan-pertubuhan serta
parti-parti politik Melayu untuk bersatu memajukan dinar & dirham
sebagai matawang syariah abad ini.
Wasaalam wrt wbrt.
Nik Mahani Mohamed
1 comment:
biar betul kau ni aku rasa polis dah membuat siasatan terhadap laporan tersebut bukan nya menolak laporan tersebut,, kalau lah disebabkan laporan dilakukan oleh orang awam awal2 lagi dia dah tolak laporan ni,,
lagipun dalam kenyataan ketua Polis Negeri menyatakan mereka menyiasat dan didapati tiada unsur penyelewengan bukan nya disebabkan oleh laporan oleh orang awam,, baek kau selesaikan dulu tahik kau yg bertimbun NFC bukan orang syarikat pom lapor tp kes tetap lekat polis serahkan pd SPRM,PKFZ,,PERWAJA-eric chia pak sanggup dah mampus xlesai lagi,bakun,
Post a Comment