Siapa sebenarnya yang mengamuk di Putrajaya itu? Beliau adalah Khalil Afandi Hamid, pengganggur
berusia 47 tahun dari Petaling Jaya bersama pasanganya berusia 28
tahun, bekas pelajar UIA tumpas setelah mengamuk di Kompleks B, Jabatan
Perdana Menteri.
Mereka menceroboh bangunan JPM tersebut sambil membawa pedang samurai.
Lelaki tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam
kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
Apa pun belum apa-apa lagi, penyokong tegar pembangkang sudah menjadikan
isu ini sebagai isu politik dan menuduh yang bukan bukan terhadap
kerajaan. Berikut adalah komen seorang penyokong pembangkang di
Malaysiakini.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun,
kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua
Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang
menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Suspek
lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala
pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk
rawatan lanjut.
Kedua-dua
suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan
perkataan takbir beberapa kali. Lelaki tersebut mengaku dirinya adalah
Imam Mahdi. Apakah motif sebenar serangan ini?
No comments:
Post a Comment