Friday, July 27, 2012

KERAJAAN JANJI DITEPATI VS JANJI DIJUBURI UPS! DITABURI


ORANG kata (bukan penulis kata), kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib ‘berhabis’ sungguh untuk menawan hati rakyat agar mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.  BR1M, BB1M, TR1M dan seumpamanya, ditohmahkan sebagai modal Najib untuk ‘membeli’ undi rakyat.

Penulis tak nak ulas kepentingan bantuan itu semua kerana ramai sudah tahu, cuma yang penulis nak kupas hari ini ialah, kelihatannya dari cara orang ini bercakap, Pakatan haram yang dia dukung dan sanjung tidak berbuat apa pun untuk ‘membeli’ undi rakyat.

Pakatan haram ‘berbelanja’ habis juga, tak sedar? JANJI Tol percuma, pendidikan percuma, minyak murah sampai kiamat, semua ini apa kalau bukan nak ’umpan’ dan ’beli’ rakyat untuk mengundi Pakatan haram?


Memanglah belum ada wang yang keluar, tapi kalau dia dapat kuasa besok (mintak jauh), inilah yang dia janjikan untuk beri kepada rakyat Malaysia ini. Masa itu guna apa nak tanggung semua janji ini kalau bukan wang.

Tapi masalah disitu negara ini boleh bankrap dengan janji Pakatan haram ini, kalau betul dia laksanakanlah.
Sekarang, Pengarah Strategik PKR yang tidak asing lagi, si Rafizi Ramli, tabur janji lagi, kali ini nak kurang harga kereta pulak.

Agaknya budak lembut ini tidak sedar, dengan mengungkap janji itu sahaja, Pakatan haram telah kehilangan undi 100% kakitangan Proton yang majoritinya berasal dari negeri ‘Air Keruh’, Kelantan.

Tak payahla penulis sentuh macam mana undi boleh hilang, semua orang pun tahu apa jadi dengan kereta tempatan kalau kereta luar pun dah sama harga atau lebih murah!!

Mungkin Rafizi akan kata pekerja Proton tidak akan terjejas sebab Pakatan ada cara untuk struktur Proton dan sebagainya untuk menangani kesan daripada janji tersebut.  Tapi ini kelihatannya too good to be true.  Kalau negeri-negeri yang depa perintah sekarag dijadikan contoh, tak nampak bijak mana pun untuk selesaikan semua masalah.

Air tak selesai, sampah tak selesai, jalan hancur dan sebagainya.  Ini nak cerita struktur-struktur lagi?  Negara ini bukan ada 1 atau 2 syarikat yang bergantung kepada industri automotif tapi banyak.  Setiap satunya bergantung antara satu sama lain, cermin keretalah, wiperlah, tayarlah dan sebagainya.

Mampu ke Rafizi nak ‘struktur’ semua masalah ini?

Ini perkara yang pemimpin Pakatan haram tidak akan sebut di depan rakyat, bagaimana dia nak selesaikan semua masalah ini.  Yang penting pada dia ialah tabur janji dulu dengan harapan boleh menang.  Boleh buat atau tidak itu kemudian.

Kita rakyat, jangan jadi bodoh sama macam mereka.  Niatnya tu jelas sangat dah, bukan nak melaksanakan sangat pun tapi lebih kepada nak memancing undi sahaja.  Lihat saja prestasi ‘melaksanakan janji’ di negeri-negeri yang depa perintah sekarang, apa yang hebat?

Takde pun, kok ada satu dua pun bukan semua merasa.  Air percuma di Selangor contohnya, rumah pangsa tak dapat, rumah bawah dapat, nak selesai masalah inipun Rafizi dan Pakatan haram tak boleh.

Hebat apa kejadahkah itu?

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.