Tuesday, April 10, 2012

ANWAR MENGGELUPUR : MALAYSIA SUDAH LANGSAIKAN HUTANG KEPADA BANK DUNIA

Syabas dan tahniah kepada Datuk Seri Najib selaku menteri kewangan dan kerajaan BN keseluruhanya kerana berjaya melangsai sepenuhnya hutang kerajaan kepada Bank Dunia.

Anwar dan Mahfuz Omar pasti menggelupur berhempas pulas untuk memutar belit berita ini.

Dapat dijangka, dalam siri ceramah nanti Anwar akan berkata,
"kalau malam ini Pakatan menang, esok hari semua hutang akan langsai...bla..bla...bla...", dan penyokongnya akan bertepuk tangan dengan gemuruh, mereka cukup bangga bila Anwar berjanji macam orang hilang akal.


PETIKAN BERITA

KUALA LUMPUR 9 April - Kerajaan sudah melangsaikan pinjaman yang dibuat dari Bank Dunia manakala sebahagian besar pinjaman Bank Pembangunan Asia (ADB) sudah dijelaskan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar) berkata, pinjaman kerajaan berjumlah AS$2.646 bilion (RM7.938 bilion) dari Bank Dunia yang dibuat antara 1965 dan 1999 sudah sepenuhnya dilangsaikan pada 2011.

"Pinjaman ADB pula yang diperoleh pada 1968 hingga 2002 berjumlah AS$1.285 bilion (RM3.855 bilion) sehingga Disember 2011 masih lagi berbaki AS$124 juta (RM372 juta)," katanya ketika menjawab soalan Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.