Asal ditegur tindakan mereka menderhaka pada Sultan, mereka segera menuduh UMNO pernah derhaka kepada Raja.
Memang ada isu perlembagaan dimasa lepas apabila berdepan dengan salahlaku pihak Raja Melayu yang sudah melampaui ruang kuasa seperti memukul rakyat (pemain hoki) dan menghalang kuasa rakyat (parlimen) meluluskan undang-undang.
Hasilnya adalah institusi raja dapat dipelihara dengan pengemasan undang-undang dan peraturan untuk mengekalkan penghormatan rakyat kepada sovereign.
Ruang kuasa raja mengikut perlembagaan dan sentiasa dihormati dan diakur.
Bandingkan dengan beberapa kes dimana melibatkan pihak Pakatan Rakyat dalam isu yang melibatkan ruang kuasa Sulatn.
Pada bulan Disember 2010, dalam isu perlantikan Dato Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan negeri Selangor, kerajaan negeri mahu melampaui kuasa Raja untuk melantik SUK.
Lalu timbul kata-kata ugutan terhadap Sultan oleh ADUN Suhaimi Shafie. Baca sepenuhnya di GAP sini.
Diakhir tulisan blognya, dia menulis ugutan:
Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlansung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.Ini tidak termasuk pelanggaran nasihat Sultan agar Masjid tidak dijadikan tempat untuk politik benci yang hanya memecahbelahkan rakyat.
Shuhaimi Bin Haji Shafiei
ADUN Sri Muda
30hb Disember 2010
Bila ditegur menjawab pula.
Terus diengkari titah Tuanku ...
Banyak sekali titah perintah Tuanku diengkar oleh puak pentadbir negeri Selangor yang didalang DAP dan pemimpin bukan ISlam PKR serta disokong oleh puak Erdogan PAS dan melayu PKR.
Buila kehandak mereka tidak tercapai, mereka cuba meminda undang-undang hanya untuk mengingkari titah perintah dan pilihan Tuanku.
Ingat balik kita ke peristiwa Perak dimana kerajaan perak Pakatan hilang tiga ADUn untuk lompat keluar parti menjadi bebas dan menyokong BN.
Nizar sepatutnya tahu dia sudah hilang majoriti tetapi tak tahu malu untuk meletak jawatan hingga dititah oleh Sultan. Nizar enggan dan melakukan 'sembah derhaka.'
Dia cuba mengkaburi rakyat dengan percubaan membubarkan dewan undangan negeri sesuka hati seolah Sultan tidak tahu sudah itu helah mereka untuk mengundur diri dari menyerahkan kuasa pada BN.
Undang Tubuh Negeri jelas memberi kuasa tertentu kepada Sultan. Pakatan Rakyat membuat penderhakaan untuk menggantung ADUN2 BN sesuka hati untuk mengekal kuasa, memanggil DUN sesuka hati mereka dan pelbagai gimik mengadakan sidang DUN di hotel dan bawah pokok.
Mereka menghina Raja Nazrin yang terpaksa menunggu satu hari menunggu untuk membuka sidang DUN. DUN di jadikan macam zoo. Sikap biadap di DUN dikekalkan hingga hari ini.
Mereka hilang majoriti tetapi enggan serahkan kuasa. Itu saja isunya, bukan pasal kuasa rakyat dinafikan. rakyat dah lakukan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat dan terpulang kepada wakil2 rakyat untuk mendirikan kerajaan.
Peristiwa di Perak itu dirancang dan didalang oleh Anwar Ibrahim dari belakang. Anwar ada bersama dalam pengisytiharan perang terhadap Sultan Azlan Shah kerana ia mahu jadinya pemula REVOLUSI MENJATUHKAN RAJA-RAJA MELAYU!
'Ketuanan rakyat' yang digemburkan sebagai platform kebangkitan rakyat menentang pemerintahan negara dengan slogan 'KUASA KEMBALI KEPADA RAKYAT' kerap dicanang. Ia tersirat cita-cita Anwar untuk menjadi KETUA YANG BERKUASA TERHADAP RAKYAT DENGAN ERTIKATA LAIN MENJADI 'PRESIDEN OF MALAYSIA' !
Pada tahun 1993, Anwar telah memberi sokongan kepada agenda menarik balik kuasa Raja-Raja Melayu. Ketika dia adalah Naib Presiden UMNO, dialah yang berlebih-lebih dalam kesungguhan mengajak seluruh rakyat melakukan demonstrasi besar-besaran menghakis kuasa raja-raja.
Seluruh Sultan-Sultan Melayu terpaksa tunduk ke tangan Anwar. Imej mahu menumbangkan kuasa Raja yang diguna untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden UMNO.
Dia telah menyambung usaha-usaha regim kafir dari barat untuk menghakis kedaulatan Raja-Raja Melayu. Ketuanan rakyat bermakna berakhir Ketuanan Melayu yang berlandaskan kedaulatan raja-raja Melayu yang mempunya tuntutan sejarah terhadap kerajaan.
Konsep 'Ketuanan Rakyat' Anwar ada persamaan dengan malayan Union.
Bila berkuasa sikit, sewenang-wenang saja mereka singgung perasaan raja
Bila berpihak kepada mereka dan untuk tujuan jahat, mudah saja nama Raja dijaja. Adakah betul Sultan Kedah sebagai ketua Ugama rela masjdi 100 tahun Madrasah Salsiah diruntuhkan jadi kompleks shopping kepada developer DAP dari Pulau Pinang?
Ingat apa DAP mahu?
No comments:
Post a Comment