Wednesday, December 8, 2010

BIRO TATANEGARA (BTN) TELAH TERCEMAR DENGAN AGEN ANWAR


Salam Perjuangan,

Perkembangan muktahir ini memperlihatkan Anwar cuba memperkukuhkan kembali rangkaian "lama" beliau bagi digunakan dalam serangan "terakhir" Pakatan Rakyat dalam usaha menawan Putrajaya pada PRU akan datang... kebimbangan penulis lahir kerana terdapat khabar angin mengatakan beberapa agensi "gestapo" kerajaan yang telah di "ceroboh" rangkaiannya dan kini secara senyap-senyap menjadi feeder dan tangan ghaib bagi Anwar...

Khabarnya rangkaian "sahabat" sama ada di BTN, JHEK dan KEMAS terlibat. Namun keadaan yang paling kritikal bagi saya ialah di BTN... ini kerana kita semua tahu BTN pernah menjadi agensi "gestapo" Anwar... dan beberapa individu pro-anwar masih aktif bersama BTN secara langsung atau tidak langsung... malahan terdapat "sahabat" BTN yang terang terangan join PKR dan masih boleh bergerak selaku "sahabat" BTN yang mana ini menghakis imej dan tahap kepercayaan umum akan status BTN... sama ada neutral, pro-Anwar atau Pro-Kerajaan...

Kerajaan terutama Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu membuat penilaian menyeluruh kepada BTN... menilai tahap "kerosakan " agensi ini dan dalam masa yang sama menilai apakah kewujudan BTN masih releven setelah dicerobohi "minda Anwar"... Ahmad Maslan gagal memantau BTN kerana beliau disajikan laporan manis-manis sahaja... KP BTN juga "singkat" pemikirannya dan terlalu mahu bersikap neutral hinggakan staf "pro-UMNO" turut "disebat"... yang mana membuka ruang penyusupan masuk pemikiran "pro-anwar"...

Penulis merasakan BTN perlukan "pembersihan" menyeluruh... seterusnya "suntikan" dan "penjenamaan" baru... Percaya atau tidak Anwar telah "merancang" akan sekali lagi mempergunakan dan menjadikan BTN "gestapo" beliau andai beliau berjaya menumbangkan Kerajaan pada PRU akan datang bagi mengukuh kedudukan politik dan seterusnya menggunakan platform BTN bagi meningkatkan tahap kepercayaan rakyat pada beliau seperti yang berlaku dalam gelombang "team wawasan" dan saat Anwar vs Mahathir...

Apakah Najib Razak sanggup mengambil risiko ini??? fikirkan!

Mari baca artikel berikut.........

Datuk Idris Jauzi

1. Berakhir sudah Kongres PKR. Seperti biasa AnWAR tetap menabur janji. Janji akan memberi tempat kpd yang kalah walhal itu umpan agar mereka tidak lari. AnWAR juga janji akan meneliti setiap aduan oleh ahli-ahli PKR asalkan rakan 'kongsinya' Azmin sudah lepas sebagai orang nombor dua. Janji AnWAR akan tinggal janji nanti.

2. Menariknya sebelum kongres bermula minggu lepas, AnWAR hadir ke satu pertemuan dengan NGO-NGO di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Antara yang hadir ialah Ahmad Azam Abd. Rahman, bekas Presiden ABIM dan kini Timbalan Pengerusi WADAH. Moderator perjumpaan ialah Datuk Idris Jauzi.

3. Datuk Idris Jauzi, sahabat lama ABIM yang 'opportunist', merupakan orang kanan AnWAR. Bekas seorang guru, pernah ditempatkan di Institut Aminuddin Baki dan bekas Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Biro Tata Negara. Semasa di BTN, ketua Datuk Idris ialah ANWAR, bukan Ketua Pengarah BTN.

4. Program yang dihadiri AnWAR dan Datuk Idris sebagai moderator itu menjadi medan mengutuk sahabat-sahabat lama ABIM yang kini tidak lagi atau meragui AnWAR dalam kes moral beliau. Antara yang menjadi sasaran lepas geram Datuk Idris (AnWAR hanya tersenyum mendengarnya) ialah sahabat baik AnWAR dalam ABIM.

5. 'Sahabat' yang dikutuk dan dicerca itu pernah bersama-sama AnWAR semasa awal penubuhan ABIM. Beliau juga pernah melalui pahit getir semasa awal 1999 lagi. Ketika itu Datuk Idris Jauzi dikatakan 'lari' kerana takut, nak mengaku sebagai orang AnWAR ketika itupun beliau teramat takut.

6. Sahabat ABIM yang menjadi sasaran kutukan di majlis ini pernah duduk dalam kepimpinan utama ABIM selain aktif sebagai aktivis masyarakat. AnWAR sendiri secara 'tertutup' sudah mula mengutuk dan mencerca bekas sahabatnya ini hanya kerana sahabat itu tidak mahu bersamanya dalam isu kalimah Allah dan moralnya itu.

7. AnWAR menggunakan seluruh tenaga menghubungi ABIM dan rakan-rakan peribadi untuk memujuk sahabatnya itu tadi. Apabila usahanya gagal (termasuk menggunakan Azizah), beliau mula menyerang peribadi sahabatnya itu di depan sahabat-sahabat lain. Lebih buruk lagi, AnWAR menggunakan sahabat ABIM juga untuk melancarkan serangan.

8. Selidik punya selidik, patutlah Idris Jauzi sanggup kembali menjilat kaki AnWAR. Jika dahulu Idris Jauzi sering mengadap AnWAR meminta projek, konon untuk 'menjaga' kawan-kawan ABIM yang lain walhal setiap benda itu disapunya seorang. Kini diberitakan Idris Jauzi bakal mendapat imbuhan kontrak di Selangor.

9. Patutlah kerajaan Negeri Selangor mengharamkan kursus BTN untuk kakitangan awamnya. Rupa-rupanya Idris Jauzi bakal mendapat manfaat besar apabila Kerajaan Negeri Selangor mewujudkan agensi latihan mereka sendiri yang mirip fungsi BTN. Tidak mustahil kandungannya nanti juga mirip BTN kerana Idris Jauzi adalah bekas orang BTN.

Itulah AnWAR, sanggup mengkhianati kawan hanya kerana kawan itu tidak mahu lagi bersekongkol bersamanya. Yang untung ialah Idris Jauzi, seorang 'opportunist' yang dulu lari apabila AnWAR dilanda masalah, kini datang menjilat setelah AnWAR kembali menawarkan sesuatu.......

Sekian.

Artikel Asal : X-PKR

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.