Saturday, December 4, 2010

MUFTI KELANTAN SENDIR TEGUR BUKAN ISLAM SELEWENG AYAT AL-QURAN



Jika alim ulama dan UMNO menegur tindakan parti PAS menghalalkan ayat suci Al Quran dipergunakan seperti sampah dalam ceramah oleh bukan Muslim, di tuduhnya mereka ini fasiq, jahil dan tidak berilmu.

Apakah PAS juga akan bertindak bertindak sama dan menuduh Mufti Kelantan sebagai jahil dan talibarut UMNO? Tidak mustahil juak juak dalam PAS akan melabel Datuk Mohamad Shukri Mohamed dangkal ilmu jika dibandingkan dengan Tok Guru Teragung PAS, Nik Aziz.

Dengan jujur, Mufti Kelantan berkata pemimpin politik bukan Islam dilarang sama sekali menggunakan ayat Al Quran dalam ceramah politik. Perbuatan ini jelas penyelewengan terbesar digunakan oleh parti pembangkang setiap kali ceramah diadakan.

Masalahnya, beranikah Mufti Kelantan menegur parti PAS secara berhadapan dan terbuka.

PAS adalah pelopor melacurkan ayat suci Al Quran digunapakai oleh bukan Muslim. Apakah beliau tidak takut dengan Nik Aziz dan ahli PAS. GWM tidak sanggup melihat tempias adegan kapak melayang seperti yang berlaku kepada blogger Kicdefella dahulu, terkena pada Mufti Kelantan pula. Siapa tahu ...?


Nga Kor Ming, Chan Ming Kai, Gobalakrishnan, K Subramaniam ... adalah nama nama bukan Muslim yang telah mendapat ‘Lesen Agung’ dan ‘endorsement’ besar dari pemimpin PAS untuk melacurkan ayat suci Al Quran.

Untuk makluman, persidangan Mufti Mufti Malaysia telah memutuskan tindakan bukan Muslim membaca dan menghuraikan ayat ayat Al Quran dalam ceramah adalah sama seperti tindakan mempersendakan kesucian dan keagungan kitab Allah ini.

GWM percaya tidak ada umat Islam yang tidak suka jika bukan Muslim tertarik dengan ayat suci Al Quran dan semakin mendalami Islam. Al Quran adalah mukjizat terbesar untuk seluruh umat manusia. Tetapi cara dan tindakan melacurkan ayat ayat suci dalam ceramah politik adalah perbuatan paling hina dan amat keji. Namun inilah yang paling digemari oleh juak juak PAS.


Atas nama undi ‘wahid’ dari bukan Islam, semuanya menjadi halal … beres bos!

Mufti Kelantan bertindak betul melarang bukan Islam menggunakan ayat ayat suci Al Quran dalam ceramah politik. Ini adalah isu kesucian Islam. Baguslah jika Mufti Kelantan berani mengatakan yang hak dan batil. Tetapi bagaimana pula dengan tuduhan Nik Aziz umat Islam dalam UMNO tidak masuk syurga.


Beranikah Mufti Kelantan menyanggah kenyataan Nik Aziz? Atau turut bersekongkol dengan parti PAS ...


sumber / pautan:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

PAS PERLEKEH DAN MENGHINA MUFTI KELANTAN !


No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.