Rakyat boleh lihat dan nilai bagaimana bodohnya seorang MB dan exco-exconya mengajak rakyat pergi melanggar undang-undang dan seterusnya bertempur dengan pihak polis.
Saya rasa perkara ini tidak pernah terjadi dalam dunia dimana pemimpin yang ada kerajaan pergi bertempur dengan kerajaan.
Kemudian siap umum yang kerajaan negeri Selangor akan tanggung segala kos jaminan tahanan dan rawatan peserta yang cedera dalam pertempuran dengan polis. Sekali lagi wang rakyat digunakan untuk kerja tidak berfaedah.
Saya ingin mengajak rakyat menilai sikap seorang pemimpin.
Khalid Ibrahim sekarang adalah seorang ketua kerajaan di sebuah negeri. Apabila telah menjadi ketua kerajaan maka beliau adalah sebahagian dari pemerintah yang ada di negara ini.
Sebagai salah seorang pemerintah beliau kena pastikan orang-orang yang dibawah pemerintahannya, rakyat , kakitangan kerajaan atau diri beliau sendiri harus patuh kepada undang-undang yang dibuat oleh pemerintah.
Pemerintah harus menjadi contoh dan teladan kepada orang yang diperintahnya. Negara kita sebagai sebuah negara yang bertamadun sudah tentulah mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi.
Bukan setakat negara, negeri pun sama juga termasuklah negeri yang diperintah oleh Khalid Ibrahim. Cuba anda bayangkan jika negeri yang diperintah oleh Khalid tidak ada undang-undang maka sudah tentu negeri tersebut akan menjadi caca marba.
Undang-undang negara kita telah menetapkan, sebarang perhimpunan yang melebihi dari 5 orang memerlukan permit untuk berhimpun. Ini undang-udang negara yang digubal di parlimen dan bukannya undang-undang semerah padi yang digubal di bawah pokok.
Polis telah menyatakan, bahawa perhimpunan dan perarakan yang dirancang dan bakal diketuai oleh Khalid Ibrahim pada hari ahad ini adalah perhimpunan haram. Ini kerana tiada sebarang permohonan yang diajukan kepada polis. Polis melarang orang ramai dari menghadiri perhimpunan tersebut.
Saya merasakan sekiranya sebarang permohonan yang diaju kepada polis juga akan ditolak. Ini kerana tempat untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan tidak sesuai kerana ianya ditengah-tengah bandaraya KL.
Banyak implikasi buruk akan berlaku jika ianya diadakan di kawasan tersebut. Salah satu yang utamanya adalah kesesakan jalan raya. Apabila berlaku kesesakan jalan raya ianya mengundang seribu satu masalah kepada rakyat termasuk juga kepada pengangkutan awam. Pemandu teksi dan bas juga tersekat punca rezeki. Selain itu pasti akan berlaku kerosakan harta awam dan kekotoran.
Selangor kini telah diperintah oleh Khalid dan beliau adalah orang yang berkuasa di negeri itu. Banyak tempat di Selangor yang dia boleh digunakan untuk menghimpun rakyat.
Selangor ada ,
Stadium Shah Alam
Stadium Melawati
Stadium Kelana Jaya
Stadium Jugra
Pusat Konvensyen Shah Alam
Itu semua boleh digunakan tanpa mengganggu ketenteraman awam. Kenapa itu tidak digunakan dan Khalid tetap memilih jalan raya sebagai medannya ? semuanya kerana politik dan hendak menimbulkan kekacauan kepada negara.
Tentang hasratnya ingin menyerahkan memorandum kepada YDPA, sebagai MB Khalid berpeluang menghadap YDPA pada bila-bila masa dalam keadaan yang lebih selesa dan baik. Bukannya setakat menyerahkan memorandum di pagar Istana Negara.
Pendek kata, Khalid mempunyai pelbagai jalan dan cara yang lebih aman dan baik untuk melakukan semua itu atas kapasiti beliau sebagai MB, tetapi dia tetap memilih cara yang tidak bertamadun, semuanya kerana politik.
Oleh yang demikian, marilah kita menilai sikap dan mentaliti seorang pemimpin seperti Khalid serta parti yang diwakilinya. Inikah pemimpin dan parti yang boleh diharapkan untuk memerintah negara ?
Jika memerintah sebuah negeri undang-undang pun telah dicabuli, bayangkan jika mereka diberi peluang memerintah negara ? Saya dapatkan rasakan negara ini akan menjadi porak peranda.
Sumber - RBF

No comments:
Post a Comment