Sunday, December 5, 2010

BUKTI PASIR SELANGOR DISELUDUP KELUAR NEGARA


Mari kita fikirkan... adakah syarikat semesta Sdn Bhd yang ditubuhkan Kerajaan PKR Selangor hanyalah merupakan "topeng" untuk "jerung", "buaya" dan "naga" secara sembunyi membaham kekayaan hasil mashul negeri Selangor secara senyap-senyap. Kroni PKR makin kaya... rakyat selangor yang berkorban dan berjuang naikkan Kerajaan PKR di Selangor dapat apa???

Bukan setakat kayakan kroni... ini hinggakan mengKHIANATI negara! tahu tak menjual pasir kepada singapura unpama pengkhianat kerana kita tahu pasir ini selain digunakan dalam pembinaan ia juga digunakan untuk melebarkan wilayah Singapore yang bakal mengancam negara pada masa depan... mana tau depa tuntut sempadan maritim baru... tak menangis kau... itulah kalau kuasa dan harta jadi "tuhan"... masa depan dan nasib bangsa boleh dicampak ketepi macam PKR yang sanggup jadi "penjilat" DAP dan ketepikan PAS demi sokongan dan kuasa...




Pasir Selangor ke Singapura tumpas

PELABUHAN KLANG 3 Dis. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri buat kali pertamanya berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 7,200 tan metrik pasir bernilai RM144,000 dipercayai ke Singapura dalam dua serbuan yang dilakukan kelmarin dan semalam.

Serbuan pertama dibuat di perairan Sungai Langat berhampiran Jugra, Banting, Kuala Langat, dan yang kedua dilakukan di sebuah jeti persendirian di Pulau Carey, Banting.

JKDM negeri turut menahan sembilan individu bagi membantu siasatan termasuk pemilik pasir dan seorang kapten kapal yang masing-masing berusia 53 tahun dan 54 tahun.

Pengarah JKDM negeri, Datuk Roslan Yusof berkata, ini adalah kali pertama pihaknya berjaya menggagalkan cubaan menyeludup pasir kerana sukar dilakukan berikutan taktik penyeludupan yang licik.

Katanya, eksport pasir dari seluruh negara sebelum ini telah dilarang berkuat kuasa pada 1 November lalu.

Beliau berkata, kesemua pasir itu dipercayai dikorek di kawasan Selangor dan siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti lokasinya serta pihak lain yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

Menurut beliau, serbuan pertama dibuat kira-kira pukul 2 petang dan sebuah kapal bersama baj yang membawa muatan disyaki sebagai pasir ditahan di perairan Sungai Langat.

BAJ berisi muatan pasir yang cuba diseludup dipercayai ke Singapura dirampas Kastam Selangor ditahan di jeti milik persendirian di Pulau Carey, Kuala Langat, semalam. - Utusan/SAHARUDDIN ABDULLAH
"Ketika ditahan kapal itu yang membawa muatan mencurigakan sedang dalam pelayaran ke selatan tanah air dipercayai menuju ke Singapura.

"Selepas kita periksa, didapati kapal diikrar membawa 'mortar mix' iaitu barang yang sering digunakan untuk melekatkan batuan rupanya membawa pasir dianggarkan seberat 3,600 tan metrik bernilai RM72,000.

"Kapten kapal itu berusia 53 tahun ditahan bersama tujuh anak kapalnya bagi membantu siasatan lanjut," kata beliau kepada pemberita di sini petang ini.

Susulan daripada kes pertama kata Roslan, satu lagi serbuan dibuat di sebuah jeti persendirian di Pulau Carey semalam, dan sebuah lagi baj dengan muatan yang sama juga disyaki pasir seberat 3,600 tan metrik dengan nilai RM72,000 ditahan.

Ujar beliau, muatan di baj tersebut juga diikrarkan sebagai 'mortar mix' tetapi belum dilepaskan oleh pihak JKDM.

Tambah beliau lagi, seorang lelaki berusia 54 tahun yang mengaku sebagai pemilik pasir telah tampil ke pejabat JKDM negeri dan dia ditahan untuk siasatan lanjut.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta kastam 167 (semakan 1980) iaitu mengeksport tanpa permit yang sah.

"Kita mendapati kedua-dua baj yang ditahan adalah milik sebuah syarikat sama. Selepas soal-siasat dilakukan, tujuh anak kapal yang ditahan pada serbuan pertama dibebaskan.

"Kapten kapal dan lelaki yang mengaku sebagai pemilik pasir ditahan reman hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan," kata beliau. - Utusan Malaysia

Nah buktinya ...


Sumber : The UnSpinner - GAPS! Nah bukti untuk Khalid Gagap!

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.