Salam Perjuangan,
Saya telah membuat "risikan" dan dari maklumat diterima Dr. Khir serta peguamnya tidak langsung khuatir dengan pertuduhan ini. Kerana jelas bahawa semua dokumen menunjukkan beliau insyaAllah tidak bersalah dan pendakwaan terhadap beliau hanya akan mendedahkan "kebodohan" pembangkang yang menimbulkan isu berkaitan harga rumah beliau yang kononnya 24 juta serta "kelemahan" SPRM dalam mengenalpasti kes kukuh untuk dibawa ke mahkamah yang memperlihatkan SPRM seperti "dijadikan alat" dalam percaturan "massa".
Kalau difikir dan ditelitikan mana mungkin SPRM mahu membawa kes selemah ini
untuk tatapan publik... dengan meneliti dokumen pertuduhan jelas Dr. Khir memenuhi semua lunas undang-undang dan kita tertanya-tanya bagai mana kes ini "akan dipersembahkan" kelak... pemikiran ini membawa kepada... Adakah mungkin kes ini sengaja dicaturkan bagi mensabotaj Dr Khir Toyo yang begitu menonjol?
Ada 2 kemungkinan sabotaj dari pihak pembangkang atau dalam UMNO sendiri...
kalau dinilai, pembangkang memang suka karektor Dr. Khir Toyo "dibunuh" menerusi kes sebegini bagi mematahkan gerakan "menawan" semula selangor yang diterajui beliau... kalau ini keadaannya pasti pembangkang telah ada kabel untuk mempengaruhi pembuat keputusan dan dasar kerajaan...
Atau mungkin kerana dilihat sebagai tokoh yang menonjol dalam UMNO Selangor terutamanya, Dr. Khir Toyo telah disabotaj bagi menjatuhkan beliau agar peluang puak-puak tertentu bagi menerajui selangor terbuka terutama jika Selangor kembali ke tangan UBN... atau mungkinkah nasib diterima DSKT ini disebabkan herakki "tertinggi" mahu mengundurkan Dr Khir secara halus dari persada politik... kalau keadaan ini yg benar berlaku tidak mustahil kerana "kerajaan" mempunyai akses untuk segalanya....
Terdapat unsur-unsur pelik dan tak masuk akal dalam kes ini yang benar-benar menimbulkan keraguan pada kita semua... menguatkan lagi teori konspirasi politik...
Baiklah... berat rasanya kalau berfikir panjang-panjang ni... molek rasanya kita kini membaca analisis sahabat kita RBF yang begitu menarik, terperinci dan mudah difahami agar lebih faham situasi sebenar kes Tuduhan Rasuah Dr, Khir Toyo...
Artikel RBF
Sebelum anda membaca apa yang saya tulis, lebih baik anda klik di sini terlebih dahulu. Baca dan lihat semua dokumen-dokumen yang ada dengan teliti.
Ditangkap dan didakwanya Dato' Seri Khir Toyo oleh SPRM dan Peguam Negara semalam berpunca dari satu laporan yang dibuat oleh Adun DAP Sekinchan , Ng Sue Lim.
Tuduhan terhadap DSKT semalam adalah kerana membeli rumah dengan harga yang murah, sedangkan penjual membelinya dengan harga yang mahal. Penjual membelinya dengan harga RM 6.5 juta, kemudian dijual kepada DSKT dengan harga RM 3.5 juta.
Kenapa dia jual dengan harga RM 3.5 juta ?
Kerana itu nilai yang dinilai oleh ejen hartanah terkemuka yang ditubuhkan sejak tahun 1976 iaitu Rahim & Co dan surat tersebut ditandatangani oleh pengarahnya yang berbangsa cina, bernama Choy Yue Kwong.
Surat itu dihantar kepada Bank HSBC iaitu bank dimana DSKT memohon pinjaman untuk membeli hartanah tersebut.
Selepas itu bank meluluskan pinjaman sebanyak RM 3 juta kepada DSKT untuk membeli rumah tersebut.
Kita kena ingat satu perkara disini. Sebarang permohonan pinjaman bank untuk membeli rumah dari tangan orang (bukan dari pemaju), pihak bank akan melantik jurunilai untuk menilai harga rumah tersebut.
Setelah meneliti berapakah nilai semasa, barulah bank akan membuat keputusan berapa peratuskah nilai pinjaman yang boleh dikeluarkan kepada pemohon.
Dalam kes DSKT, dia ditangkap oleh SPRM dan didakwa di mahkamah kerana membeli tanah dan rumah dengan harga yang lebih murah daripada yang dibeli oleh penjual, walaupun nilai hartanah tersebut dinilai oleh ejen hartanah terkemuka.
Persoalannya di sini,
DSKT membeli tanah dan rumah tersebut mengikut nilai yang ditetapkan jurunilai bertauliah.
Sekiranya itu menjadi satu kesalahan sepatutnya jurunilai tersebutlah yang perlu dipersalahkan kerana menilai harga tersebut lebih rendah dari yang dibeli penjual.
Orang mana yang sanggup membeli hartanah dengan harga yang lebih tinggi daripada yang dinilai oleh jurunilai bertauliah ? cuba beritahu saya orang gila mana yang sanggup lakukan begitu ?
Satu rekod baru boleh dicatat dalam negara kita semalam, apabila orang yang membeli hartanah mengikut harga yang ditetapkan jurunilai bertauliah adalah menjadi satu kesalahan.
Kepada sesiapa yang hendak membeli rumah selepas ini pastikan harga mesti mahal, jangan murah-murah nanti kena tangkap dan kena dakwa di mahkamah.
Apa yang berlaku hari ini adalah sesuatu yang memalukan kepada ejen-ejen hartanah yang ada di Malaysia. Kalau perkara ini terjadi kepada Majlis Peguam saya yakin mereka semua akan berkumpul di depan mahkamah dan pegang lilin. Adakah persatuan ejen hartanah Malaysia atau jurunilai-jurunilai bertauliah sanggup buat begitu ?
Saya dapat merasakan tuduhan yang disebut di mahkamah semalam terlalu lemah. Setelah meneliti segala dokumen dan bukti-bukti yang tersiar di blog DSKT saya dapat merasakan beliau akan bebas.
Tetapi, sekiranya beliau dibebaskan sekali pun imejnya telah rosak dan karier politiknya telah punah. Setakat ini belum ada lagi orang politik dalam negara kita yang bebas dari kes mahkamah boleh kembali meneruskan karier politik mereka kecuali Anwar Ibrahim. Itulah kelebihan Anwar yang sukar ditandingi oleh mana-mana ahli politik dalam negara ini.
Saya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam kes yang dihadapi oleh DSKT, kerana SPRM mendakwanya dengan tuduhan dilihat terlalu lemah. Beli tanah dan rumah mengikut harga yang ditetapkan oleh jurunilai bertauliah. Jurunilai tak kena dakwa, orang yang membeli pula kena dakwa.
PELIK TAPI BENAR...
Lengkap dengan air terjun bertingkat. Macam Niagara Falls pulak!
Berapa buah rumah PPRT boleh dibina dengan kos RM 24 juta?
Mahligai berkonsepkan Jawa sepenuhnya...
Pintu masuk rumah Khir Toyo.
1 comment:
Post a Comment