Monday, December 6, 2010

DATO SERI KHIR TOYO DIDAKWA ATAS TUDUHAN RASUAH HARI INI

Maklumat yang diterima bahawa Mantan MB Selangor Dato Seri Mohd. Khir Toyo akan didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah. Beliau yang sebelum ini disiasat oleh SPRM kerana memiliki harta yang berlebihan dan bernilai tinggi (dipercayai termasuk sebuah rumah bernilai RM 24 Juta) dijangkakan akan didakwa bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Istana Khir Toyo d Seksyen 7, Shah Alam

Dakwaan ini merupakan satu ‘tangkapan besar’ bagi usaha ‘memerangi rasuah’, yang dijadikan salah satu dari tiga teras janji PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa mengambil alih sebagai Presiden UMNO pada 28 Mac 2009.

Beliau mengambil alih sebagai MB Selangor dari Tan Sri Dr Abu Hassan Omar pada 2000 dan bertugas sehingga BN kalah di Selangor pada PRU 8 Mac 2008. Antara kontroversi lain ialah beliau pernah mengaibkan Ketua Pegawai Penguatkuasa Tempatan dengan ‘Hadiah Penyapu’. Beliau kini adalah Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Bagi penulis jika berita in benar... maka ini satu tamparan buat UMNO Selangor dalam usaha merampas Selangor dari pembangkang... namun begitu penulis tetap berpegang pada prinsip yang benar pasti menewaskan kebatilan... keadilan dan undang-undang itu tertakluk pada semua... jika salah hukumlah dan pasti Allah merencanakan sesuatu lebih besar dengan perintiwa ini... buat UMNo yang penting kukuhkan barisan, jangan dengar khabar angin yang boleh memecahkan UMNO dan teguh, gigih berusaha dan fokus pada matlamat yang satu - Selangor perlu diselamatkan!

Sumber - http://bigdogdotcom.wordpress.com

3 comments:

Anonymous said...

Dibawah seksyen 101 Akta Keterangan, beban bukti (beban undang-undang) dibahu Pendakwa untuk membuktikan kesnya pada takat kebarangkalian yang tinggi iaitu "tanpa sebarang keraguan yang munasabah". OKT hanya akan diperintahkan masuk membela setelah Pendakwa mewujudkan kes prima facie.
Diperingkat ini (peringkat pendakwaan), OKT diandaikan innocent (in the clear,blameless). Saya lebih suka menterjemahkan "presumption of innocence" sebagai bermaksud "andaian belum dipertanggungjawabkan atau andaian belum bersalah" berbanding "andaian tidak bersalah".

Diperingkat pendakwaan, Pendakwa hendaklah mengemukakan keterangannya pada takat prima facie. Beban bukti Pendakwa diperingkat ini secara spesifik disebut sebagai beban keterangan (sekysen 102 Akta Keterangan).
Samada OKT dipanggil masuk membela atau dibebaskan (acquitted) bergantung kepada Pendakwa berjaya atau tidak mewujudkan kes prima facie. Dalam kes Dato Ramli contohnya, beliau dibebaskan tanpa perlu masuk membela kerana tiadanya kes prima facie terhadapanya. Dalam kes Altantuya, dua dari tiga OKT diperintahkan masuk membela kerana adanya kes prima facie terhadap mereka. Razak Baginda bagaimanapun dibebaskan (acquitted) kerana tiada kes prima facie terhadapnya tanpa perlu beliau masuk membela.

Selagi belum adanya kes prima facie, OKT diandaikan belum lagi bersalah atau belum dipertanggungjawabkan(presume innocent). Apakah perbezaan "andaian tidak bersalah" atau "andaian belum bersalah" atau "andaian belum dipertanggunjawabkan", saya serahkan para pembaca yang cerdik pandai diblog ini memikirkannya?

Bila, wujudnya kes prima facie (keterangan yang mencukupi), OKT akan dipanggil masuk membela dan diperingkat pembelaan, tidak ada lagi "andaian belum bersalah" sebaliknya sudah wujud "andaian bersalah" atau "andaian sudah dipertanggungjawabkan". OKT bagaimanapun boleh memilih untuh berdiam diri walaupun sudah ada andaian sudah dipertanggungjawabkan terhadapnya. Hak berdiam diri ini bagaimanapun bukanlah tanpa risiko kerana sudah wujud kes prima facie.

Pun begitu, andaian bersalah atau andaian sudah dipertanggungjawabkan tetap suatu andaian bukannya pembuktian (beban undang-undang dibawah seksyen 101 Akta Keterangan).

OKT tidak boleh disabitkan berdasarkan suatu andaian. Pendakwa tetap perlu membuktikan kesnya (Beban Undang-undang)pada takat kebarangkalian yang tinggi iaitu "tanpa sebarang keraguan yang munusabah bukan berdasarkan andaian bersalah atau andaian sudah dipertanggungjawabkan apatahlagi andaian belum bersalah.

OKT telah tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan, maka OKT diandaikan belum dipetanggungjawabkan selagi Pendakwa tidak mewujudkan kes prima facie. Dalam mewujudkan kes prima facie terhadap OKT, Pendakwa perlu kemukakan keterangannya samada lisan ataupun berdokumen.

Selagi tidak dipanggil masuk membela, adalah tidak wajar untuk meminta OKT memberikan apa-apa penjelasan kerana belum wujudpun kes prima facie terhadapnya, dan OKT diandaikan belum bersalah atau andaian belum dipertanggungjawabkan lagi. Maka, setakat ini, yang perlu panik atau menggelabah sepatutnya Pendakwa bukannya OKT untuk panik dan menggelabah tidak tentu pasal.

Andai wujud kes prima facie dan OKT dipanggil untuk masuk membela, andaiannya OKT sudah dipertanggungjawabkan, dan OKT hanya perlu menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah. Satu keraguan yang munasabahpun mencukupi untuk OKT dibebaskan kerana takat pembuktian Pendakwa adalah tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Bekas MB Dato Seri Khir Toyo telah menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan beliau membeli rumah dan tanah tersebut pada harga RM4 juta. Beliau juga telah memfailkan saman fitnah terhadap Ng.

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang-Undang
Part 1

Anonymous said...

Mahkamah yang mendengar dan menentukan OKT bersalah atau tidak, bukannya Pendakwa. Menuduh memang senang, takat pembuktian bagaimanapun adalah amat tinggi. Dalam kes Dato Ramli, walaupun sebanyak 74 saksi dipanggil, Pendakwa masih gagal mewujudkan kes prima facie.

Andaian dan pembuktian sememangnya berbeza. Apa itu andaian? Alleycats ada sebuah lagi "andainya aku pergi dulu sebelummu....." Pergilah cari dan mainkan, mudah-mudahan kita akan memahami apa itu andaian.

Setakat ini, kita hanya dapat mengandaikan sahaja, tidak lebih dan tidak kurang.

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang-Undang
Part 2

Anonymous said...

Diperingkat pendakwaan, Pendakwa masih dalam proses mengkemukakan keterangannya dan diperingkat ini sebelum Pendakwa menutup kesnya “Yang Arif, I rest my case”, OKT diandaikan belum dipertanggungjawabkan lagi (still presume innocent). OKT hanya perlu dipertanggungjawabkan untuk memberikan penjelasannya apabila Hakim memerintahkan OKT masuk membela itupun jika wujud kes prima facie terhadap OKT. Itupun,diperingkat pembelaan (defence stage), OKT berhak memilih berdiam diri.

OKT sebaik ditangkap sememangnya mempunyai hak untuk berdiam diri. Saksi bagaimanapun tidak berhak berdiam diri dan perlu menjawab apa-apa soalan yang diajukan kepadanya.

Dengan demikian, OKT masih boleh menerima pakai andaian bahawa dia adalah innocent iaitu belum boleh diandaikan perlu dipertanggungjawabkan terhadap pertuduhan Pendakwa keatasnya sehinggalah keterangan yang dikemukakan oleh Pendakwa terlebih dahulu ada asas atau mencukupi (prima facie).

Saya ulangi,Mahkamah yang mendengar dan menentukan OKT bersalah atau tidak, bukannya Pendakwa.

Setakat ini, masih diperingkat anadaian belum bersalah atau andaian OKT belum
dipertanggungjawabkan terhadap pertudohan terhadapnya. Pendekata, there is no case yet against him.

Beban bukti (beban undang-undang) tetap dibahu Pendakwa membukti pertudohan pada takat kebarangkalian yang tinggi iaitu tanpa sebarang keraguan yang munasabah. Bukan sebarang keraguan tetapi hendaklah keraguan yang munasabah walaupun satu saja. Jika tiada prima facie (beban keterangan)di penghujung peringkat kes pendakwaan, OKT akan mendapat perintah bebas (acquittal) tanpa perlu OKT berkata sepatah kata pun.

Perintah bebas itu bagaimanapun adalah sekadar perintah bebas, iaitu pertudohan itu tidak dapat dibuktikan/disabitkan pada takat kebarangkalian yang diperlukan. Bukannya tiada bukti tapi bukti tidak cukup tinggi pada takat yang diperlukan, maka pertuduhan itu dikira tidak dapat dibuktikan, maka tiadalah sabitan.

Bersalah atau tidak merupakan isu berbeza.Hakim sekadar berdasarkan keterangan sahaja. Allah saja yang maha mengetahui.

Contohnya, bagi Sarjana Muda, grade C (50 markah) dikira lulus. Bagaimanapun, bagi Sarjanan (Master), C, C+ atau B- yang mana markahnya ialah bawah 70 markah dikira gagal kerana tidak sampai takat 70 markah. Untuk Doktor Falsafah,tesisnya memerlukan takat piawaian lebih tinggi iaitu, “asal dan tersendiri yang menyumbang secara signifikan kepada taman ilmu”. Maka untuk PhD, grade B pun tak boleh lepas kerana tak cukup baik untuk PhD.

Kesimpulannya, untuk kes jenayah, takat pembuktiannya adalah bukan pada takat imbangan kebarangkalian ataupun besar kebarangkalian, tetapi pada takat tanpa keraguan yang munasabah.Bukannya tiada bukti, persoalannya bukti yang ada itu pada takat apa dan kebolehkepercayaan (kredibiliti dan nilai) saksi-saksi dan dokumen-dokumen yang dikemukakan?

Mudahnya, pertuduhan belum lagi sabit, dan lebih jelas, belum lagi wujud kes prima facie,bermakna OKT belum perlu dipertanggungjawabkan lagi untuk masuk membela kerana masih diandaikan innocent.

Kebiasaannya, Mahkamah dipenghujung bicara, setelah mendengar kedua-dua pihak, akan mengatakan OKT bersalah atau tidak bersalah.
Hakim sebaiknya, setakat mengatakan “keterangan terhadap OKT tidak sampai ketahap atau takat kebarangkalain yang diperlukan,maka OKT tidak dapat disabitkan dengan pertuduhan pendakwa dan dibebaskan”.

Hakim tidak perlu menyatakan OKT bersalah atau tidak. Itu dia dengan Allah atau di sendiri mengetahuinya. Hakim sekadar mendengar dan memutuskan berdasarkan keterangan samada pertudohan sabit atau tidak bergantung kepada tahap kebarangkalian yang dikehendaki undang-undang.

Hakim boleh kata “I hereby held that the charge against you are not proven to the required standard of proof i.e. beyond all reasonable doubt, and you are hereby acquitted of the charge.” Tak payah sebut bersalah atau tidak. Itu untuk OKT fikir sendiri.

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Kulliyah Undang-undang
subjek teras: Prosedur Jenayah, Keterangan, Comparative Penology

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.