Tuesday, June 23, 2009

LAGI FATWA KONON PAS LEBIH MULIA DAN BERAGAMA

Salam Perjuangan

Sesungguhnya Orang yang lebih tinggi darjatnya disisi Allah SWT adalah org yang bertakwa dan beriman... dan siapalah kita sebagai manusia mahu menilai manusia lain dengan menilai dan meletakkan darjat kemuliaan beragama untuk seseorang itu sedangkan ketinggian darjat serta kemuliaan seseorang manusia disisi Allah SWT itu merupakan rahsia dan hak mutlak Allah SWT.

Inilah jadinya pada manusia di dalam PAS bila merasakan merekalah paling beragama dan tinggi darjatnya disisi Allah SWT... ikuti kegilaan yg melanda PAS sejak akhir-akhir ini

1. Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan menyebut beliau mengumpamakan perbincangan PAS-Umno sebagai "usaha berdakwah Nabi Musa kepada Firaun" -
rujuk disini

Komen : PAS = Nabi Musa dan UMNO = Firaun siapa dia dan hak mana yg memberikan dia kuasa nak menyamakan manusia lain dengan golongan kufur dan ingkar yg terang-terangan dinyatakan Allah didalam Al-Quran... kira UMNO ni kafir & kufur lah sebab disamakan dengan Firaun...

2. Seorang ahli strategi PAS Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata poster Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "bernilai komersil yang tinggi" dilaporkan mengakui menteri besar Kelantan memang mempunyai tarikan tersendiri di kawasan DUN tersebut sehingga "seorang imam di masjid mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Nik Aziz". rujuk disini

Komen : satu lagi kesesatan dalam PAS... pandang poster nik aziz seolah-olah mendapat pahala... apa ingat senang ke nak dapat pahala... nik aziz ni nabi ke? masyaAllah... ni apa cerita ni... cuba kalau UMNO kata "memandang gambar Pak Lah seolah-olah mendapat pahala" sure heboh lepas tu PAS keluarkan fatwa haram... murtad... kafir dan sebagainya... kalau PAS yg buat HALAL... SYURGA... inilah dia kepimpinan ulama akhir zaman... demi kuasa jual agama... buat pakatan dengan kafir Harbi...

Sendirilah fikir... malas nak ulas panjang lagi... kalau tak sedar jugak tak tau lah...

.
.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.