Tuesday, June 30, 2009

BIODATA CALON PAS - HAJI MOHD FAUZI & CALON BN - TUAN AZIZ DUN MANIK URAI

Salam Perjuangan...

Mari sama-sama kita meneliti maklumat am berkaitan pengundian bagi kawasan DUN Manik Urai dan Calon yang bakal bertanding

Calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai : Haji Mohd Fauzi Abdullah

Latar Belakang:
Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood. Beliau lahir di Bukit Marak, Kelantan. Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, beliau mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.

Politik :
Terbabit dengan PAS sejak muda lagi.
Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai,
Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.


Kemasyarakatan:
Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai.

Pengalaman Kerja
Penyelia Pilihanraya Dun Guchil
Ahli Majlis Daerah Kuala Krai
Pengusaha dan peniaga Ikan di Bandar Kuala Krai

Pendidikian :
Menengah Rendah



Calon BN bagi mencabar Kerusi DUN Manik Urai : Tuan Aziz Tuan Mat

Latar Belakang
Tuan Aziz Tuan Mat 39 adalah anak jati Kuala Krai merupakan anak keempat dari enam beradik. Suami kepada Suzana Husin, seorang guru di Sekolah Menengah Tengku Indera Putera II, Gua Musang dan bapa kepada tiga orang anak ini ternyata berpengalaman luas dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat setempat.

Pendidikan :
Pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chai
Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra
Sekolah Menengah Teknik Terengganu.
Universiti Teknologi Malaysia pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi

Pengalaman Bekerja
Bertugas di beberapa buah syarikat swasta di Kuala Lumpur seperti Kontena Nasional Berkhidmat bersama Kesedar pada tahun 1997
Bekas CEO KESEDAR Perkilangan Sdn Bhd (KPSB)
Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar),

Aktiviti kemasyarakatan dan sosial
Majlis Belia

Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC)

Politik
Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai




No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.