Monday, June 22, 2009

ANWAR IBRAHIM SOKONG CHIN PENG KOMUNIS BALIK : KENAPA & MENGAPA?



Salam Perjuangan...

Pertamanya tahniahlah kepada askar dan anggota keselamatan sama ada yg masih berkhidmat atau tidak yg menyokong Anwar Ibrahim dan pakatan rakyat kerana jelas Anwar rela "meliwat" maruah kalian demi mendapatkan sokongan kaum cina... pengorbanan anda semua jelas tidak dihargai dan mendapat tempat dalam hati Anwar Ibrahim walaupun ada yang kehilangan suami, anak, isteri, saudara mara malah ada yg buta, putus kaki, putus tangan, lumpuh dan sebagainya demi berjuang mempertahankan negara menghadapai pemberontakan berdarah KOMUNIS.

Itulah wajah Anwar... tiada prinsip setiakawan atau nilai jati diri tulen dalam dirinya yg ada hanyalah apa jua jalan dan cara bagi memperolehi kuasa sama ada halal atau haram adalah yg teragung dan penting yg lain termasuk sahabat, rakan, atau apa sahaja bagi beliau boleh dikorbankan demi menjayakan politik. Terbukti Ezam, Nalla Karrupan dan banyak tokoh dalam era reformasi yg berjuang ikhlas dan sanggup dipenjara dan kehilangan segalanya demi membela Anwar telah dikorbankan dan diketepikan. baca disini


Kenapa Anwar Sokong Chin Peng "Bapak Komunis" balik ke Malaysia... berikut adalah rasional tindakan beliau :-

1. Anwar mahu mendapatkan simpati dan sokongan kaum cina - perlu diingat komunis memiliki sokongan ramai dan didokong oleh kaum cina dan ramai cina mahukan dan simpati chin peng untuk pulang dan sokongan Anwar pasti membuatkan Anwar popular dikalangan kaum cina.

2. Anwar mahu mengukuhkan pakatan rakyat terutama bersama DAP kerana seperti yg kita tahu DAP menyokong usaha membawa pulang Chin Peng selain pertubuhan cina lain Dong Ziong etc.

3. Anwar mahu melemahkan UMNO dan merenggangkan ikatan parti dalam BN kerana sudah pasti UMNO akan melenting mengamuk tidak mahu chin peng pulang dan kesan ini pastinya menjauhkan kaum cina pada BN dan UMNO yg sememangnya kaum cina simpati pada chin peng.

4. Anwar tidak bimbang populariti dirinya terjejas pada kaum melayu kerana Anwar sedar bahawa sokongan kepada nya oleh kaum melayu boleh diimbangi oleh Parti PAS melalui pendekatan sokongan undi demi agama Islam kerana yg paling penting memenangi sokongan undi kaum cina yg merupakan penentu undi kemenangan kebanyakan kawasan.

5. Anwar sedar bahawa undi golongan muda tidak akan terjejas kerana peristiwa komunis hanya menjadi cerita penglipur lara dan golongan muda tidak akan ambil kisah akan perkara ini dan akan terus menyokong beliau.

6. Anwar mahu memperlihatkan beliau merupakan pemimpin yg terbuka, liberal dan sama rata dengan bersikap terbuka dan neutral dengan menyokong untuk membenarkan kepulangan chin peng yg pastinya akan menambat hati golongan profesional dan atasan yg menyokong idea demokrasi ala amerika yg mendapat pendidikan barat & luar negara yg tidak langsung memahami sejarah dalam pembinaan negara bangsa untuk menyokong beliau.

7. Anwar mahu terus mewujudkan sentimen politik yg memihak kepadanya agar dapat mengekalkan momentum sokongan rakyat untuk menjamin kemenangan pada PRU13 nanti. Selepas ini dipercayai Anwar akan terus menerus menimbulkan kontroversi dan isu panas bagi mengekalkan momentum dan populariti.

Kepada anak cucu waris mangsa kekejaman Komunis... fikirlah apakah kita mahu pemimpin yg mementingkan diri seperti ini yg telah menafikan pengorbanan ayah, datuk nenek kita yg berjuang menentang komunis atau menafikan penderitaan keluarga kita yg pernah menjadi mengsa komunis diangkat menjadi pemimpin kita semua? Dengan menyokong kepulangan Chin Peng... Anwar Ibrahim layak diangkat sebagai pengkhianat kepada bangsa dan negara... layak kah dia dan Pakatan Rakyat mendapat sokongan dan undi kita???

fikrilah sendiri!

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.