Tuesday, June 23, 2009

KERAJAAN PERPADUAN : PAS BERDOSA BESAR PADA AGAMA DAN UMMAT ISLAM MELAYU



Salam Perjuangan

Berkubur sudah jalan-jalan yg dirintis Ustaz Hadi akibat disabotaj bukan oleh "UMNO yg dianggap musuh" tetapi musuh dalam PAS sendiri di dalangi oleh golongan "mujedar" dan "kafir harbi"... berita disini.

Idea suci demi menyatu padukan ummat Islam telah digagalkan oleh tangan-tangan yg kononnya berjuang demi ISLAM... tetapi akhirnya jelas mereka yg kononnya yg mengaku ulama berjuangan lebih utama demi kuasa berbanding kemaslahatan penyatuan Ummat ISLAM.

Nik Aziz menentang keras hingga mengeluarkan kenyataan kontroversi minta ustaz nasharuddin keluar PAS & masuk UMNO jika sokong idea penyatuan Ummat ISLAM... berita disini.



Sebab penolakan kononnya sebab sejarah silam UMNO & PAS... tapi sebenarnya Nik Aziz dipengaruhi penasihat no 1 nya iaitu Husam Musa - org kanan Anwar dalam PAS yg telah menerima imput agar menggagalkan usaha kerajaan perpaduan ini demi agenda kekuasaan gerakan Anwarisme yg didokong oleh team endorgan dalam PAS. Kerajaan Perpaduan pasti menggagalkan impian Awar nak jadi PM... walaupun team endorgan kalah teruk sewaktu muktamar pas lalu namun jelas perwakilan yg menolak team endorgan gagal melenyapkan pengaruh Anwar dalam PAS kerana telah beranak pinak dan bergayut didahan kepimpinan tertinggi PAS... nampaknya PAS tidak akan dapat menyelamatkan diri lagi dari ditelan Anwarisme...


Hinggakan sepuluh daripada 24 anggota Dewan Rakyat PAS membuat kenyataan di lobi Parlimen mengisytiharkan menolak kerajaan perpaduan (dirancang team endorgan). Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."Kenyataan bersama tersebut ditandatangani sepuluh anggota Dewan Rakyat berkenaan iaitu Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

DAP terang-terang menyatakan tidak suka dengan kenyataan-kenyataan dalam muktamar PAS lalu yg antaranya mahu PAS memimpin perubahan, pembentukan negara Islam dan yg paling ditentang penubuhan kerajaan perpaduan. Hinggakan pemimpin DAP tuduh Ulama PAS PEMBOHONG dan tak mencerminkan Islam langsung kerana sanggup menipu demi menyokong idea kerajaan perpaduan sebab Ustaz Hadi kata dah bincang dalam mesyuarat pemimpin Pakatan tapi Lim Kit Siang kata tak pernah idea kerajaan perpaduan ini dibincangkan. Sebenarnya DAP tak mahu melihat Melayu & Islam bersatu kerana bakal menggugat "master plan" cina menguasai Malaysia dan keran itu Cina benci Ummat melayu dan Islam bersatu. Rujuk disini


Akhirnya "DOSA KEGAGALAN MENYATUKAN UMMAT ISLAM ADALAH DOSA PAS" dosa ini ditanggung seluruh institusi PAS yg kononnya institusi ulama dan memperjuangkan Islam. Bagi PAS mempertahankan kerjasama dengan golongan KAFIR HARBI (DAP) dan golongan mujedar - org Islam yg mengkhianati Islam (PKR) lebih penting dari menyatukan ummat Islam... fatwa rujukan mana yg PAS ambil dalam buat keputusan ini kita pun tak tau...

Allah sudah menunjukkan wajah sebenar PAS... fikirkanlah sendiri... akhirnya manusia tetap manusia yg penuh dengan penipuan, kelemahan dan sifat mementingkan diri walau setinggi mana kononnya dirinya beragama.......


Kepada Allah Berserah...

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.