Friday, September 12, 2008

TERIMA HAKIKAT SEBAGAI KAUM PENDATANG/ IMIGRAN

Petikan dari kmKMU.net

Terima Hakikat Sebagai Kaum Pendatang
Posted on Monday, September 08 @ 08:59:33 MYT Topic:
editor

Penulis sering berhadapan dengan para wartawan akhbar berbahasa Cina yang tidak mempunyai kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Mereka juga tidak mahir berbahasa Inggeris. Sebab itu akhbar ini bukan sahaja selalu tersalah lapor tetapi juga salah tafsir pandangan pemimpin bukan Cina. Demikianlah makna negara Malaysia dan bahasa Malaysia kepada sebahagian besar kaum Cina.

Kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail bahawa orang Cina dan India harus menerima hakikat bahawa mereka merupakan kaum pendatang atau kaum imigran adalah fakta sejarah yang tidak boleh dipertikaikan. Ini bukan bermakna orang Melayu tidak mengiktiraf sumbangan mereka. Negara ini mengiktiraf semua sumbangan warganegaranya sama ada pribumi mahu pun kaum pendatang. Namun seperti kata Datuk Ahmad Ismail, kaum Cina dan India tidaklah boleh mengharapkan orang Melayu dan bumiputera lain mengenepikan hak-hak mereka seperti dalam Perlembagaan.

Apakah apabila Ahmad Ismail mendakwa kaum Cina dan India sebagai imigran maka ia menjadi satu isu perkauman tetapi apabila orang Cina mempertikaikan kedudukan orang Melayu dan agama Islam dianggap satu perbincangan yang wajar?

Tiada orang Melayu yang waras mahu menindas bukan Melayu dan bukan Islam. Namun ia bukan bermakna memberi lesen kepada pemimpin bukan Melayu dan beberapa kerat Melayu berstatus pengkhianat seperti Anwar Ibrahim mempersoalkan hak dan kedudukan orang Melayu.

Mengapa Gerakan dan MCA begitu lantang mengkritik kenyataan Ahmad Ismail tetapi langsung tidak memberi sebarang reaksi terhadapmemorandum palsu Hindraf?

Apakah tindakan Gerakan dan MCA memperjuangkan kelangsungan sekolah Cina bukan satu aktiviti perkauman? 51 tahun merdeka kaum Cina masih bercakap soal sekolah cina, bahasa Mandarin dan soal kecinaan. Lantas mereka mahu menyalahkan orang Melayu kerana turut mementingkan kepentingan agama dan bangsa?

Di negara mana pun dalam dunia ini termasuk di negara barat yang maju, panggilan kaum imigran atau pendatang tidak pernah dianggap sebagai bersifat perkauman. Apakah kaum cina yang berhijrah dan menjadi warganegara Australia, Kanada, Britain dan lain-lain negara tidak dikenali sebagai kaum Imigran?

Mudah sekali MCA dan Gerakan bercakap soal kesamarataan dan keadilan semua kaum sedangkan mereka sendiri tidak pernah adil kepada kaum asal Tanah Melayu ini.

Kaum Cina bercakap soal orang Melayu mendapat kelebihan sejak merdeka. Itu bermakna baru 51 tahun orang Melayu mendapat sedikit kelebihan. Itu pun dalam sesetengah bidang sahaja. Dalam banyak hal tiada pun kelebihan dan pilih kasih dilakukan.

Namun yang mereka lupa ialah mereka mendapat kelebihan dan pertolongan penjajah sejak beratus tahun lalu mengaut kekayaan negara ini. Dengan bantuan penjajah juga maka Yap Ah Loy dimahsyurkan sebagai pembuka Kuala Lumpur sedangkan sejak zaman berzaman Kuala Lumpur sudah wujud penempatan Melayu.

Apakah sedikit kelebihan ini selama 51 tahun sudah dianggap sebagai tidak adil? Orang Cina patut bersyukur kerana sifat Melayu yang pemaaf dan mudah menerima bangsa lain maka mereka tidak dianggap anjing penjajah dan pengkhianat kedaulatan tanah Melayu.

Ada generasi muda Cina yang menulis kononnya jika ini keadaan mereka (ditindas oleh hak istimewa Melayu) lebih baik tidak diberi kerakyatan sejak dahulu. Inilah jenis tidak sedar dek untung. Apakah nenek moyang mereka mahu kembali ke negara China yang penuh kesusahan dan kesengsaraan? Apakah mereka juga mahu kembali ke negara China hari ini? Jika mereka merasakan hanya sedikit kelebihan Melayu dan bumiputera lain ini merupakan satu penindasan, mereka boleh sahaja berhijrah ke negara lain atau memohon kewarganegaraan China kembali.

Hakikatnya imigran Cina di Malaysia lebih berjaya berbanding di negara lain. Lihat sahaja di negara ini, cina yang tidak tahu berbahasa Malaysia pun boleh kaya raya. Apakah mereka boleh menjadi kaya di Australia, Amerika atau Britain tanpa fasih bahasa rasmi negara tersebut?Mereka mahu bercakap soal keadilan apabila merebut kekayaan dan kemakmuran negara. tapi berapa ramai kaum Cina masuk Polis, askar, bomba dan pertahanan awam? Mereka merungut sebagai kerja yang kurang pendapatan tetapi kena bekerja keras. Mereka lebih rela menjadi penjual VCD cetak rompak, kongsi gelap dan penyamun kerana mahu kaya.

Kita menghormati dan menyayangi kaum Cina yang boleh bertolak ansur dan menerima kontrak sosial kemerdekaan negara. Namun bagi mereka yang tidak mahu menerimanya dan menganggap orang Melayu dan agama Islam tiada hak lagi seperti dalam perlembagaan Malaysia, mereka boleh memilih negara lain yang lebih adil dan saksama.

2 comments:

Anonymous said...

Bangsa Negro di Amerika boleh kata mereka ditindas kerana negara Amerika diperintah oleh orang putih.

Melayu pula boleh kata mereka ditindas? Oleh Cina? Memang gila! Cina hanya alat memesong kemarahan Melayu yang masih hidup mundur and miskin.
Siapakah yang memerintah Malaysia selepas merdaka 51 tahun lalu? Cina ke?
Melayu memang betul ditindas, tetapi bukan oleh Cina/India/Amerika dll.
Kaum lain memang tidak layak dan tidak berkuasa untuk buat demikian.
Yang berkuasa tu siapa?
Siapa yang tinggal di rumah berjuta-juta ringgit? Siapa yang menghantar anak mereka ke Amerika, England, Australia untuk belajar?
Siapa pergi melancung Europe tiap-tiap tahun?

Jangan lagi ditipu dan menyerang yang tidak berdosa.

Melayu Singapura lebih kaya dan berilmu dari Melayu Malaysia... sungguhpun Melayu tidak ada kuasa politik di SG, tetapi mereka ada kuasa berdikari.
Melayu Malaysia boleh kata gitu?

Anonymous said...

Selamat Hari Raya

to hippokrit

Rasanya saudara hanya bercakap bersandarkan logik akal sahaja dan tidak meneliti sedalamnya sudut sejarah negara dan perjuangan bangsa melayu...

Mungkin saudara juga bukan melayu... mana ada org melayu yg tak sokong perjuangan mengakkan dan membela nasib org melayu...

Kalau ada pun mungkin macam Anwar dan kuncu2nya yg sememangnya melayu yg dah kaya raya dan tak perlu pedulikan nasib melayu lain...

BENAR MELAYU TIDAK DITINDAS... sebaliknya melayu jauh ketinggalan. Sewaktu British memerintah tanah melayu hampir selama 250 tahun melayu disisih melalui dasar pecah dan perintah yg mana melayu difokus menjadi petani dan nelayan manakala kaum india dan cina mendapat tempat lebih baik dengan diberikan peluang berniaga dan mentadbir kerana british bimbang melayu akan celik dan mahu bebas dari mereka.

250 tahun lamanya hinggalah kita merdeka dan termaktublah kontrak sosial tunjang pembenukan negara dengan menjamin hak keistimewaan melayu dalam bidang tertentu supaya nasib melayu lebih terjamin ddan terbela...

hanya 52 tahun kerajaan baru membantu org melayu tanpa menyekat kaum lain. Cina dan india bebas berniaga dan mengkayakan diri tiada sekatan hanyalah kerajaan membantu lebih sedikit melayu supaya dari segi ekonomi, sosial pendidikan dan taraf hidup akhirnya nanti akan setara dgn kaum lain...

Siapa yg berdosa??? persoalan kenapa kaum lain mempersoalkan hak yg sudah terjamin oleh perlembagaan dan kontrak sosial??? kenapa perlu ditimbulkan perkara sensitif ini??? berapa org kaum india dan cina yg jatuh miskin sbb kerajaan tolong melayu... Jangan bermain api.

Sejarah membuktikan melayu tidak pernah sama sekali mengungkit perkara sensitif dan hak org lain sebaliknya kaum lain yg memulakan dulu... seperti ekjadian 13 mei 1969 dulu...

Kita tak bermusuh dengan cina atau india... sebaliknya kita mahu mereka menghormati kita bersama hak yg melayu ada & jgn sesekali persoalkan isu sensitif ini... itu sahaja

Betul ada segelintir melayu kaya tapi berapa peratus??? Melancong, Hantar anak belajar luar negara, tinggal dirumah berjuata-juta... berapa ramai org melayu??? mungkin bilangan org cina dan india yg bermewah sebegitu 100 kali lebih ramai jumlahnya dari org melayu tadi walhal bilangan melayu 64% jumlah penduduk negara kita.

Melayu singapura kaya? berilmu? betul saya akui... tapi cuba fikir apa guna KAYA & BERILMU atau mewah kalau kehidupan & tanahair dikuasai org lain dan segenap aspek kehidupan di acukan & dikuasai org lain tanpa kita boleh menentukan nasib dan acuan kita sendiri... walaupun asal usul singapura itu dulu milik melayu rasanya apa yg mereka dapat jelaskan kepada anak cucu mereka dimasa hadapan kenapa dulu sejarah singapura dibuka melayu tetapi sekarang diperintah cina? Melayu singapura juga amat tipis peluang masuk perkhidmatan awam atau tentera polis di singapura...

Fikirlah kalau melayu malaysia lakukan perkara yg sama kepada kaum lain seperti apa yg cina singapura buat pada kaum lain terutama melayu di singapura... apa akan jadi pada kaum-kaum lain di Malaysia???

Tetapi itulah kemurnian hati bangsa melayu... dan bangsa lain harus bersyukur dan berterima kasih bukan terus menghentam dan menuntut yg bukan bukan dari kaum melayu... kalau di negara lain yg cina jadi pendatang (zaman dahulu)memang tidak akan dapat kerakyatan tapi sebaliknya melayu rela bagi kepada kaum lain demi toleransi... nah kaum lain dah dapat hak mereka sekarang jangan persoalkan lagi hak keistimewaan kaum melayu...

Mudah kalau tak suka sila pulangkan kerakyatan dan berambus dari negara ini. Tiada siapa yg peduli...

Ya MELAYU MALAYSIA BOLEH KATA GITU

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.