Friday, September 12, 2008

MT UMNO : MELAYU TIDAK LAGI DI BELA "PENGGANTUNGAN DATO AHMAD ISMAIL"



Isu Ahmad Ismail: MT UMNO Berpecah
Contributed by Anonymous on Thursday, September 11 @ 04:06:47 MYT Topic: editor

"Terlerai sudah sokongan Melayu tradisional terhadap UMNO" demikian komen Datuk Seri Rais Yatim dalam Mesyuarat MT UMNO semalam ketika diputuskan pergantungan ke atas Datuk Ahmad Ismail. Menurut sumber mesyuarat MT kali ini luar biasa apabila Presiden terus mencadangkan agar Ahmad Ismail dikenakan tindakan pergantungan sebelum perbincangan di kalangan MT.

Difahamkan Ahli MT yang pertama sekali membantah cadangan ini ialah Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang menganggap UMNO perlu berbincang lebih lanjut termasuk merujuk kepada jawatankuasa disiplin terlebih dahulu.

Turut membantah cadangan Presiden ialah Rais Yatim, dan Datuk Seri Adnan Yaakob. Beberapa ahli MT lain yang kurang senang ialah Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien. Datuk Seri Utama Rais Yatim turut mengingatkan mesyuarat bahawa bukan satu kewajaran untuk Presiden mengutarakan hukuman atau keputusan sebelum membuka perbincangan terlebih dahulu.
Namun pandangan Pak Lah disokong kuat oleh Datuk Seri Khalid Nordin dan Datuk Seri Nazri Aziz. Mereka tidak mahu menunggu keputusan Jawatankuasa disiplin mahupun siasatan polis. Difahamkan komponen BN lain mengugut untuk keluar BN jika tiada tindakan segera diambil ke atas Ahmad Ismail.

Beberapa ahli MT turut mempersoalkan mengapa hanya Ahmad Ismail sahaja dikenakan tindakan. Mengapa akhbar cina yang turut memainkan isu perkauman ini tidak dikenakan sebarang tindakan. Bagaimanapun Pak Lah enggan berbuat apa-apa.

Sungguhpun majoriti bersetuju menggantung Ahmad Ismail, namun ia bukanlah keputusan sebulat suara. UMNO sanggup mengenepikan prosedur hanya untuk memuaskan hati pemimpin MCA dan Gerakan.

Menurut seorang ahli MKT yang dilantik, tiada sebarang pengundian dijalankan. Selepas perbincangan, Pak Lah membuat sidang akhbar mengumumkannya.

Layakkah Pak Lah terus menjadi Presiden UMNO?


Note: Kami tidak dapat mengesahkan kebenaran penuh artikel dihantar ini.

Harap maklum - editor

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.