Friday, September 12, 2008

SERAH KUASA AWAL : PM ABDULLAH BADAWI TERKEJUT

Ni Apa Hang Cerita Ni...

Dipetik dari artikel :Abdullah terkejut
Oleh HAMDEN RAMLI dan HELMI MOHD. FOAD

Nota : Terkejut atau pura-pura terkejut... atau satu lagi marah kerana ada yang berani mempersoal keputusan dia... Takkan Pak Lah tak tahu gelombang diperingkat bawahan memang nak dia berundur... jangan dengar sangat nasihat penasihat agung di kiri kanan pak lah kerana mereka menasihati dan menyampaikan maklumat demi kepentingan diri mereka...

Saya bagi satu cadangan agar PLah mengadakan pungutan suara atau kaji selidik tahap kepercayaan kepada kepimpinan beliau secara terbuka atau senyap-senyap oleh individu yg terlus dan jujur yg tak ada kepentingan dan buat ini demi bantu paklah dan negara... tengok berapa kerat rakyat masih sokong PLah... susah-susah bagi bujet pada saya dan biar saya buatkan... insyaAllah secara jujur dan teliti saya akan usahakan keputusannya.... selepas itu nilailah semua kedudukan Pak ALh sama ada mahu kekal atau menyegerakan untuk berundur...

Apapun saya yakin TS Muhyiddin tidak ada niat serong... cuma ia disensasikan oleh media masa. Tp buat PLah percayalah apa dikatakan TS Muhiddin itu adalah realiti masyarakat dan realiti yg perlu difikirkan secara mendalam oleh PLah dan Pengganti... sesuai atau tidak 2010 walhal kita perlu menangani byk cabaran...

Kemarahan dan luahan emosi kebanyakan kami adalah kerana kami masih sayang pada perjuangan UMNO ini... jangan biarkan kemarahan dan emosi ini bertukar kebapa kebencian dan pengkhianatan... bertindaklah dan betulkan segalanya selagi Allah SWT memberikan masa... sebelum keadaan terlewat sepenuhnya....

PUTRAJAYA 11 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terkejut dengan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui pada 2010.

Perdana Menteri menegaskan, tarikh peralihan itu bukan sahaja dipersetujui oleh Kabinet tetapi juga Majlis Tertinggi (MT) UMNO. “Saya terkejut kerana sebagai sebahagian daripada ahli Kabinet saya, dia (Muhyiddin) telah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan keputusan yang telah dipersetujui bersama sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di sini hari ini.Semalam, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama.Muhyiddin yang juga Naib Presiden UMNO mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah ‘tenggelam’ dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

Abdullah berkata, beliau tidak memilih untuk terus berkuasa sehingga tarikh yang dipersetujui itu untuk ‘bersuka-suka’. “Ada banyak kerja yang perlu dibereskan. Ada banyak masalah yang perlu diatasi dan ada banyak program yang telah saya nyatakan sebelum ini bahawa saya mesti menyiapkannya.

“Antaranya pembaharuan terhadap sistem kehakiman dan polis yang telah saya mulakan dua tahun lalu. Saya juga berjanji untuk membasmi kemiskinan tegar. Saya mahu berkerja bersungguh-sungguh (untuk menjayakan semua kerja itu),” katanya. Perdana Menteri menambah, beliau juga mempunyai banyak perkara untuk dilakukan terhadap UMNO.

“Ini semua telah menjadi tanggungjawab saya,” katanya. Ditanya sama ada Muhyiddin akan dipanggil bagi menjelaskan kenyataannya itu, Abdullah berkata: “Tidak ada keperluan untuk bertanya saya tentang apa yang akan saya lakukan.” Mengenai hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai semula UMNO, Abdullah berkata, perkara tersebut akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

“Ini berkaitan parti. Pandangan saya seorang masih belum memadai,” katanya.
Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak supaya menghentikan penyebaran khabar angin tentang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat parti.
Beliau turut kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang suka memperbesarkan khabar angin itu sehingga meningkatkan kredibiliti khabar angin berkenaan.“Biarlah khabar angin terus jadi khabar angin,” katanya

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.