Monday, September 15, 2008

ANWAR : DALANG KEKACAUAN NEGARA

Salam Perjuangan

Saya tidak jangka semua orang bersetuju dengan pendapat ini... bagi saya kekacauan dan ketidak tentuan negara dalah berpunca dari insan bernama Anwar yang terlalu obses ingin berkuasa hingga sanggup menggunakan apajua cara demi merealisasikan cita-citanya...


Mari saya jelaskan, tanpa Anwar... Isu perkauman takkan tegang seperti sekarang... atau BN alami ketewasan besar dalam PRU12... atau ketidak stabilan politik, kemerosotan ekonomi dan dasar kerajaan tidak lagi dapat memihak kepada pembangunan Melayu...

Bagi saya kesilapan KERAJAAN PAK LAH paling besar adalah dengan merestui pembebasan ANWAR IBRAHIM... itu bagi saya satu kesilapan terbesar... lihat selepas pembebasannya ANWAR mula mengatur gerak langkah dengan tersusun bermula dengan mendapatkan sokongan dan kepercayaan kuasa besar dunia... melaluinya dia mula menggoyahkan keyakinan dunia pada Malaysia dan kita mula menghadapi tekanan ekonomi... INILAH PUNCANYA!!!

Kemudian Anwar mengukuhkan PKR dengan cara menarik sokongan kaum bukan melayu terlebih dahulu dengan memainkan sentimen MALAYSIA FOR MALAYSIAN... secara tak langsung berjanji menghapuskan hak keistimewaan melayu dengan memperkenalkan konsep kesamarataan... berjaya menarik DAP untuk kerjasama. Selepas itu Melayu pula tertarik untuk bersama ANWAR setelah dia menjanjikan kuasa apabila memerintah dan memperteguh dan berjanji berkaitan ISLAM... walhal tak sama langsung janji dgn kaum bukan melayu tadi (biasalah politik kata Anwar) dan berjaya menarik PAS... lahirlah PAKATAN RAKYAT satu gabungan parti politik yang jelas menggugat BN... Anwar begitu berjaya mempengaruhi PAS walhal DAP pernah berkata langkah mayat saya dulu kalau mau tubuh negara Islam, entah apa yg dijanjikan oleh anwar dalam apkatan mereka.

Berkat provokasi ANWAR juga perhimpunan BERSIH diadakan bagi menonjolkan kerajaan BN tak demokratik dan perlu ditumbangkan... sedikit sebanyak ramai terpengaruh dan ANWAR beruntung kerana dilihat jaguh demokrasi dengan laporan positif dari luar negara... lantas menyebabkan tekanan ekonomi dan pelabur bimbang untuk ke Malaysia dan Malaysia terus dipandang negatif...

kemudian rentetan kejayaan PERHIMPUNAN BERSIH kaum india radikal pula buat demonstrasi HINDRAF kononya teraniaya dan 1001 laporan yg tidak benar dan penuh dengan penipuan... konon tertindas... atas provokasi siapa semua ini berlaku...ANWAR LAH... dia mengapi-apaikan perkara perkauman ini hinggakan kaum bukan melayu rasa macam teraniaya sangat oleh sebab hak keistimewaan melayu... Tanpa tindakan tegas dan kerajaan amat berlembut memberikan gambaran seolah-olah kerajaan membenarkan apayang dituntut oleh HINDARF... ini semua akhirnya telah meragut sokongan kaum bukan melayu pada kerajaan...

Sebelum PRU12 ANWAR terus meniupkan semangat MALAYSIA FOR MALAYSIAN (MACAM SLOGAN DAP) dengan berapi-rapi dan mengelirukan rakyat yang konsep ketuanan melayu tidak lagi relevan dan perlu digantikan dengan MALAYSIA BARU... dan dijanjikan kehidupan lebih baik ditambah pula isu ekonomi kenaikan harga mkinyak dan kos hidup... disamping ceramah yg tanpa segan silu berbaur isu perkauman yg mana seorang pemimpin melayu bercakap soal menghapuskan hak org Melayu dihadapan bukan melayu... seronok sangatlah kaum bukan melayu mendengar janji ANWAR.... lantas sokongan kaum bukan melayu kepada beliau menjadi maha hebat dan begitu besar dan ditambah sokongan kumpulan melayu yg buta asal usul dan pengetahuan sejarah, semangat kemerdekaan serta perjuangan bangsa melayu.... menjadikan sokongan pada PAKATAN RAKYAT bertambah dengan drastik sekali... lantas PRU 12 BN alami ketewasan paling teruk semenjak 51 tahun merdeka...

Kajilah statistik dan trend pengundian pada PRU12, undi kaum cina dan india telah berubah dalam volume yg besar kepada PAKATAN RAKYAT... hasil dakyah berbentuk perkauman dan janji-janji menyamaratakan MELAYU dan ISLAM dengan bangsa dan agama lain... yg kita semua tahu isu ini sememangnya akan dapat menarik sokongan kaum cina dan india.

Selepas PRU12... kita lihat pemimpin PAKATAN RAKYAT makin berani mempersoal hak keistimewaan bukan sahaja bercakap mulut tetapi dicerminkan dengan tindakan... diluar, di dada akhbar, TV malahan dalam PARLIMEN mereka berani persoalkan hak bangsa melayu... hinggakan kerajaan membenarkan individu yg jelas merupakan pemimpin HINDARF menjadi MP- yg mana mengambarkan seolah-olah kerajaan mengakui membenarkan apa yg HINDRAF tuntut... kerana tiada tindakan apa-apa diambil pada HINDAR seperti pengharaman etc...

DI NEGERI MEREKA KUASAI di perak dan selangor terutamanya banyak hak kaum melayu digadaikan dan diberikan pada kaum cina dan india... walhak MB adalah bangsa melayu... isu ladang babi, isu kampung baru, bagi tanah kpd sekolah cina, isu azan, papan tanda bertulisan jawi, tuntukan kuota biasiswa negeri kepada bukan melayu, duit peruntukan agama Islam diambil dan diagihkan kepada agama lain, isu kebenaran pembinaan kuil dan tokong... dan banyak lagi tanpa ada sebarang rasa bersalah dikalangan mereka yg mempersoal isu hak keistimewaan MELAYU ISLAM ini...

KENAPA MEREKA BERANI??? kerana ANWAR seorang pemimpin melayu secara terbuka mahu hapuskan hak keistimewaan ini... malahan di parlimen di depan mata saya sendiri MP PAS bangun dan mengherdik MP UMNO kerana kononnya bersikap perkauman apa bila bangun mempersoalkan hujah MP DAP & HINDRAF yg mempersoalkan hak keistimewaan bangsa melayu... mereka berani kerana ada pemimpin MELAYU ISLAM yg mementingkan dan mendahulukan kekuasaan dari kepentingan MELAYU ISLAM serta kemaruk mahu kuasa...

KERAJAAN LUAR PULA makin menekan MalaySia dengan isu hak asasi manusia, isu ekonomi dan lain-lain menyebabkan terus menerus kerajaan diasak dalam perbagai sudut hingga hilang fokus... termasuk campurtangan Amerika dan NGO antarabangsa... cuba lihat siapa yg memainkan isu hingga berlaku campur tangan ini... siapa lagi ANWAR... cth isu dia lari ke kedutaan TURKI dan isu LIWAT... AMERIKA terang terang cuba mencampuri urusan negara kita...

PELBAGAI ISU dimanipulasikan hingga rakyat makin hilang kepercayaan pada kerajaan seperti isu LIWAT, NAJIB-ALTANTUNYA, KERAJAAN RASUAH, SKANDAL SEK, KORUPSI KERAJAAN, KEGAGALAN KERAJAAN TANGANI EKONOMI, PROJEK KRONI, KEBAJIKAN RAKYAT dan lain-lain benar-benar mempengaruhi rakyat...

Selepas PRU12 juga ANWAR telah berjaya menimbulkan krisis kepimpinan dalam UMNO dan parti-parti komponen hingga perikatan dalam BN juga terancam... dengan pelbagai isu yg dimainkan ANWAR kononnya ada ahli PARLIMEN yg akan melompat, kerajaan akan tumbang 16 september, MP Sabah & Sarawak akan lompat, 38 MP akan tinggalkan BN... hingga wujud krisis kepercayaan dikalangan pemimpin sendiri hinggakan rakyat juga terpengaruh dengan dakwah ANWAR ini...

HINGGAKAN... isu perkauman turut terus dimainkan hingga semakin tegang akibat semakin beraninya mereka mempersoalkan hak keistimewaan org melayu... lihat pada akhbar-akhbar cina dan india ada sahaja isu perkauman timbul kononya ada org cina dan india susah serta teraniaya... kerajaan lambat bertindak... dan lain-lain isu yg merendah-rendahkan kerajaan dan mereka lantas mensensasikan isu apabila kononnya isu perkauman cina ditimbulkan cth isu Dato' Ahmad Said... tapi bagaimana pula isu hak keistimewaan melayu yg mereka mainkan selama ini... mereka terus berani kerana disokong pemimpin melayu lain dan anggapan kerajaan tidak akan bertindak kerana kerajaan terus membatu atas tindakan berbentuk perkauman yg mereka lakukan sebelum ini...

APABILA KEADAAN MAKIN PARAH lantas Panglima ATM mula bersuara dan seruan ini disambut dengan pelbagai reaksi dan yg paling terkejut pastinya kerajaan. Seperti batu besar jatuh atas kepala barulah kerajaan tersedar seperti PLah terjaga dari tidur dalam PERGONG terus mengambil langkah-langkah perlu dan drastik seperti menguatkuasakan undang-undang dan tindakan ISA... kini dijangkakan walau ada suara-suara sumbang atas tindakan itu, ketegasan kerajaan pasti meredakan keadaan dari isu perkauman terus dimainkan... bakal menyelamatkan Malaysia dari terus terhumban ke jalan kehancuran...

LIHATLAH SEMUA... SIAPA DALANG SEBENAR DISEBALIK KETIDAK TENTUAN, KERISAUAN, KETIDAKSTABILAN POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL... LIHATLAH DALANG SEBENAR YANG MENYEBABKAN KEKACAUAN INI DAN KESUSAHAN KITA SEMUA... SIAPA LAGI KALAU TAK SI MANIPULATOR, PEMFITNAH, PENIPU DAN PERANCANG LICIK SI ANWAR BRAHIM...

Belum terlembat kalau kerajaan mahu memperbetulkan kesilapan maha besar ini kerana membebaskan individu licik seperti ini yg hanya mementingkan kekuasaan dan sanggup menghalalkan apa jua cara tidak kira haram atau halal, walau mengorbankan Melayu dan Islam... demi impiannya yg satu berkuasa memerintah Malaysia.

Sedarlah... Malaysia bakal berada dibawah telunjuk barat seperti apa yg telah dijanjikan beliau atas segala bantuan yang telah diterimanya bagi mendapatkan kekuasaan itu... apa akan jadi pada anak cucu kita nanti??? bertambah amankah negara kita??? masih tertegakkah syiar Islam dibumi bertuah ini??? fikir-fikir dan renunglah masa hadapan sebaiknya... kerana saya pasti jika kita tersilap membuat pilihan pastinya jalan kembali selepas pilihan itu dilakukan amat sukar dan perit sekali... jangan kerana kesilapan kita memilih hari ini... anak cucu dan generasi kita yang mendatang akan sengsara... Fikirlah dengan waras dan tenang tanpa ada emosi membelenggu diri bersama bukti yg benar-benar utuh dan dipercayaan... insyaAllah kebenaran itu akan terserlah...

Renung-renungkan dan selamat berjuang....

3 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

syaitan bulan puasa nie kena tambat. tapi kenapa terlepas kat seekor yahudi nie. PM-Pakar menipu. ramai juga percaya dan kena tipu. baik dok rumah sembahyang terawih daripda dengar benda menipu. PAS pun tak layan dah dengan Barua Anwar Bin Ibrahim -BABI.

itu semua propaganda. jom ke website abe MIE macamana anwar boleh jadikan media sebagai propaganda.

Anonymous said...

Selamat raya,

terima kasih kerana beri komen dalam blogs ini... harap kita dapat terus berjuang demi menyelamatkan agama bangsa dan negara kita dari Anwar Al Leiwa'te ini.

Anonymous said...

saya anak jati perak...
salam perjuangan...Alhamdulillah rupanya masih ada org yang sependapat dgn sya..mmg segala2nya terjadi bermula dan berpunca dari pembebasan Anwar..jika tidak segala2nya tkkn berlaku seperti sekarang..sangat menyedihkan... tanah tumpah negeri kelahiran sendiri menjadi porak peranda dek kerana manusia yang tidak pernah mengenang budi..Salam perjuangan untuk saudara.. mudah2an terus memperjuangkan hak bangsa melayu kita..

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.