Tuesday, February 14, 2012

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu SEGERA menangkap dan menahan Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menangkap dan menahan Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berhubung pengakuan bahawa beliau menguruskan, memberi dan melakukan RASUAH. Pengakuan Abdul kadir seharusnya disambut SPRM dengan segera kerana pengakuan beliau boleh dijadikan bukti dalam pendakwaan seterusnya memudahkan urusan menjatuhkan hukuman di Mahkamah kelak...

SEMOGA SPRM PEKA DAN SEGERA MENDAKWA ABDUL KADIR

Sebuah portal melaporkan Abdul Kadir mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai “bom”.

Beliau dilaporkan berkata demikian pada satu forum dan turut menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya untuk mendapat undi.


Walaupun mendakwa tidak pernah menggunakan wang tersebut, beliau yang pernah menjadi ketua dalam banyak kempen mendakwa diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan. Menurut beliau wang yang digunakan untuk membeli undi atau lebih popular dengan istilah ‘bom’ itu secara terang-terangan bertujuan untuk membeli undi bagi memastikan kemenangan calon BN.

LINK

1 comment:

Anonymous said...

aku sokong bukan senang nak dapat org mengaku terus ni...

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.