Tuesday, February 14, 2012

NIK AZIZ MAHU ANWAR SAMAN WSJ ATAU TARIK KENYATAAN SOKONG ISRAEL ATAU BUAT BODOH!

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.

NONEBeliau berkata, gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel.   
“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi
membersihkan nama beliau,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Anwar yang juga adalah Ketua Pembangkang, sebelum ini dilapor menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemu ramah akhbar WSJ.

Isreal attack Hamas controlled Gaza Strip in Palestine“Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram.

Sementara itu, Bernama melaporkan Nik Aziz selepas menghadiri jamuan malam Anggota Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia malam semalam berkata sepucuk surat yang meminta Anwar menarik balik kenyataan tersebut dan ditandatangani beliau, telah dihantar kepada Ketua Umum PKR itu.



ULASAN


selepas berita malam tadi keluar Nik Aziz dan Majlis Ulama PAS mahu anwar tarik balik kenyataan atau saman WSJ ada manusia menjerit marah dan menghentak meja... 

marah betul... BODOH punya orang tua... habis lah mana nak cari dana pilihanraya umum 13... kita perlu sangat dana dari luar untuk lawan UBN katanya... Anwar dah set baik "punya" kena sabotaj dek kebodohan depa ni... 

ni pun baru hubungan nak baik sbb baru hentam YAHUDI kes APCO dulu... tak fikir langsung... prinsip konon... abis PRU 13 nak lawan UBN guna apa???


ko rasa... sapa yang marah tu???? he he he








 











husam-musa

3 comments:

Anonymous said...

adakah redho zionis dipermainkan oleh anwar nie??? dasar lidah bercabang!!!!

pasti anwar akan kata...ahhh tu statement peribadi nik ajis!!....:nak pujuk diri yg tengah goyang dan mengelak buat apa yg didesak tu!!...huhuhu

klu betollah apa pimpinan PAS buat resolution desak anwar tu...disebalikknya PAS masih bebal
tentang mainan politik anwar yg sebenar rupaanya!!!

Anonymous said...

NIK AZIZ TIDAK SEPATUTNYA KELUARKAN KENYATAAN SEPERTI MENGUGUT. SEBAGAI RAKAN DALAM PAKATAN RAKYAT BELIAU SEHARUSNYA MENYOKONG SEPENUHNYA KERANA MATLAMAT UTAMA PAKATAN IALAH MENAWAN PUTRAJAYA DAHULU. SOKONGAN PAS AMAT DIPERLUKAN.HIDUP PAKATAN.

Anonymous said...

bodoh gila... benda salah kena tegur lah... takkan nak biar... ke memang prinsip Pakatan cara apa jua dihalalkan demi matlamat... mampus pakatan

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.