Ni wayang dan spin SPRM... 26 mac sampai 17 April... tak panggil-panggil pun Lim Guan Eng???
Selepas desakan pelbagai pihak, SPRM membuat janji kononnya mereka akan bersemuka dengan Lim Guan Eng.
Dua minggu berlalu dan memang benar SPRM bersua dengan Lim Guan Eng. Bagaimanapun, pertemuan mereka bukannya di bilik soal siasat, sebaliknya di atas pentas untuk menandatangani ikrar integriti korporat.
Persoalannya, sejak bila Kerajaan DAP Pulau Pinang mempunyai intergriti? Dalam isu tanah Taman Manggis dan pemilikan hartanah di No.25, Jalan Pinhorn oleh Lim Guan Eng, sudah cukup untuk memberikan tekanan kepada SPRM, bagaimana pula sekarang ini, SPRM boleh dilihat bersama-sama dalam satu pentas dan SPRM langsung tidak mengesyaki apa-apa?
Tidakkah tindakan SPRM kali ini akan menimbulkan persepsi negatif di
kalangan rakyat awam terutama mereka yang mengikuti perkembangan semasa,
lebih-lebih lagi ketika SPRM dilihat 'bergelut' untuk membalas dendam
ke atas PDRM selepas peristiwa salah seorang pegawainya ditangkap kerana
makan rasuah?
Dan kini rakyat kembali mempersoalkan, bolehkah SPRM membuat siasatan
yang lebih adil dan tidak bersikap berat sebelah dalam isu tanah Taman
Manggis dan banglo tidak berkolam renang milik Lim Guan Eng yang dibeli
dengan harga murah?
SUMBER ASAL
No comments:
Post a Comment