Kita tahu... Barua-barua di kiri kanan Muhyiddin sekarang ini lah yang meracun hubungan baik TPM dan PM dan dipercayai individu dan group yang sama mencetuskan gerakan serius menggulingkan PAK LAH dahulu...
Apa mereka tak serik lagi... bodoh dan tak faham lagi kah? yang penting bersatu dalam satu jemaah... wahdatul fik dan wahdatul hadaf... bukan ambil kesempatan tikam menikam dan bunuh membunuh... yang membawa rebah tumbang UMNO itu sendiri...
Kenapa pemimpin yang kononnya hebat rela dan mahu jadi BERUK dengan menari mengikut gendang PEMBANGKANG... setuju jadi LEMBU dicuc hidung ikut sahaja kemana arah PEMBANGKANG melemparkan isu dan fitnah... dikatakan bodoh, lembab dan pemalas... marah hentak meja semasa mesyuarat MT...
APA BARUA MUHYIDDIN RANCANG NI?
Sejak semalam, di laman sosial dan 'group' Whatsapp, sudah mula
dihebahkan mengenai kepulangan Timbalan Perdana Menteri, DS Muhyiddin
Yassin dari luar negara itu dan diminta mereka yang berkelapangan
beramai-ramai menyambutnya. Bagi yang kreatif pula, pelbagai poster dan
'placard' turut direka dengan tujuan memancing keinginan lebih ramai
untuk bersama-sama melapangkan masa menyambut kepulangan pemimpin yang
dianggap mampu menyelamatkan masa depan UMNO dan BN itu.
Mengikut laporan, TS Muhyiddin akan tiba kira-kira jam 9.00 malam, 2 Jun
2015 dan acara menyambut kepulangannya akan diadakan di Bilik Anggerik,
Balai Berlepas, KLIA. Mereka yang ingin menyambutnya diminta berada
seawal jam 7.30 malam. Sementara itu, Ketua Penerangan di pejabat
Timbalan Perdana Menteri, Tosrin Jarvanti juga giat menghantar kiriman
SMS kepada rakan, kenalan dan penyokong Muhyiddin agar dapat hadir
beramai-ramai ke majlis itu.
Hakikatnya yang perlu diketahui adalah jika tidak ada sesuatu yang
penting, mustahil sambutan untuk TS Muhyiddin ini dihebahkan secara
meluas kerana beliau sejak dulu dikenali sebagai seorang yang tidak suka
disambut sama ada ketika pergi atau pulang dari luar negara.
Apakah TS Muhyiddin bakal membuat pengumuman penting di KLIA petang ini?
Adakah petang ini akan tercetus babak baru dalam pergolakan UMNO,
khasnya hubungan antara TS Muhyiddin dengan DS Najib? Berapa ramaikah
pula Menteri, Timbalan Menteri dan pemimpin UMNO yang berani hadir
menyambut Muhyiddin petang ini nanti?
Persoalannya sekarang, adakah Menteri-Menteri Kabinet ketika bersama
Perdana Menteri mereka menyatakan sokongan penuh dan berdiam diri dan
tiba-tiba petang ini bakal membuat pusingan U?
Adakah ada mana-mana
Menteri yang tidak meletak jawatan apabila diberi peluang oleh Perdana
Menteri dan kemudian menikam Perdana Menteri dari belakang bila
berpeluang? Bukankah ini menunjukkan pemimpin tersebut tiada kredibiliti
dan tidak layak menjadi pemimpin UMNO?
2 comments:
Apa masalahnya nak sambut Tan Sri Muhyiddin Yassin di Airport pun boleh jadi isu ke?
Sudah gila para juak-juak Najib ni, orang ramai dijemput hadir untuk sambut kepulangan Tan Sri Muhyiddin Yassin pun boleh menyebabkan para juak-juak Najib termasuklah Najib sendiri menjadi gabra, gelabah tak tentu hala.
Mereka sekarang ini tengah fobia, fobia disebabkan perangai buruk mereka sendiri.
mabuk kaa oiiii. ....brapa gelen kencing rosjib ko dah telan aaaaa. ....
Post a Comment