Monday, June 1, 2015

ADA LEMBU 1MDB DALAM KABINET TIKAM BELAKANG TAPI TAK BERANI LETAK JAWATAN BILA DIMINTA TERBUKA DS NAJIB

Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletakkan jawatan.

Kata dua Perdana Menteri itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu tetapi difahamkan, tiada seorang pun anggota Kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib ketika diberi peluang berbuat demikian.

Menurut sumber Kabinet, Perdana Menteri menyatakan pendirian tegasnya itu sebaik sahaja Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

2 comments:

Anonymous said...

Apa punya captain daaaaa... Dia yang timbulkan masalah, disuruhnya anak-anak kapal terjun laut....

Anonymous said...

Sokong bersyarat. Jika ternyata bersih berdasarkan laporan PAC, terus sokong, jika tidak bagaimana nak sokong. Bolehkah sokong membabi buta? Amar makruf nahi munkar bukankah seharusnya begitu? Undipun seharusnya begitu juga bukan membabi buta.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.