Pada hari ini bertempat di restoran antan batura di seksyen 14 shah alam, diadakan sidang media berkenaan sokongan akar umbi pkr yang cukup setuju hukum hudud dibentangkan di kelantan baru-baru ini.
Mereka selaku ahli akar umbi, sebagai orang Islam memang bersetuju hukum hudud ini, parti pkr baru-baru ini mengumumkan tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang dibawa oleh pas dan akan dibentangkan di parlimen.
Melihat situasi yang ini, akar umbi tidak bersetuju dengan cara pkr pusat yang terburu-buru membuat keputusan sedangkan dikalangan ahli pkr yang beragama Islam memang menyokong penuh undang-undang hudud ini, jadi mengapa perlu risau dengan undang-undang Allah, mengapa perlu takutkan serta mengikut suruhan orang bukan Islam untuk menolak hudud.
Mereka juga menyeru agar kepimpinan KEADILAN tidak membuat keputusan berlandaskan politik dan desakan dap supaya menolak hudud, peranan dap juga dipertikaikan kerana terlalu angkuh untuk mengkritik undang-undang hudud ini sedangkan orang bukan Islam tiada hak untuk mempertikaikannya.
1 comment:
Kalau ikhlas...masuk Pas caw Shah Alam dan pecat si Khalid samad yg terang terang bersengkokol dgn Pasma yg menolak perlaksanaan hudud..atau apakah tu strategi masuk Pas Caw Shah Alam untuk bagi kekuatan si Khalid Samad untuk bersuara lebih lancang menggulingkan Hj Hadi dan menggagalkan perlaksanaan hudud?
Kita peratikan..gelagat gurkha gurkha politik ini... PKR memang fullof muslihat dan perosak..kedamaian sesuatu..
Post a Comment