Wednesday, November 12, 2014

PLAT NOMBOR KENDERAAN PENYEBAB KEMALANGAN OLEH ITU OPERASI NO PLAT BOLEH KURANGKAN KEMATIAN



Sungguh amat tidak bertanggungjawab kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (PiTiDo - PTD) ketika ditemubual oleh Astro Awani. "Kita nak orang Malaysia mati 5,358 orang menjelang tahun 2020", kata Ketua Pengarah JPJ Malaysia. Ramai yang cakap kenyataan dia diputar belit, tapi kenyataan inilah yang keluar di Astro Awani.
 
Kenyataan media yang dibuat oleh beliau langsung tidak professional. Angka kematian boleh dibuat main-main. Lebih sadis lagi angka kematian menjadi Key Performance Indicator (KPI) buat jabatan berkenaan. 


Sebelum daripada itu, Ketua Pengarah JPJ sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila beliau menyatakan di dalam sidang akhbar bahawa sebanyak 6,915 kematian pada tahun lalu sahaja disebabkan kesalahan gagal mematuhi spesifikasi ukuran dan paparan plat nombor pendaftaran kenderaan. Nombor plat pendaftaran kenderaan punca kemalangan maut? Macam mana tu? 

Banyak faktor utama yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya terutama kemalangan maut yang perlu dititik beratkan. Antaranya keadaan kenderaan yang tidak seslamat dan pemanduan laju. Bukan kesalahan nombor plat pendaftaran. Kenyataan Ketua Pengarah JPJ merupakan satu alasan yang kurang cerdik bagi individu yang berpelajaran tinggi dan berjawatan besar.

Cuba lihat kereta milik Ketua Pengarah JPJ seperti di atas. Cermin kereta beliau diletakkan cermin hitam (tinted) seperti disembur cat hitam. Sah-sah tidak menepati peraturan JPJ itu sendiri. Cuba lihat pula nombor plat pendaftaran kenderaan. Kita tidak perlu mengukur untuk mempastikan plat pendaftaran kenderaan itu tidak mengikut piawaian dan spesifikasi ukuran JPJ. Inikah contoh kepimpinan melalui teladan?

KREDIT : http://khairulryezal.blogspot.com/2014/11/kpi-ketua-pegarah-jpj-berapa-ramai.html

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.