Monday, November 10, 2014

HAKIM MAHKAMAH RAYUAN SUKA PONDAN BERBANDING MENEGAKKAN HUKUM ALLAH


Mungkin selepas ini BAPOK, PONDAN dan MAK NYAH boleh buat program terbuka untuk promosi gaya hidup mereka agar LEBIH ramai lagi boleh join kumpulan ini. Mungkin juga boleh cadangkan agar HAKIM dilantik dari golongan BAPOK, PONDAN dan MAK NYAH agar terjamin HAK kepala bapak mereka.


Tahniah kepada Hakim Datuk Mohd. Hishamuddin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan mungkin ANAK, CUCU, CICIT atau saudara mara korang yang akan menjadi ahli pertama join KELAB BAPOK, PONDAN dan MAK NYAH... ini... Nama 2 hakim tu macam orang ISLAM... menganut islam liberal dan pluralisme kot sedara dengan ANUwar BERAHi... tu buta hati dan akal...

Penghakiman guna logik akal sahaja confirm tersesat bila tidak merujuk nas dan dalil hukum ALLAH SWT... 

Tahniah lah kepada Hakim Datuk Mohd. Hishamuddin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan pertama kali dalam sejarah mahkamah sivil campur tangan bab mahkamah syariah... Bila berlagak konon pandai sangat ini lah jadinya... baik lantik lembu sebab nampak lebih bijak dan ber otak...




PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan penting semalam mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi perlembagaan ke­rana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.


“Undang-undang sedia ada menghukum golongan transeksual yang mempamerkan gender mereka, mencemarkan maruah dan nilai individu yang meng­hidap GID dalam masyarakat kita. Seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak mereka untuk hidup secara bermaruah seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sekiranya nilai mereka sebagai anggota masyarakat diketepikan,” katanya

kenyataan Mufti PERAK

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan perlembagaan sebagai tindakan mencabar hukum Allah SWT.

Beliau berkata, lelaki berpakai­an seperti perempuan atau sebaliknya adalah salah satu perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam justeru perlu disekat.

“Hadis Nabi SAW mengatakan lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki dilaknat oleh Allah SWT.

“Tindakan Mahkamah Rayuan itu boleh diibaratkan sebagai menghalalkan perkara yang haram dan akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan peruntukan enak­men agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh Hakim Datuk Mohd. Hishamuddin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan.

Tegas Harussani, perkara tersebut merupakan kehendak dan hukum agama Islam bukannya adat untuk mana-mana pihak sesuka hati membuat keputusan sama ada halal atau haram.

“Saya amat sedih, undang-undang diwujudkan bagi menjaga akhlak orang Islam untuk tidak melanggar hukum syarak yang ditetapkan agama malangnya sekarang seperti dihalalkan.

“Dengan keputusan yang dibuat, masyarakat khususnya orang Islam akan bebas melakukan dosa dan melanggar syarak Islam tanpa rasa takut. Jangan kita mengundang bala,” katanya.

Harussani turut menasihatkan orang ramai untuk memahami ilmu agama dengan lebih mendalam supaya setiap perbuatan tidak akan bercanggah de­ngan fahaman agama Islam.

“Saya harap orang ramai faham kehendak agama, belajar dan kenal Allah SWT serta hukum-hukumnya.

“Memang kita digalak menjadi liberal, tetapi liberal dalam soal pembangunan, jangan sampai kita mencabar tuhan dan mengubah hukum-Nya,” ujar beliau.

Sementara itu di Tanah Merah, Kelantan, Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata, apabila ada individu mencabar undang-undang syariah dan berjaya mengetepikan keputusannya, tidak mustahil pesalah bagi kes seumpama itu di negeri lain akan turut melakukan perkara sama.

Sehubungan itu tegas beliau, sebelum membuat keputusan bagi kes tersebut, mana-mana pihak sepatutnya merujuk dan mendapatkan panda­ngan Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu bagi memastikan hukum Allah SWT dan kesucian agama Islam tidak diperlekehkan oleh sesiapa pun.

“Saya rasa pihak yang hendak membatalkan (Perkara 66 Enakmen Jenayah Syariah Undang-Undang Negeri Sembilan) perlu mendapatkan pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan sebab perkara berkaitan hukum Islam ini tidak boleh guna akal sangat, kena rujuk,” katanya.


KENYATAAN PEMBELA




Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan
Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa Islam adalah Agama Negara. Justeru itu, setiap aspek kewujudan apa sahaja perkara di dalam negara ini, haruslah berada di dalam kerangka yang tidak terkeluar dari kerangka Islam untuk negara ini.

Apa sahaja perkara, perlakuan  atau perbuatan yang boleh mencemarkan imej serta status negara ini sebagai sebuah negara yang Islam haruslah dilarang serta disekat sebagai menghormati prinsip Keluhuran Perlembagaan.

Kompromi  sumpah Yang Di-Pertuan Agong Dalam Artikel 37 (1)
Kepala Pemerintah Utama Negara ialah Yang Di-Pertuan Agong. Setiap Raja atau Sultan yang dilantik sebagai Kepala Pemerintah Utama negara diwajibkan bersumpah dengan sumpah berikut :
Wallahi: Wabillahi: Watallahi:
maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.
Yang Di-Pertuan Agong telah diwajibkan oleh Perlembagaan ini untuk bersumpah bahawa baginda perlu memelihara Agama Islam pada setiap masa. Apa sahaja tindak tanduk mana-mana majlis eksekutif atau legislatif yang membuatkan kedudukan Islam dipandang hina, dirosakkan serta diancam, maka perbuatan tersebut dilihat dengan sengaja mahu mencetuskan masalah dengan membuat kompromi kepada sumpah YDP Agong.

Hak Asasi Beragama Mestilah Tidak Bercanggah Dengan Prinsip Moral
Artikel 11 (5) menyatakan dengan jelas bahawa hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan adalah tidak termasuk kebebasan untuk melanggar prinsip-prinsip moral. Artikel 11 (5) seperti di bawah :

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Artikel 121 1(A)

Artikel 121 1(A) hanya menyekat Mahkamah Tinggi sivil dan Mahkamah yang lebih rendah daripadanya daripada mencampuri urusan keadilan di dalam Mahkamah Syariah. 

Kes Lelaki Transgender
Kelmarin  Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan.

Pihak PEMBELA ingin merakamkan perasaan dukacita berikutan perkembangan ini dan sekaligus ingin mendesak Kerajaan Negeri Sembilan serta Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk bertindak segera memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin yang membenarkan rayuan tiga orang lelaki Islam transgender untuk bebas berpakaian seperti wanita.

Jika ini tidak dilakukan dalam tempoh segera, keputusan ini akan menjadi satu precedent (keputusan yang mengikat) terhadap mana-mana kes serupa yang mungkin timbul pada masa akan datang.

Malah pihak PEMBELA juga ingin mendesak ahli-ahli Parlimen Islam untuk kembali melihat kepada keperluan memperkasakan Artikel 121 1 (A) dengan memasukkan semua peringkat sistem Mahkamah di dalam perundangan sivil supaya tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.

Sistem Kehakiman Syariah Bakal Pupus Jika Tiada Tindakan Segera Diambil
Pihak kami gusar bahawa trend menggunakan Mahkamah Rayuan untuk mencabar setiap aspek perundangan syariah akan dilakukan sehingga sistem Kehakiman Syariah itu akan terhapus dengan sendirinya melalui semakan demi semakan kehakiman yang dilakukan.

Pihak kami kesal kerana hal ehwal mengenai pentadbiran serta sistem kehakiman Islam dalam perundangan Islam kini sudah mula ditentukan oleh pihak-pihak yang bukan Islam, tidak memahami Islam, malah tidak mempunyai kelayakan yang sepatutnya untuk memahami serta membuat keputusan dalam perundangan Islam.

Pihak kami ingin merafak sembah memohon kepada Yang Di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja untuk mempertimbangkan campurtangan di dalam hal ini supaya sumpah perjawatan YDP Agong untuk memelihara Agama Islam pada setiap masa tidak terkompromi.

Pihak Kerajaan Negeri Sembilan harus segera mengambil tindakan memfailkan rayuan tanpa bertangguh lagi.







1 comment:

Anonymous said...

Woo...Woo...Woo. hati2 menulis bro. jangan sampai menghina mahkamah. bukan aku setuju dengan keputusan hakim mahkamah rayuan tu, 0.1% pun aku tak setuju. logiknya semakan mestilah merujuk kepada artikel 3(1), artikel 37(1) (sumpah KDYDPA), artikel 11(5), dan artikel 21 1(A). kerana kekhilafan itu, serta kecuaian MAINS, rayuan mesti difailkan segera mengikut masa yang ditetapkan. sesungguhnya kecuaian MAINS tidak membantah rayuan difailkan di mahkamah sivil telah memberi implikasi buruk kepada undang2 syarak yang menjadi teras sebuah negara Islam. jalan masih ada, maka jangan bertangguh dan berseronok dengan polimik.

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.