Tuesday, November 18, 2014

NAK BN UMNO MENANG SILA IKUT CONTOH TAULADAN MACAM MANA MENJAGA KAWASAN DARI AHLI PARLIMEN BALING NI

Melihat gambar ini teringat  kisah syaidina Umar r.a yang sayang dan begitu prihatin terhadap rakyat dan membela rakyat dengan sedaya upaya beliau... alangkah bahagianya jika pemimpin sekarang memiliki kualiti seperti di zaman sahabat dahulu... benar-benar ikhlas memimpin... berbeza dengan sekarang nak jadi pemimpin sebab ada udang di sebalik mee... dapat habuan pangkat dan harta serta mahu dipandang tinggi... bila berjaya menjadi pemimpin rakyat disisihkan... syok kejar projek dari kejar rakyat susah...


BACA KISAH

Khadimnya , iaitu si Aslam r.a berkata : "Suatu hari aku pernah bersama Umar r.a pergi menuju kota Hirah (sebuah nama kota dekat Madinah) . Kemudian kelihatan nyalakan api di atas gunung dan Umar r.a berkata:" Mungkin ada sebuah kafilah yang bermalam , kerana mereka tidak sampai ke kota. Mereka terpaksa menunggu di luar kota. Mari kita lihat khabar baik mereka. Bagaimana penjagaan mereka malam tadi" .
Setelah sampai di tempat itu, kelihatanlah Umar ra seorang wanita dengan beberapa anak kecil disekelilingnya sedang menangis meronta-ronta . Sementara wanita itu sedang merebus air di dalam bekas di atas tungku yang menyala .

Umar ra memberi salam kepada perempuan itu dan meminta izin untuk didekatinya . Dia bertanya : "Mengapa anak-anak kamu menangis?" Jawab wanita itu, "Mereka menangis kerana tidak dapat menahan lapar ." Kemudian Umar ra bertanya lagi :" Apakah yang sedang dimasak di dalam kuali itu?" Wanita itu menjawab : "Kuali itu dipenuhi dengan air , semata-mata untuk mengaburi mereka senang hati mereka kerana menyangka bahawa ibu mereka sedang memasak makanan . Sehingga mereka tertidur . Semoga Allah mengambil keputusan atas Amirul Mukmimin . Ketakwaan Umar ra yang tidak tahu dengan kesusahanku ini."

Umar ra pun menangis . Dia tersedu seraya berkata : "Semoga Allah merahmatimu, tapi bagaiman mungkin Umar ra boleh mengetahui keadaanmu?" Wanita itu menjawab , "Seharusnya dia memerhatikan keadaan kami."

Aslam ra meneruskan ceritanya, "Kemudian Umar ra mengajakku kembali ke Madinah . Dia mengeluarkan sekarung gandum, kurma, minyak, dan beberapa helai pakaian dan beberapa dirham wang dari Baitul Mal . Setelah itu dia berkata kepadaku; " Letakkan karung ini di bahuku wahai Aslam . Aku menjawab;"Biarlah saya yang membawanya Amirul Mukmin." Umar ra berkata :" Tidak , letakkan saja di atas bahuku " Aslam kemudian menawarkan bantuan untuk membantu Umar ra .

Umar berkata:" Apakah engkau akan memikul dosa-dosaku nanti pada hari kiamat? Tidak , aku sendiri yang akan dipertanggungjawabkannya. "

Aslam tetap bersama Umar ra . Sesampai di sana, terus dia masukkan tepung , sedikit minyak, ditambah kurma ,lalu diaduk dan dia sendiri yang menyalakan tungunya . Kemudian dengan tangannya yang penuh berkah dia menghidangkan makanan itu bagi keluarga yang malang itu . Umar ra sangat senang dan ketawa melihat mereka makan dengan riangnya . Setelah selesai makan , maka anak-anak itu bermain-main. Ibunya nampak sangat bahagia . Dia berkata:" Semoga Allah memberimu balasan baik, seharusnya engkau lebih berhak menjadi khalifah , bukannya si Umar ra ."

Untuk menyenangkan hati wanita itu, Umar ra berkata :" Jika engkau pergi menemui Khalifah , engkau pun akan menemui aku di sana" .

Setelah itu, Umar ra meletakkan kedua tangannya di bawah , kemudian duduk di atas tanah . Setelah beberapa lama duduk , kemudian dia pergi meninggalkan mereka . Umar ra berkata : Tahukah engkau Aslam mengapa aku duduk? kerana aku ingin menyaksikan mereka ketawa setelah melihat mereka menangis kelaparan . "

Petikan :

Buku Himpunan Kisah Para Sufi
Halaman 16-19
Karangan Muhammad Ibrahim Salim



Ini adalah suatu pengajaran pada kita semua terutama sebagai pemimpin-pemimpin atau Ahli Parlimen atau ADUN dimana kita perlu prihatin akan nasib rakyat2 kita supaya mereka mendapat jagaan, layanan dan kasih sayang dari kita setiap masa supaya tiada suara keluarga yang hidup kelaparan, tiada rumah tempat tinggal dan tiada pertolongan untuk mereka yang miskin, sengsara dan yang daif atau perlu bantuan segera.

Al-Quran dan Hadis2 Nabi Muhammad saw adalah rujukan yang terbaik pada Umat Islam keseluruhannya dan kita perlu yakin akan kebenaran Al-Quran dan Hadis2 yang banyak mengajar kita cara kehidupan yang terbaik dan mulia seperti Rasullullah saw buktikan dengan cara kepimpinannya serta cara hidup Baginda saw yang penuh kesederhanaan hingga kadang2 sangat menyedihkan dimana Rasullullah saw lebih suka melihat umatnya bahagia dan dibelai dari apa yang Baginda saw ada kerana itulah Rasullullah saw, hamba Allah SWT yang terpuji dan disayangi oleh Allah SWT sepenuh2nya.

Khalifah-khalifah Islam seperti Saidina Abu Bakar ra, Saidina Umar ra, Saidina Uthman ra dan Saidina Ali kja semua mendapat didikan, tunjuk ajar dari Nabi Muhammad saw dan dengan “coach” dan hidup berjemaah mereka setiap masa dengan Nabi Muhammad saw mereka juga mewarisi sifat2 dan budi pekerti mulia seperti Rasullulah saw. Alhamdulillah.

Dalam era 1432 hijrah ini dan seterusnya, semoga Umat Islam akan menjiwai budi pekerti dan “leadership qualities” seperti Saidina Umar ra dan Rakyat jelata mendapat hidup penuh kasih sayang, dijagai, dibantu dan dipupuk dengan nilai2 murni serta sentiasa bekerja keras serta berdoa pada Allah SWT untuk mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT. InshaAllah.

No comments:

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

KEMUNCAK PERJUANGAN MANUSIA MUNAFIK ANWAR IBRAHIM

PENAFIAN

Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumber lain serta manipulasi pihak lain yang menggunakan bahan yang disiarkan disini. Laman bertujuan mengumpul maklumat sebagai saluran informasi dan media alternatif mencurahkan idea demi negara.